ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 1 Januari 2023.

1. Polis siasat ketulenan video ceroboh Menara Merdeka 118

Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi memastikan keaslian video tular memaparkan sepasang individu dipercayai warga Rusia yang didakwa menceroboh Menara Merdeka 118 baru-baru ini.

2. Nahas Litar Dato Sagor: Mangsa maut akibat cedera di kepala, pendarahan paru-paru

Penonton yang meninggal dunia selepas dirempuh kereta terbabas dalam satu acara permotoran di Litar Dato Sagor, Kampung Gajah, di sini, semalam merupakan seorang pengusaha bengkel kenderaan di Kamunting, Taiping.

3. Wisma Jakel Shah Alam terbakar, musnah 80 peratus

Gedung tekstil terkemuka, Wisma Jakel cawangan Shah Alam musnah 80 peratus dalam kebakaran di Seksyen 7, pada pagi Ahad.

4. Ambang tahun baharu: Polis tahan remaja lumba haram, bakar mercun di jalanan

Tindakan liar sekumpulan remaja menyambut tahun baharu dengan membakar mercun dan bunga api di jalanan seterusnya berlumba haram menerima padah apabila mereka ditahan dalam Op Samseng awal pagi Ahad. 

5. Waspada iklan tawar lesen memandu tanpa perlu ke kelas, ujian memandu

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengingatkan orang ramai agar berwaspada dan tidak terpengaruh dengan iklan dalam media sosial yang kononnya menawarkan lesen memandu tanpa perlu menghadiri kelas dan ujian memandu.

6. Perlu langkah segera pastikan keselamatan susulan penyebaran varian baharu COVID-19 - Muhyiddin

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap kerajaan dapat mengambil langkah segera dalam memastikan rakyat selamat daripada jangkitan varian baharu COVID-19 pada tahun ini, susulan ia telah dikesan di beberapa negara.

7. Johor kesan 19 kes sindiket tipu, menyamar sebagai ejen RMMJ dan PPR

Kerajaan Negeri Johor mengesan 19 kes sindiket penipuan yang menyamar sebagai ejen Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) dan Program Perumahan Rakyat (PPR) dengan kerugian melibatkan kira-kira RM122,000, tahun lepas.

8. COVID-19: Penerbit, penulis novel 'Rindu Awak Separuh Nyawa' Siti Rosmizah kritikal

Penerbit dan penulis novel tersohor Siti Rosmizah Semail dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat jangkitan COVID-19.

9. Video jurulatih tampar muka pemain bola tampar tular

Kejadian dipercayai berlaku semasa Kejohanan Bola Tampar Remaja (Bawah 14 tahun) B-14 2022 bagi kategori perempuan pada 16 Disember lalu.

10. Tiada lagi kedai judi di Kedah bermula hari ini

Kerajaan negeri Kedah menamatkan sepenuhnya semua operasi premis perjudian dan loteri berkuat kuasa 1 Januari 2023.