ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 26 Disember 2022.

1. Sulaiman nafi lepas jawatan Ketua Menteri Melaka

Polemik politik Melaka kembali hangat diperkatakan apabila kepimpinan tertinggi negeri itu disebut-sebut akan bertukar tangan.

2. Hos brek trek bocor, PBBPP mohon maaf pengunjung Bukit Bendera terkandas hampir tiga jam

Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) memohon maaf kepada ratusan pengunjung yang terkandas di pusat peranginan tersebut pada Ahad. 

3. Khairy umum jadi ahli UMNO Bahagian Sungai Buloh

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengumumkan bahawa beliau kini sudah menjadi ahli UMNO bagi bahagian Sungai Buloh iaitu kawasan yang ditandinginya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). 

4. Polis siasat video tular gaduh guna topi keledar di persimpangan jalan

Polis sedang menyiasat insiden dua individu bergaduh menggunakan topi keledar di persimpangan jalan sepertimana tular di media sosial.

5. Air pasang besar di Tanjung Piai jadi tarikan pelancong

Fenomena air pasang besar yang berlaku di Taman Negara Tanjung Piai, di sini, terus menjadi tarikan pelancong dan penduduk setempat terutama ketika musim cuti sekolah.

6. Papan ACP, gam silikon selamatkan rumah daripada banjir

Idea kreatif yang timbul saat akhir sebelum rumah dinaiki air berhasil menyelamatkan rumah seorang peniaga di Taman Desa Tanjung Damai, Gong Badak, di sini daripada dimasuki air.

7. Sarawak teruskan sambutan ambang tahun baharu, suntik semangat kepada mangsa banjir

Sarawak akan meneruskan penganjuran Sambutan Ambang Tahun Baru 2023 dengan skala yang lebih kecil sebagai simbolik memperingati perjuangan dan kemenangan rakyat negeri itu dalam mendepani cabaran sepanjang tahun ini.

8. Zaman Mahathir sudah berlalu, biar Anwar pimpin negara - Nazri

Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menegaskan, apa yang diperkatakan oleh Dr Mahathir terhadap Anwar tidak penting buat masa ini kerana Perdana Menteri mempunyai tugas besar memimpin dan memulihkan ekonomi negara.

9. Permintaan jawatan Presiden UMNO, timbalan tidak dipertanding hanya bersifat 'bodek'

Ketua Puteri UMNO Ledang, Nadhirah Afiqah Abdul Rahim dalam satu kenyataan hari ini berkata, permintaan agar dua jawatan tertinggi itu tidak dipertanding bukan pendirian lebih tiga juta ahli UMNO di negara ini.

10. Tanah runtuh Batang Kali: Jalan sehala sudah siap, akan dibuka segera

Kerajaan Selangor sudah menyiapkan jalan sehala di Jalan Batang Kali-Genting Highlands yang ditutup berikutan kejadian tanah runtuh perkhemahan Fathers' Organic Farm, Gohtong Jaya yang mengorbankan 31 mangsa pada 16 Disember lalu.