ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 3 April 2022.

1. Gangguan air di Kuala Terengganu dijangka pulih hari ini

Bekalan air akan pulih secara berperingkat pada Ahad dan tempoh masa pemulihan adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain.

2. Ramadan platform terbaik tingkat semangat Keluarga Malaysia - Halimah

Ramadan juga adalah bulan mendidik masyarakat menjadi insan sabar dan mempunyai nilai empati yang tinggi.

3. Pelajar Malaysia di UK terbeban, purata bil gas dan elektrik naik mendadak hingga 54 peratus

Peningkatan 54 peratus had harga tenaga di United Kingdom (UK) bukan sahaja menjejaskan jutaan rakyat di negara itu, malah turut memberi kesan yang ketara kepada perbelanjaan pelajar-pelajar Malaysia.

4. Muhyiddin tebal muka sanggup jumpa Tun M - Nazri

Hasrat Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi lebih kepada kepentingan peribadi bukan untuk rakyat dan negara, kata Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

5. Hanya 4 peratus mahu Najib kembali jadi PM, 21 peratus pilih Ismail Sabri - Rafizi

Meskipun populariti bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat meningkat kebelakangan ini namun, hanya empat peratus pengundi mahu beliau kembali menerajui negara.

6. 80 'port' ponteng puasa di Melaka dikenal pasti - JAIM

Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) mengenal pasti sekurang-kurangnya 80 ‘hotspot’ yang dijadikan sebagai ‘port’ ponteng puasa di ketiga-tiga daerah di negeri itu.

7. Panggilan telefon kepada ibu penyelamat 2 beradik selepas bot rosak ketika memancing

Dua beradik yang dikuatiri hilang selepas gagal pulang daripada aktiviti memancing di kawasan laut Semarang sejak semalam, telah ditemui dengan selamat.

8. Perlis, Negeri Sembilan dan Melaka bandar paling bahagia di Malaysia pada 2021

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Malaysia (PLANMalaysia) baru-baru ini melaporkan Perlis, Negeri Sembilan dan Melaka diiktiraf sebagai bandar paling bahagia di Malaysia untuk tahun 2021.

9. Azan Maghrib awal 4 minit, penyampai radio mohon maaf

Seorang penyampai radio tempatan di sini tampil memohon maaf kepada orang ramai kerana telah melakukan kesilapan teknikal dengan menyiarkan azan Maghrib empat minit lebih awal, hari ini.

10. Pengusaha stesen minyak jual petrol bersubsidi kepada kenderaan asing berdepan tindakan tegas

Pengusaha stesen minyak yang menjual petrol bersubsidi kepada kenderaan termasuk motosikal bernombor pendaftaran asing akan dikenakan tindakan tegas, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.