Bekas Penolong Jurutera Awam di Pejabat Daerah Kota Marudu hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah terhadap dua tuduhan menyalahgunakan kuasa membabitkan kontrak bernilai RM249,990 pada tahun 2013 dan 2014.
Tertuduh Herwan Malik, 38, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.
Bagi pertuduhan pertama tertuduh didakwa telah menggunakan jawatan sebagai ahli jawatankuasa keputusan sebutharga Pejabat Daerah Kota Marudu dengan memperakukan pemilihan Pemborong Sri Tassha yang dimiliki adiknya, Rozanah Malik untuk menjalankan projek kerja penyelenggaraan jalanraya pertanian di Kampung Sungoi Laut, Kota Marudu bernilai RM100,00 pada 23 Februai 2013.
Manakala bagi pertuduhan kedua, Herwan didakwa telah melakukan kesalahan yang sama iaitu menyalahgunakan kuasa melantik Pemborong Sri Tassha yang dimiliki adiknya, Rozanah Malik untuk projek kerja penyelenggaraan jalanraya Kampung Pandawar, Kota Marudu bernilai RM149,990 pada 30 April 2014.
Bagi kedua-dua pertuduhan itu, Herwan didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) Akta yang sama.
Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana lebih tinggi.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM, Mohd Faliq Basirudin, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Shahlan.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 untuk kedua-dua pertuduhan dengan deposit RM6,000 dengan seorang penjamin serta dua syarat lain iaitu menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah dan melaporkan diri setiap dua bulan sekali di Ibu Pejabat SPRM Kota Kinabalu.
Mahkamah menetapkan 25 Februari ini untuk sebutan semula kes. - BERNAMA
Bernama
Wed Jan 15 2020

Bekas Penolong Jurutera Awam di Pejabat Daerah Kota Marudu hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah terhadap dua tuduhan menyalahgunakan kuasa membabitkan kontrak bernilai RM249,990 pada tahun 2013 dan 2014. - Gambar hiasan

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Beri projek kepada adik, bekas Penolong Jurutera Awam didakwa salah guna kuasa
Bekas Penolong Jurutera Awam di Pejabat Daerah Kota Marudu hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah terhadap dua tuduhan menyalahgunakan kuasa membabitkan kontrak bernilai RM249,990 pad