KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa perlu diberi masa untuk mempertimbangkan gesaan DAP supaya pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) diadakan di ibu negara, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Fahmi yang merupakan Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata ini berikutan Dr Zaliha baru sahaja dilantik ke jawatan itu baru-baru ini dan isu tersebut memerlukan penilaian yang sewajarnya kerana ia melibatkan keputusan dasar utama.
"Saya fikir sekarang kita perlu memberinya sedikit masa, beliau baru sahaja memegang jawatan itu. Saya telah bercakap dengannya secara ringkas pagi ini. Ini adalah keputusan dasar utama dan tidak boleh dipandang ringan. Saya percaya kita mempunyai proses dalaman yang perlu kita lihat secara keseluruhan," katanya selepas merasmikan majlis pelancaran OK VISION di sini hari ini.
Selain itu, Fahmi berkata Pesuruhjaya Bangunan (CoB) telah memaklumkan bahawa 95 peratus hartanah strata di seluruh Kuala Lumpur tidak mengadakan mesyuarat agung tahunan mereka pada 2018.
"...dan kira-kira 97 peratus gagal menyerahkan akaun kewangan mereka yang telah diaudit untuk 2018. Ini adalah isu yang sangat serius yang kita hadapi dan ini bukan sahaja berkaitan dengan pilihan raya kerajaan tempatan tetapi pilihan raya hyperlocal," katanya.
Fahmi berkata Dr Zaliha perlu diberi masa untuk mempertimbangkan keseluruhan keadaan kerana beliau juga perlu meneliti perkara itu untuk Putrajaya dan Labuan.
Semalam, media melaporkan Pengerusi DAP Kuala Lumpur Tan Kok Wai menggesa kerajaan memulakan pilihan raya PBT di ibu negara terlebih dahulu bagi menyemarakkan demokrasinya.
Tan berkata pengenalan pilihan raya PBT di Kuala Lumpur bertujuan untuk kelestarian dan memberi pilihan kepada penduduknya memilih ahli majlis tempatan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 18 2023

Menurut Fahmi, Dr Zaliha perlu diberi masa untuk mempertimbangkan keseluruhan keadaan kerana beliau juga perlu meneliti perkara itu untuk Putrajaya dan Labuan. - Foto Bernama
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

Pilihan raya PBT: Perlu situasi 'menang-menang' buat semua kaum - Mat Sabu
Pilihan raya PBT bagi memilih Datuk Bandar dan Ahli Majlis jika ia dilaksanakan semula, perlu memastikan berlaku situasi 'menang-menang'.

PBT boleh muflis jika ahli majlis dipilih ikut parti - Wan Mahmood
Wan Mahmood bercakap berdasarkan pengalaman beliau berkhidmat dalam beberapa PBT.

Pilihan raya kerajaan tempatan tidak sesuai - Wan Rosdy
Sistem yang diguna pakai pada masa sekarang masih sesuai dengan kehendak semasa susulan cadangan mewujudkan pilihan raya kerajaan tempatan.

Pilihan Raya PBT: 'Lama-lama kita ditolak beransur-ansur' - Tuan Ibrahim
Pas nyatakan kebimbangan berhubung kenyataan Dr Zaliha berhubung untuk membuka laluan perbincangan bagi pelaksanaan Pilihan Raya PBT.

Laksana pilihan raya PBT, pastikan ADUN, Ahli Parlimen fokus gubal dasar - Penganalisis
Pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan mendekatkan rakyat dengan pihak yang bertanggungjawab terhadap isu infrastruktur yang memberi kesan kepada kehidupan seharian.

Pas gesa PM henti naratif kembalikan pilihan raya PBT
Pemansuhan pilihan raya PBT antara lain bertujuan untuk menghindari penguasaan Kerajaan Tempatan oleh satu-satu kumpulan etnik.

Beri masa kepada Dr Zaliha pertimbang cadangan pilihan raya PBT - Fahmi
Dr Zaliha perlu diberi masa untuk mempertimbangkan gesaan DAP supaya pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) diadakan di ibu negara.

Selangor tidak akan adakan pilihan raya PBT dalam waktu terdekat
Kerajaan Selangor tidak akan mengadakan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) peringkat negeri dalam waktu terdekat.