KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan mendekatkan rakyat dengan pihak yang bertanggungjawab terhadap isu infrastruktur yang memberi kesan kepada kehidupan seharian.
Timbalan Ketua (Strategi) Ibu Pejabat Asia UNSDSN, Universiti Sunway, Prof. Wong Chin Huat berkata, dengan langkah ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen boleh beralih kepada isu-isu dasar yang lebih signifikan.
“Maka, dengan adanya pilihan raya Kerajaan Tempatan apa yang akan berlaku ialah Ahli Majlis yang dipilih akan laksanakan kerja dan kurang rungutan serta aduan. Memandangkan mereka akan menyelesaikan isu-isu yang sekarang ini diadukan kepada ADUN.
Seterusnya, ADUN akan laksanakan kerja lain. Apabila PBT buat kerja, maka Ahli Parlimen boleh beri tumpuan kepada isu yang lebih besar berkaitan dasar negara, persaingan antarabangsa dan pemanasan global. Bukannya, beri tumpuan kepada isu kawasan; jalan rosak dan jambatan patah,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Rabu.
Jelas Chin Huat, orang awam lebih mudah mendekati ADUN dan Ahli Parlimen untuk menyelesaikan isu-isu infrastruktur awam kerana wakil-wakil rakyat ini diundi secara langsung.
Oleh yang demikian, menurutnya, rakyat merasakan wakil-wakil rakyat ini berhutang dan perlu bertanggungjawab sepenuhnya kepada kualiti kehidupan komuniti setempat.
Pada masa sama, Chin Huat mencadangkan agar bidang kuasa Kerajaan Tempatan ditambah untuk memenuhi fungsinya dengan sempurna.
“Kalau kita bincang tentang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sememangnya kita perlu laksanakan pengubahsuaian kepada sistem sedia ada kerana Kerajaan Negeri mempunyai kuasa yang terlalu sedikit.
“Sebagai contoh, kalau kita lihat Australia, Kanada dan sebagainya, pendidikan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Jadi Kerajaan Negeri bersaing dan hasilnya kita lihat rakyat Malaysia mendaftar untuk sijil pendidikan dari Kanada dan Australia, kerana persaingan membawa kepada peningkatan mutu,” ujarnya.
Irfan Faruqi
Wed Dec 20 2023
![Laksana pilihan raya PBT, pastikan ADUN, Ahli Parlimen fokus gubal dasar - Penganalisis Laksana pilihan raya PBT, pastikan ADUN, Ahli Parlimen fokus gubal dasar - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702388012_TBWongChinHuat.jpg)
Chin Huat berkata dengan pilihan raya PBT ini membolehkan wakil rakyat boleh beralih kepada isu-isu dasar yang lebih signifikan. - foto/SINAR HARIAN
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![Pilihan raya PBT: Perlu situasi 'menang-menang' buat semua kaum - Mat Sabu Pilihan raya PBT: Perlu situasi 'menang-menang' buat semua kaum - Mat Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703405239_AMANAH.jpg)
Pilihan raya PBT: Perlu situasi 'menang-menang' buat semua kaum - Mat Sabu
Pilihan raya PBT bagi memilih Datuk Bandar dan Ahli Majlis jika ia dilaksanakan semula, perlu memastikan berlaku situasi 'menang-menang'.
![PBT boleh muflis jika ahli majlis dipilih ikut parti - Wan Mahmood PBT boleh muflis jika ahli majlis dipilih ikut parti - Wan Mahmood](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71703292857_TBPBT.jpg)
PBT boleh muflis jika ahli majlis dipilih ikut parti - Wan Mahmood
Wan Mahmood bercakap berdasarkan pengalaman beliau berkhidmat dalam beberapa PBT.
![Pilihan raya kerajaan tempatan tidak sesuai - Wan Rosdy Pilihan raya kerajaan tempatan tidak sesuai - Wan Rosdy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41697622953_TBMBMUSANGKING.jpg)
Pilihan raya kerajaan tempatan tidak sesuai - Wan Rosdy
Sistem yang diguna pakai pada masa sekarang masih sesuai dengan kehendak semasa susulan cadangan mewujudkan pilihan raya kerajaan tempatan.
![Pilihan Raya PBT: 'Lama-lama kita ditolak beransur-ansur' - Tuan Ibrahim Pilihan Raya PBT: 'Lama-lama kita ditolak beransur-ansur' - Tuan Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71647870076_TBTUANIBRAHIM.jpg)
Pilihan Raya PBT: 'Lama-lama kita ditolak beransur-ansur' - Tuan Ibrahim
Pas nyatakan kebimbangan berhubung kenyataan Dr Zaliha berhubung untuk membuka laluan perbincangan bagi pelaksanaan Pilihan Raya PBT.
![Laksana pilihan raya PBT, pastikan ADUN, Ahli Parlimen fokus gubal dasar - Penganalisis Laksana pilihan raya PBT, pastikan ADUN, Ahli Parlimen fokus gubal dasar - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702388012_TBWongChinHuat.jpg)
Laksana pilihan raya PBT, pastikan ADUN, Ahli Parlimen fokus gubal dasar - Penganalisis
Pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan mendekatkan rakyat dengan pihak yang bertanggungjawab terhadap isu infrastruktur yang memberi kesan kepada kehidupan seharian.
![Pas gesa PM henti naratif kembalikan pilihan raya PBT Pas gesa PM henti naratif kembalikan pilihan raya PBT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61667321304_Takiyuddin.jpg)
Pas gesa PM henti naratif kembalikan pilihan raya PBT
Pemansuhan pilihan raya PBT antara lain bertujuan untuk menghindari penguasaan Kerajaan Tempatan oleh satu-satu kumpulan etnik.
![Beri masa kepada Dr Zaliha pertimbang cadangan pilihan raya PBT - Fahmi Beri masa kepada Dr Zaliha pertimbang cadangan pilihan raya PBT - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702875219_TBFAHMIFADZILjp.jpg)
Beri masa kepada Dr Zaliha pertimbang cadangan pilihan raya PBT - Fahmi
Dr Zaliha perlu diberi masa untuk mempertimbangkan gesaan DAP supaya pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) diadakan di ibu negara.
![Selangor tidak akan adakan pilihan raya PBT dalam waktu terdekat Selangor tidak akan adakan pilihan raya PBT dalam waktu terdekat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/51536141510_TBNgSzeHanx.jpg)
Selangor tidak akan adakan pilihan raya PBT dalam waktu terdekat
Kerajaan Selangor tidak akan mengadakan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) peringkat negeri dalam waktu terdekat.