KUALA LUMPUR:Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) meminta semua pihak khususnya ibu bapa untuk meletakkan keyakinan kepada pihak sekolah dalam menguruskan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara dalam talian.
Presiden NUTP, Aminuddin Awang berkata, segala kekurangan dan kelemahan dalam kaedah itu akan ditambah baik dari semasa ke semasa sehingga pembelajaran fizikal dilakukan semula.
Bagaimanapun beliau mengakui kaedah PdPR bukanlah sesuatu yang terbaik, namun perkara itu perlu dilakukan sebagai pengganti agar kesinambungan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat diteruskan.
"Saya rasa berilah keyakinan kepada pihak sekolah untuk menguruskan perkara ini dan saya yakin apabila sekolah dibuka selepas keadaan COVID-19 reda, guru-guru akan laksanakan pelbagai program bagi memastikan mana-mana yang tertinggal akan dibaik pulih sepenuhnya sehingga akhir tahun ini.
"Tambahan pula, PdPR ini adalah pengganti kepada kaedah pembelajaran secara fizikal dan ia hanya bersifat sokongan bagi memastikan kesinambungan pembelajaran berlaku," katanya kepada Astro AWANI di sini, pada Selasa.
Dalam pada itu, Aminuddin berkata, sesi PdPR yang dilakukan guru ketika ini berasakan kepada ruang lingkup yang ditetapkan Kementerian Pelajaran (KPM).
"KPM sudah menetapkan kaedah PdPR secara dalam talian ini perlu diadakan mengikut waktu tertentu iaitu pagi pra sekolah, PdPR hanya perlu dijalankan dalam tempoh sejam.
"Bagi pelajar sekolah rendah pula, 1 hingga 2 jam, pelajar menengah rendah (2 hingga 3 jam); pelajar menengah atas 3 hingga 4 jam masing-masing dalam tempoh sehari," jelasnya.
Fauzi Suhaimi
Tue Jan 26 2021
Aminuddin berkata, segala kekurangan dan kelemahan dalam kaedah itu akan ditambah baik dari semasa ke semasa. - Astro AWANI
Lelaki ditahan sehari selepas curi set penghawa dingin kediaman
Tindakan berani seorang lelaki memecah pagar dan menceroboh sebuah rumah di Taman Nesa, Skudai untuk mencuri set penghawa dingin, berakhir apabila dia berjaya ditahan polis sehari selepas kejadian.
Ribuan pelancong, masyarakat pelbagai kaum meriahkan Perarakan Chingay Pulau Pinang
Walaupun Chingay amat sinonim dengan kaum Cina, namun pesona seni itu turut menarik penyertaan pelbagai kaum termasuk orang Melayu dan India di Pulau Mutiara itu.
Nahas ngeri Ayer Keroh: Kesihatan dua beradik semakin pulih - Datuk
Kesihatan dua beradik yang terselamat dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara Isnin lepas semakin pulih.
AWANI Ringkas: Lagi perusuh diburu polis
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Maldives kecam pembakaran hospital di Gaza oleh tentera Israel
Maldives pada Sabtu mengecam pembakaran Hospital Kamal Adwan di Gaza oleh tentera Israel, menyifatkannya sebagai jenayah perang.
Sultan Pahang berkenan rasmi Pasukan Keselamatan Kebakaran Istana
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan Pasukan Keselamatan Kebakaran Istana (PKKI) negeri Pahang.
AWANI 7:45 [28/12/2024] – Tangisan duka | Lori jadi 'punca' | Laporan polis terhadap Hannah Yeoh
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqman Hariz
1. Air mata berderai, anak mangsa nahas Ayer Keroh akhirnya tahu keluarga sudah tiada
2. Lebih 1,400 kematian akibat kemalangan libatkan lori
3. Dua dekad menanti kepulangan anak yang dipukul tsunami
4. Kerap sangat kalah, Ronaldo pertimbang ambil alih Manchester United
1. Air mata berderai, anak mangsa nahas Ayer Keroh akhirnya tahu keluarga sudah tiada
2. Lebih 1,400 kematian akibat kemalangan libatkan lori
3. Dua dekad menanti kepulangan anak yang dipukul tsunami
4. Kerap sangat kalah, Ronaldo pertimbang ambil alih Manchester United
Agenda AWANI Asia: Potensi Dan Trend Baharu Hubungan Malaysia-China
Sejauh mana pentingnya hubungan Malaysia - China pasca 50 tahun mendatang? Apakah potensi baharu yang dapat mendorong kerjasama global kedua-dua negara? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
WHO tidak temukan "Penyakit X" misteri di Congo
Pakar kesihatan antarabangsa percaya bahawa gelombang penyakit di wilayah terpencil Republik Demokratik Congo yang sebelum ini digelar "Penyakit X" disebabkan oleh patogen yang diketahui, lapor Agensi
Juara dunia catur tahun lalu tarik diri selepas didenda pakai jeans
Juara bertahan Magnus Carlsen telah mencetuskan skandal di Kejohanan Catur Pantas Dunia di New York akibat pilihan seluarnya.
Beri keyakinan kepada guru urus PdPR - NUTP
Aminuddin berkata, segala kekurangan dan kelemahan dalam kaedah itu akan ditambah baik dari semasa ke semasa.
NUTP minta pembukaan prasekolah, tadika ditangguhkan
Kebanyakan prasekolah dan tadika belum sedia untuk beroperasi berikutan kekangan infrastruktur dalam memenuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.
Khat untuk nilai warisan dan identiti negara - NUTP
Setiausaha Agung NUTP, Harry Tan Huat Hock berkata, seni Tulisan Jawi, Cina dan Tamil dikenali murid tahun 1 pada 2011 sejak Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dilaksanakan.
Maszlee serah SPRM buat siasatan isu bekalan susu
Maszlee berkata pihaknya akan memastikan proses perolehan tender bekalan susu PS1M akan dilakukan secara tender terbuka pada masa akan datang.
NUTP rayu kementerian keluar surat pekeliling baharu kaedah hukuman
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) merayu Kementerian Pendidikan mengeluarkan surat pekeliling baharu mengenai kaedah hukuman yang dibenarkan ke atas pelajar.
KPPK tolak cadangan bawa peranti ke sekolah
Setiausaha Agungnya, Harry Tan Huat Hock berkata pihaknya melihat impak negatif cadangan itu lebih banyak daripada positif.
Buli: Cadangan gantung sekolah setahun, jangan nafikan hak kanak-kanak - Pakar
Kementerian Pendidikan sebelum ini mencadangkan agar pelajar yang membuli pelajar lain digantung persekolahan mereka selama setahun.
Guru mempunyai hak kebebasan beragama - NUTP
Setiausaha Agung NUTP berkata Loke Yim Pheng berkata tiada siapa boleh mempertikai amalan sesuatu agama oleh seseorang guru, selagi tidak bercanggah dengan etika profesion itu.