Kementerian Pendidikan perlu memastikan cadangan menggantung persekolahan selama setahun ke atas pelajar yang membuli pelajar lain tidak menafikan hak asasi kanak-kanak untuk mendapatkan pendidikan.
Pakar undang-undang keluarga, wanita dan kanak-kanak dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Datuk Noor Aziah Mohd Awal berkata tindakan menggantung pelajar pembuli itu juga perlu dipastikan tidak bercanggah dengan sistem keadilan jenayah untuk pesalah kanak-kanak yang sedia ada.
"Walau apa pun yang terjadi atau apa sahaja kesalahan yang dilakukan, hak kanak-kanak iaitu mereka yang berusia 18 tahun ke bawah tidak boleh dinafikan hak mereka untuk mendapatkan pendidikan. Walau apa cara sekali pun atau apa sahaja kesalahan yang dilakukan.
"Kalau sekolah ambil keputusan lebih awal sebelum dibawa ke mahkamah, atau sekiranya sekolah hendak cuba uruskan sendiri dengan menggantung pelajar dari belajar itu bermakna sekolah sendiri menafikan hak anak itu untuk belajar," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid sebelum ini berkata Kementerian Pendidikan mencadangkan agar pelajar sekolah rendah dan menengah yang membuli pelajar lain digantung persekolahan mereka selama setahun.
Mahdzir berkata kementerian bersedia untuk mendapat maklum balas daripada semua pihak terhadap cadangan berkenaan dan sekiranya cadangan itu dipersetujui, kementerian mungkin akan melaksanakannya pada Januari tahun hadapan.
Dalam pada itu, Noor Aziah berkata penubuhan sekolah dalam penjara atau Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney bagi pesalah muda atau pesalah juvana jelas membuktikan kanak-kanak perlu meneruskan persekolahan walau apa sahaja kesalahan yang dilakukan.
Katanya sebaliknya kanak-kanak tersebut perlu diberi ruang dan dibimbing, dan bukannya dijatuhkan hukuman.
"Mesti ada sebab di mana-mana yang menjadikan dia (kanak-kanak membuli) begitu. Kita sebagai anggota masyarakat dan ibu bapa perlu bertanggungjawab terhadap anak-anak kita yang membuli anak orang lain," katanya.
Sementara itu, Pengarah Institut Jenayah dan Kriminologi di Universiti Help Datuk Akhbar Satar berpandangan tindakan menggantung persekolahan selama setahun itu boleh menyebabkan kanak-kanak yang membuli terlibat dengan kesalahan yang lebih berat seperti mencuri, penyalahgunaan dadah dan sebagainya.
"Memang dinyatakan pelajar akan dilibatkan dengan kerja kebajikan atau memasuki pemulihan akhlak sepanjang tempoh penggantungan, namun mampukah kawal mereka selama setahun itu?," katanya.
Akhbar berkata antara tindakan yang boleh diambil adalah menghantar pelajar tersebut berjumpa kaunselor bagi membantu menangani masalah itu.
Dalam pada itu, beliau menyarankan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di setiap sekolah berbincang dan mencari kaedah terbaik memastikan anak-anak mereka tidak terlibat dengan kesalahan buli.
Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Kamarozaman Abd Razak berkata cadangan tersebut hendaklah dikaji semula berikutan tempoh menggantung persekolahan selama setahun dilihat agak lama dan menimbulkan pelbagai implikasi.
"Kita perlu melihat dari pelbagai sudut sebelum melaksanakan cadangan itu dan mungkin boleh mengurangkan tempoh menggantung persekolahan tersebut kepada enam bulan sahaja mengikut tahap keseriusan kes buli itu," katanya.
Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional Prof Madya Dr Mohd Ali Hassan bagaimanapun bersetuju dengan cadangan itu kerana ia dilihat sebagai satu tindakan efektif bagi memberi pengajaran kepada pelajar yang terlibat dengan kegiatan tersebut.
Katanya meskipun tindakan sedemikian dianggap keras dan membebankan pelajar namun kegiatan negatif di sekolah itu perlu dibanteras. -- Bernama
Bernama
Wed Oct 19 2016

Menurut pakar, tindakan menggantung pelajar pembuli itu juga perlu dipastikan tidak bercanggah dengan sistem keadilan jenayah untuk pesalah kanak-kanak yang sedia ada. - Foto Freeimages.com / michael lorenzo

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Buli: Lima pelajar senior ikat, letak dumbel pada alat kelamin junior
Kumpulan pelajar senior tersebut turut didakwa sering memeras ugut wang daripada pelajar junior berkenaan untuk membeli minuman keras.

Tidak bekerja bukan alasan untuk bertahan didera suami - Pakar
Apabila berlaku kes sebegini, masyarakat melontarkan pertanyaan mengapa si isteri tidak bertindak keluar dari rumah dan membebaskan dirinya?

Tiada tolak ansur isu penganiayaan di institusi ketenteraan - Mohamed Khaled
Kementerian Pertahanan tidak bertolak ansur terhadap sebarang bentuk penganiayaan termasuk budaya buli atau ragging dalam institusi ketenteraan di bawah kementerian itu.

PLKN 3.0: Kerajaan belanja RM64 sehari untuk setiap peserta
Kerajaan secara purata membelanjakan RM64 sehari bagi setiap peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Dua RUU tangani isu buli diluluskan Dewan Negara
Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Keseksaan (Pindaan) (No 2) 2024 bagi menangani isu buli.

Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.

ATM laksana lima tindakan jangka panjang tangani kes penganiayaan di ALK
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan lima tindakan jangka panjang bagi menangani kes penganiayaan dalam kalangan pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK).

Sehari tayangan, Kahar: Kapla High Council raih kutipan RM1 juta
Baru sehari ditayangkan, filem Kahar: Kapla High Council berjaya meraih kutipan RM1 juta!

"Pelatih perlu tahan lasak, alasan tidak masuk akal untuk budayakan buli" - SUHAKAM
"Kita anggap ini satu penderaan dan menyebabkan gangguan (fizikal dan mental). Gurauan apa sehingga menyebabkan kematian?"

Isu buli UPNM: Pegawai kadet jalani pemeriksaan fizikal berkala kesan penderaan
Pemeriksaan fizikal berkala akan dijalankan terhadap pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan UPNM bagi mengesan sebarang aktiviti penderaan.