IPOH: Ketika kita sibuk membina bangunan pencakar langit serta mengejar kemodenan, masih ada lagi golongan yang hanya berdindingkan kaki lima bangunan dan tidur beralaskan kepingan kotak.
Itu nasib kira-kira 50 gelandangan yang berada di 14 lokasi tumpuan di sekitar bandar raya ini antaranya, Jalan Dato’ Onn Jaafar, Medan Selera Dato Tahwil Azar, dan persekitaran bangunan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perak.
Hanya mahu dikenali sebagai Din, 42, dia berkata, penularan COVID-19 menjadi salah satu punca dia kehilangan kehilangan mata pencarian sebagai buruh sebelum ini.
Lantaran itu, dia yang berasal dari Johor itu berkata, dia nekad untuk tinggal di kaki lima di sebuah hotel di Jalan Dato’ Onn Jaafar dekat sini, sejak enam bulan lalu sementara isteri dan empat anaknya pula terpaksa tinggal berasingan di rumah keluarga mertua.
“Sesiapapun memang mengimpikan tinggal di rumah yang selesa... tetapi ia memerlukan kos yang tinggi. Kalau hendak menyewa sekalipun saya tetap perlu membayar deposit.
“Di tambah pula ketika ini susah nak cari rumah sewa yang selesa dan mampu untuk saya bayar. Kalau dapat sebuah rumah yang baik, saya memang nak bawa isteri dan anak-anak tinggal bersama,” katanya ketika ditemui Astro AWANI, di sini pada Selasa.
Menurut Din, kira-kira 10 gelandangan di Jalan Dato’ Onn Jaafar itu rata-ratanya berasal dari luar Perak, dan mereka sentiasa berharap ehsan daripada organisasi bukan kerajaan (NGO), agensi kerajaan dan individu perseorangan untuk memberikan bantuan berupa makanan serta pakaian.
Sementara itu, kira-kira 13 gelandangan ketika ini telah berjaya diselamatkan dan ditempatkan sebuah pusat transit, Anjung Singgah Perak yang dikelolakan Yayasan Kebajikan Negara (YKN).
Bagi seorang warga emas yang berasal dari Batu Gajah, berkata, dia terpaksa keluar daripada rumah anak tirinya selepas berdepan dengan masalah keluarga beberapa bulan lalu.
Menurutnya yang mesra disapa sebagai Pak Cik Li, 70, dia telah berpisah dengan isterinya kira-kira tiga tahun lalu, dan sejak itu hidup bergelandangan selain menjadikan beberapa surau dan masjid sebagai tempat berteduh.
“Pak cik telah berjumpa dengan adik untuk meminta tolong mencarikan tempat tinggal. Dia kemudian membawa pak cik ke Anjung Singgah, sebelum pak cik dapat dipindahkan ke pusat perlindungan warga emas, Rumah Seri Kenangan,” katanya.
Pada masa sama, antara penghuni termuda di Anjung Singgah Perak, Lingesh, 29, turut berdepan dengan masalah keluarga dan kewangan sehingga dia terpaksa tinggal di pusat transit berkenaan.
“Sebelum ini saya pernah mengikuti pengajian jurusan undang-undang di Universiti Malaya namun hanya setakat setahun sahaja. Ini kerana ketika itu ibu saya meninggal dunia ditambah pula dengan masalah kewangan yang saya hadapi,” katanya.
Lingesh, yang kini hidup sebatang kara itu berkata, dia menjadikan Anjung Singgah Perak sebagai tempat tinggal transit, sementara pada masa sama ada mengambil upah sebagai guru tuisyen dan pembantu gerai makan dekat sini.
Menurut Pengarah Zon Utara 1, YKN, A. Abdul Samat Abdul Hamid, Anjung Singgah Perak mempunyai 24 katil untuk lelaki dan 12 untuk wanita selain kesemua gelandangan harus menjalani saringan COVID-19 sebelum dibenarkan tinggal sementara di situ.
Katanya, antara kemudahan lain yang ada di Anjung Singgah Perak adalah seperti bilik mandi, pemberian makanan percuma tiga kali sehari serta pelbagai aktiviti termasuk sesi kaunseling, program padanan kerja serta peningkatan kemahiran.
Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat Perak, Datuk Wan Norashikin Wan Noordin memberitahu, kerajaan negeri bersama agensi persekutuan sentiasa menggerakkan pelbagai usaha bagi menyelesaikan masalah gelandangan di negeri ini.
Katanya bagi tempoh lima tahun sehingga 31 Disember 2021, hampir 1,000 orang gelandangan membabitkan daerah Kinta, Taiping dan Teluk Intan telah diselamatkan melalui pelbagai siri operasi yang dijalankan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersama agensi-agensi lain.
Menurutnya lagi ketika ini kerajaan negeri sedang mengenal pasti lokasi sesuai untuk dibuka sebuah Pusat Penempatan Gelandangan (PPG) kekal di negeri ini bagi menjaga kebajikan golongan tersebut.
“Baru-baru ini kami baru mengadakan perbincangan dengan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) berhubung perkara itu. Kami masih lagi mencari lokasi sesuai untuk dibuka PPG kekal,” jelasnya lagi.
Amirrul Rabbani
Wed Feb 09 2022
Pelbagai cerita duka dan permasalahan telah membawa mereka ke kaki lima dan menjalani hidup sebagai gelandangan. - Foto Astro AWANI
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
Berbumbungkan langit, berlantaikan tanah: 'Kami juga impikan rumah yang selesa' - Gelandangan
Kira-kira 13 gelandangan telah berjaya diselamatkan dan ditempatkan di Anjung Singgah Perak kelolaan Yayasan Kebajikan Negara (YKN).