PUTRAJAYA: Penganjuran Bengkel Hala Tuju Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA) bertujuan menyelaraskan semula hala tuju agensi itu, agar lebih fokus kepada program berimpak tinggi untuk masyarakat India.
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata wujud keperluan memfokuskan kembali hala tuju MITRA, memandangkan agensi itu kini di bawah seliaan Kementerian Perpaduan Negara (KPN), selain terdapat beberapa kekangan di bawah Pelan Tindakan Masyarakat India (PTMI) 2021 yang wajar dikaji semula.
"Firma perunding PEMANDU Associate (PEMANDU), telah melaksanakan kajian terperinci berhubung PTMI.
"Melalui kajian itu, didapati hanya enam daripada 23 strategik PTMI berada di bawah bidang kuasa MITRA, (justeru) bengkel ini akan membantu menyelaras semula perkara ini agar dapat diselarikan dengan mandat MITRA," katanya sekali gus menepis dakwaan beberapa pihak bahawa kajian semula hala tuju MITRA sesuatu yang membuang masa.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan bengkel dua hari itu yang bermula hari ini dan disertai pihak berkepentingan, wakil agensi kerajaan dan swasta serta pertubuhan agama.
Antara mandat MITRA yang digariskan ialah strategi membasmi kemiskinan, isu kewarganegaraan dan dokumentasi, kuil dan keagamaan, serta kesejahteraan wanita.
Presiden Parti Makkal Sakti Datuk Seri RS Thanenthiran dilaporkan mengkritik keputusan KPN melaksanakan kajian hala tuju masyarakat India dan menyifatkan langkah itu sebagai memperbodohkan masyarakat itu, selain membuang masa dan wang ringgit.
Sementara itu Aaron berkata pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menyiasat isu penjualan stoking yang tertera kalimah Allah, yang tular baru-baru ini.
"Kami Kementerian Perpaduan, kami tidak mahukan perpecahan dan hanya mahukan perpaduan.
"KDNlah yang terbaik untuk menjawab berhubung isu terbabit," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 20 2024
Aaron berucap merasmikan Bengkel Hala Tuju Unit Transformasi Masyarakat India di Putrajaya hari ini. - Foto Kementerian Perpaduan
Pengerusi ASEAN: Malaysia berpeluang tingkat kerjasama sektor takaful, takaful semula
Malaysia, yang akan menjadi Pengerusi ASEAN tahun depan berpeluang memajukan kerjasama serantau dalam sektor kritikal termasuk dalam takaful dan takaful semula.
FGV sifatkan penangguhan EUDR sebagai peluang giatkan usaha kelestarian
FGV Holdings Bhd menyifatkan penangguhan penguatkuasaan EUDR sebagai peluang untuk pihaknya lebih giat melakukan perkara yang perlu dengan kalangan pekebun kecil.
NADMA bina lapan lagi pusat pemindahan kekal seluruh negara
Kerajaan merancang membina lapan lagi pusat pemindahan kekal (PPK) yang lengkap dengan kemudahan asas selesa di seluruh negara untuk kegunaan mangsa banjir.
EV pemacu peralihan hijau, atasi kebergantungan petrol - Liew
Penggunaan kenderaan elektrik (EV) perlu dilihat sebagai langkah penting dalam usaha peralihan hijau Malaysia selain mengurangkan kebergantungan negara terhadap bahan api petrol.
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Konvensyen Kebangsaan Bahasa Kolokial: Melestarikan keberdayaan bahasa komuniti
Ia diharap dapat mengumpulkan dan mendokumentasikan maklumat mengenai bahasa kolokial supaya ia kekal terpelihara.
Sanggar Puisi Perpaduan 2024 memupuk benih perpaduan melalui bahasa, sastera
Pelaksanaan program ini juga suatu platform untuk membangkitkan minat dan cinta terhadap puisi.
Sukan tradisional, sukan rakyat dipertimbang dalam Karnival Liga Sukan UNITI tahun depan - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara akan mempertimbangkan untuk memasukkan acara sukan tradisional dan sukan rakyat ke dalam Karnival Liga Sukan UNITI bagi edisi tahun depan.
Karnival Baca Perdana 2024: Pemacu perpaduan dan pembudayaan ilmu
Karnival Baca Perdana 2024 anjuran Kementerian Perpaduan Negara melalui Perpustakaan Negara Malaysia dijangka menjadi jambatan penghubung masyarakat berbilang kaum melalui buku dan bahan bacaan.
Pendidikan, bahasa antara defisit sosial gugat perpaduan rakyat - Aaron
Empat daripada 10 kategori defisit sosial dalam Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) 2022 termasuk pendidikan, agama, jurang generasi dan bahasa didapati menggugat pencapaian tahap perpaduan rakyat.
Rekod simpanan Arkib Negara dapat hasilkan catatan sejarah lebih menyeluruh - Aaron
Sebelum ini, rekod di arkib mungkin kurang dimanfaatkan pengkaji sejarah hingga timbul isu catatan sejarah negara tidak begitu komprehensif.
Kajian koleksi surat Sultan Abdul Hamid beri manfaat kepada masyarakat, negara
Aaron Ago Dagang berkata ia mampu memberi semangat dan motivasi kepada masyarakat hari ini untuk mencontohi pentadbiran baginda dalam mengurus tadbir negeri Kedah.
Perbezaan fahaman masyarakat tidak halang perpaduan, sokong pasukan Olimpik - Aaron
Aaron berkata perkara itu dapat dilihat terutama di media sosial menerusi sokongan dan dukungan kepada atlet negara.
Pameran Raja Kita bermula esok, koleksi peribadi Agong, Raja Permaisuri antara dipamer
Terdapat juga koleksi bersejarah seperti manuskrip dan dokumen perjanjian berkaitan Institusi Raja daripada agensi lain termasuk Arkib Negara dan Perpustakaan Negara.
RM3.2 juta diperuntuk untuk perkasa SRS tahun ini
Sebanyak RM837,500 disediakan bagi pembekalan dan penggantian fasiliti keselamatan SRS yang dijangka memberi manfaat kepada 119 KRT.