Perlakuan tidak senonoh kerana terlalu obses dengan artis sehingga melibatkan aksi bersentuhan dan menunjukkan keintiman lebih-lebih lagi bagi yang bukan muhrim jatuh hukum yang sangat jelas iaitu haram.

Perkara tersebut dijawab oleh Imam Muda Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan melalui Twitternya ketika ditanyakan oleh Astro AWANI.

“'Ilm ma'lum bidhdharurah. Maksudnya: Satu hukum yang tidak perlu belajar tinggi-tinggi. Semua orang tahu ia jelas haram,” tuit Asyraf.

KENYATAAN MEDIA: Kami akan lindungi identiti peminat, kata penganjur acara K-Pop

REAKSI: Minat boleh tapi perlu peka batas agama, nasihat Siti Nurhaliza

MEDIA SOSIAL : Cari lelaki tinggi, berkulit gelap dan hensem...artis K-Pop bukan lelaki sejati - KJ

Dalam siri tuitnya selepas soalan itu diajukan, penceramah bebas itu turut mengingatkan umat Islam agar membenci sesuatu perlakuan yang bertentangan dengan ajaran Islam tetapi dan bukan membenci si pelakunya.

“Ini kerana di pelaku juga berkemungkinan lebih baik daripada kita suatu masa nanti,” katanya.



Hal membenci sesuatu dengan hati itu adalah selemah-lemah iman, tambah Asyraf. Jika seseorang itu tidak mampu mencegah sesuatu dengan lisan atau tangan, jangan pula sampai tiada rasa benci pada perkara yang perlu dibenci.


Tuit Asyraf menerima banyak respon termasuk seorang pemilik akaun yang menambah bahawa walaupun kita perlu membenci sesuatu perlakuan buruk, hukuman terhadap si pelaku perlu ada.

"Ya, (konsep) hukum dan benci itu berbeza," jelas Asyraf.