BUTTERWORTH: Kerajaan Pulau Pinang telah meluluskan penubuhan Pusat Logistik Kemanusiaan Bencana atau depoh sebagai usaha memastikan berada dalam keadaan bersiap siaga bagi menghadapi sebarang bencana industri di negeri ini.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata depoh berkenaan bakal dibangunkan di atas tanah milik kerajaan di kawasan Seberang Perai Tengah, namun perinciannya akan dimaklumkan kemudian.
Selain itu, beliau berkata Unit Pengurusan Bencana yang diletakkan di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang (PSUKPP) juga berperanan dalam mengintegrasikan pergerakan bantuan ketika berlaku sebarang bencana di negeri ini.
"Unit ini dibahagikan kepada empat pecahan merangkumi unit Data dan Perancangan, Pentadbiran dan Kewangan, Jaringan Luar dan Kapasiti serta Operasi dan Pascabencana," katanya pada sidang media selepas merasmikan Latihan Simulasi Bencana Industri Pulau Pinang 2024 di Terminal Kargo Pukal Perai di sini hari ini.
Menurut Chow Pulau Pinang merupakan negeri perindustrian dengan pembangunan utama dipacu oleh sektor ekonomi berkaitan, justeru kerajaan negeri akan memastikan sektor perindustrian dapat beroperasi dengan risiko minimum dan ketersediaan awal bagi mengelak berlaku sebarang perkara tidak diingini.
Beliau berkata latihan simulasi menghadapi bencana industri penting dalam memastikan kesiapsiagaan pasukan keselamatan selain menguji dan memantapkan peranan agensi serta setiap Pasukan Tindakbalas Kecemasan (ERT) pemain industri, melibatkan kawasan Pepasangan Bahaya Besar di Pulau Pinang.
Pengurusan bencana juga, katanya hendaklah dikendalikan secara bersepadu oleh semua agensi supaya tindakan pada setiap peringkat menjadi lebih efisien dan efektif.
"Komunikasi krisis di setiap lapisan pengurusan bencana perlu dipertingkatkan bukan hanya untuk menjelaskan tanggapan negatif dalam kalangan masyarakat yang boleh menjejaskan imej kerajaan, malah memastikan setiap pasukan dalam pengurusan bencana memahami dengan jelas peranan dan tanggungjawab masing-masing," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 21 2024
Chow Kon Yeow berkata depoh berkenaan bakal dibangunkan di atas tanah milik kerajaan di kawasan Seberang Perai Tengah, namun perinciannya akan dimaklumkan kemudian. - Gambar fail
Bersih puji reaksi positif Perdana Menteri terima gred D
Maklum balas positif yang disusuli iltizam untuk memperbaiki gred di masa akan datang, adalah gambaran keterbukaan Perdana Menteri.
10 projek berkaitan aeroangkasa bernilai RM500 juta diluluskan sehingga 2023 - MITI
Syarikat industri aeroangkasa Malaysia juga telah berjaya membida pakej kerja baharu untuk sektor pembuatan aeroangkasa.
Duta Palestin ke UK alu-alukan waran tangkap terhadap Netanyahu, gesa akauntabiliti penuh
Duta Husam Zomot menyifatkan waran tangkap itu sebagai langkah ke arah pertanggungjawaban dan keadilan untuk Palestin.
Pulau Pinang digesa laksana aktiviti bernilai tinggi untuk kekal kompetitif - Chow
Chow berkata pelaksanaan itu bagi memastikan Pulau Pinang terus berdaya saing dalam pasaran semikonduktor global.
Pejabat Hak Asasi Manusia PBB sokong ICC keluar waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant
Kami menghormati kebebasan dan kompetensi Mahkamah Jenayah Antarabangsa di bawah Statut Rom, kata Jeremy Laurence.
LHDN komited tingkat pematuhan cukai menerusi audit dan siasatan
Hisham berkata, kesemua tindakan itu dilaksanakan mengikut undang-undang yang ditetapkan.
Bank Indonesia beku akaun bank dikaitkan dengan perjudian dalam talian
Penyedia perkhidmatan pembayaran mesti mempunyai sistem pengesanan untuk mengenal pasti akaun yang digunakan untuk transaksi penipuan.
COP29: Penyertaan Malaysia beri kemajuan terhadap matlamat pelepasan karbon sifar bersih
Malaysia buka inisiatif inovatif dan pelaburan besar untuk membolehkan negara melangkah lebih jauh ke arah menjadi negara pelepasan karbon sifar bersih.
KPM fokus enam bidang utama capai standard global Pelan Pembangunan Pendidikan
Kementerian Pendidikan akan meningkatkan usaha mencapai standard global yang telah termeterai dalam kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
Lelaki cedera mata dalam pergaduhan kini stabil
Lelaki yang mengalami kecederaan dalam pergaduhan dengan seorang warga asing Sabtu lepas, telah selesai menjalani pembedahan mata dan keadaannya stabil.
Kontena hempap kereta: Ibu mahukan keadilan buat mangsa
Ibu pemandu wanita yang maut selepas keretanya dihempap kontena terjatuh daripada sebuah treler di Jalan Bukit Tengah mahu pihak bertanggungjawab dalam nahas itu dikenakan tindakan.
Polis tembak mati 3 lelaki geng pecah rumah, seludup senjata api
Polis menembak mati tiga lelaki yang aktif menjalankan kegiatan seludup senjata api, pecah rumah dan curi kenderaan mewah di Pulau Pinang.
Polis sahkan cinta tak berbalas punca dua beranak dibunuh
Polis mengesahkan cinta tidak berbalas menjadi punca seorang wanita dan bapanya maut dibunuh seorang lelaki di hadapan lif pangsapuri Bandar Baru, Ayer Itam Khamis lepas.
Juruukur tanah didakwa cuba bunuh dua polis
Seorang juruukur tanah mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan cubaan membunuh dua anggota polis di Mahkamah Sesyen 1 di sini pada Rabu.
Printhero pertimbang guna pelampung stabilkan muzium feri terapung - SPPP
Syarikat itu akan menjalankan kerja-kerja mengenal pasti dan menampal kebocoran sebelum feri berkenaan dibawa ke lokasi akhir.
Kebocoran paip IWK punca lubang benam di Pantai Jerejak
Insiden lubang benam di Taman Sri Nibong, Pantai Jerejak dekat sini hari ini berpunca daripada kebocoran paip Indah Water Konsortium (IWK).
Enam keldai akaun ditahan sebabkan kerugian lebih RM300,000
Tiga lelaki dan tiga wanita ditahan oleh polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah (BSJKD) Barat Daya di sekitar Pulau Pinang.
Kastam beri amaran arak tiruan diproses dekat kolam ternakan katak
JKDM menumpaskan sindiket memproses arak tiruan di sebuah rumah usang di kawasan hutan terpencil dekat Kampung Valdor Sungai Jawi, Seberang Perai Selatan (SPS) dalam serbuan, 20 Sept lepas.
'Jangan buat spekulasi, kunjungan dua kapal China ke Pulau Pinang dibuat secara rasmi'
Orang ramai diminta supaya tidak menimbulkan sebarang spekulasi berhubung kunjungan dua kapal latihan dari China bersama pelajar dari Naval University of China ke Pelabuhan Pulau Pinang Sabtu lalu.