Golongan belia perlu memahami sistem politik dan kaedah memilih kerajaan seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemilihan kerajaan perlu melalui peti undi dan bukan melalui demonstrasi jalanan.
Jelasnya perlembagaan negara telah menetapkan sistem demokrasi berparlimen yang memperuntukkan parti politik memiliki kerusi terbanyak dalam pilihanraya untuk mentadbir negara.
"Kita tidak pilih sistem berdasarkan Presidential Election dimana undi popular akan menentukan siapa akan jadi presiden sebab kita bukan ada sistem presidential election,”
“Saya boleh bertanding dengan Anwar Ibrahim tak ada problem tetapi kita memilih sistem demokrasi berparlimen,” katanya ketika merasmikan Festival Belia di sini.
Jelas Najib golongan belia yang ingin menuntut perubahan disaran berpandukan kepada perlembagaan dan undang-undang.
Belia juga harus berfikiran rasional dalam menilai maklumat diterima.
"..dan mesti mempunyai kemampuan untuk berfikir secara waras dan rasional umpamannya bukan semua dalam internet dan media sosial adalah benar dan bukan semua dalam media utama itu merupakan propaganda kerajaan," katanya lagi
Tambah Najib lagi, belia perlu bijak membezakan perkara yang benar atau tidak terutama di laman sosial.
Najib turut memberi jaminan pentadbiran barisan nasional akan terus mendengar suara dan pendapat golongan belia
Dalam masa sama Najib berkata dakwaan Pakatan Pembangkang bahawa Barisan Nasional mencuri kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu tidak benar.
Jelasnya pembangkang yang sering melaungkan berlakunya penipuan sehingga kini gagal menunjukkan bukti malah tidak membuat aduan rasmi kepada Suruhanjaya Pilihanraya, SPR .
"Sampai hari ini tunjuk saya dimana ada Mat Bangla yang jadi pengundi, tunjuk Mat Bangla yang jadi pengundi tunjukkan, di pusat mana mereka yang telah datang dari Bangladesh telah jadi pengundi, buktikan, sampai sekarang ini tidak ada bukti sama sekali" ujarnya lagi.
Pakatan Pembangkang sebelum ini mendakwa Barisan Nasional membawa masuk 40 ribu pengundi hantu dari Bangladesh pada pilihanraya lalu.
Astro Awani
Sat May 25 2013
Isu pemindahan nama rumah kos rendah masih lagi membelenggu rakyat
Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail berkata isu pemindahan nama rumah kos rendah dan kos sederhana rendah masih lagi membelenggu rakyat.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Perdana Menteri sampai sumbangan khas kepada mangsa banjir di Melaka
Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Politik Kanan beliau, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada satu majlis di Tanjung Minyak.
Negeri Sembilan semak semula Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1996
Kerajaan Negeri Sembilan melalui JHEAINS dan MAINS sedang menyemak semula Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1996.
Ekonomi digital Malaysia naik 16 peratus ke RM141 bilion
Dalam satu laporan, Google berkata tiga faktor penyumbang utama adalah e-dagang, pelancongan dalam talian dan perkhidmatan kewangan digital.
Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Terengganu, Pahang hingga Jumaat ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di beberapa kawasan di Terengganu dan Pahang hingga Jumaat ini.
[TERKINI] Ucapan PM Anwar di Universiti Kebangsaan Seoul
Ikuti langsung ucapan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertajuk "Strategic Partners in a Complex World: Malaysia, Korea, and the Future of Asia" di Universiti Kebangsaan Seoul.
#AWANInews
#AWANInews
Lebih 120,000 ekspatriat berada di Malaysia, sumbang 4.8 peratus daripada KDNK
Sebanyak 120,183 pegawai ekspatriat berada di Malaysia setakat 31 Okt lepas.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Bekas pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Pemandu mabuk sebabkan kematian suami isteri didakwa
Seorang mekanik didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas dua pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian pasangan suami isteri pada 16 November lalu.
Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku
Seorang pastor didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Selasa atas pertuduhan membunuhseterusnya menyimpan mayat ibunya dalam peti sejuk beku tiga tahun lalu.
Walk The Doc 2024 fokus tarikan lama Kuala Lumpur
Nurashikin Zaharuddin berkata festival tahun ini menyasarkan untuk menerokai aspek baharu pembuatan filem dokumentari.
FLORIA Diraja Putrajaya 2024: Putrajaya memugar segar, ribuan bunga-bungaan kembali mengharumi
RFP telah dianjurkan sejak tahun 2007 dan tahun ini adalah merupakan penganjuran kali ke-13 sejak kali terakhir diadakan pada tahun 2022.
Festival Majestic Johor dijangka tarik lebih 600,000 pengunjung
Tarikan utama festival yang memasuki edisi ketiga itu ialah pameran eksklusif kereta klasik diraja dan Perarakan Festival Majestic Johor.
Keris Tok Chu, Sampir Kuseriwa diisytihar warisan Kelantan
Festival yang bermula pada 14 Julai itu telah menarik kedatangan lebih 10,000 pengunjung dari dalam dan luar Kelantan.
Bon Odori: Sisters In Islam bidas kenyataan Menteri, Mufti dan Pas
Kenyataan sebegitu seakan terus menggalakkan sikap tidak bertoeransi dalam masyarakat majmuk dan pelbagai budaya di Malaysia.
Puluhan unta dilarang bertanding, dikesan sengaja disuntik Botox demi nampak cantik
Pasukan pemeriksa terpaksa menggunakan teknologi khusus dan canggih untuk mengesan sebarang percubaan melanggar syarat pertandingan.
8 maut, ratusan cedera dalam rempuhan pada malam pembukaan festival muzik
Sekurang-kurangnya lapan maut dan ratusan yang lain cedera dalam insiden rempuhan di festival muzik anjuran rapper Travis Scott.
COVID-19: Lebih 200 kes dikesan berkait Festival Muzik Chicago
203 kes COVID-19 yang dilaporkan hanya bergejala ringan dan tiada kemasukan ke hospital atau kematian.
Festival beli-belah 'Singles Day' diadakan lebih awal tahun ini
Alibaba juga dilaporkan turut memperkenalkan lebih dua juta produk baharu iaitu dua kali ganda daripada jumlah tahun sebelumnya.
Kanak-kanak 3 tahun diterbangkan layang-layang
Festival layang-layang di bandar Hsinchu bertukar cemas apabila seorang kanak-kanak perempuan tiga tahun diterbangkan layang-layang.