Menurut pihak berkuasa, kanak-kanak itu diterbangkan setinggi 10 meter sebelum jatuh.
Kanak-kanak itu bagaimanapun terselamat selepas berjaya dibantu orang ramai yang berada di lokasi kejadian.
Menurut ibu bapanya, dia tidak mengalami sebarang kecederaan namun mengalami trauma.
Dalam pada itu, pihak berkuasa di Hsinchu menghentikan festival layang-layang tersebut sejurus insiden berkenaan.