ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa senarai ‘wish list’ Kedah yang diserahkan kepada kerajaan Persekutuan tidak pernah disenaraikan dalam belanjawan sebelum ini.
Beliau berkata, senarai hajat yang merupakan permohonan negeri menerusi sesi libat urus antara kerajaan negeri dengan Kementerian Kewangan (MOF) hanya sekadar formaliti.
Menurut Sanusi, sesi libat urus sempena pembentangan Belanjawan 2024 masih belum diadakan sehingga kini biarpun pembentangan akan diadakan pada 13 Oktober depan.
“Kebiasaan kerajaan Persekutuan melalui MOF akan adakan sesi libat urus dengan negeri-negeri. Setakat ini pertemuan antara wakil MOF dan negeri belum lagi diadakan.
“Lazimnya kita akan serah wish list Kedah dalam sesi libat urus tersebut. Namun berdasarkan pengalaman saya sepanjang menjadi Menteri Besar, libat urus tersebut sekadar formaliti sahaja,” katanya.
Sanusi bagaimana pun mengalu-alukan kehadiran sesi libat urus berkenaan untuk manfaat semua pihak.
“Senarai yang kita serah (wish list) tak pernah masuk (belanjawan Persekutuan) pun, tapi tak apalah, mailah (datang) buat libat urus di Kedah.
“Janganlah jadikan sesi tersebut umpama untuk ambil hati saja. Saya bukan nak mengata pada mereka tetapi hakikatnya memang begitu, sekadar formaliti,” ujarnya.
Menurut Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah itu, tanggapannya itu bukan sekadar tuduhan, sebaliknya prosedur sebelum ini menyaksikan apa yang dihajati sukar dipenuhi biarpun ia keperluan.
“Sebabnya bajet daripada agensi dan jabatan (Persekutuan) sudah dibuat awal. Mereka ada pengarah belanjawan masing-masing, mereka itulah yang rangka bajet untuk Persekutuan,” jelasnya lagi. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Sep 28 2023
Muhammad Sanusi berkata, senarai hajat yang merupakan permohonan negeri menerusi sesi libat urus antara kerajaan negeri dengan Kementerian Kewangan (MOF) hanya sekadar formaliti. - Gambar fail
AWANI Borneo [18/10/2024] – Perahu karam | Belanjawan 2025 | Pan Borneo dan SSLR
Tumpuan Awani Borneo 18 Oktober 2024 bersama Syaff Shukri
1. Lima peserta latihan regata dikhuatiri lemas di Sungai Sarawak.
2. Pemberian khas Sabah, Sarawak dicadang dinaikan RM600 juta.
3. Pembangunan jalan raya di Sabah, Sarawak terus diperkukuh
1. Lima peserta latihan regata dikhuatiri lemas di Sungai Sarawak.
2. Pemberian khas Sabah, Sarawak dicadang dinaikan RM600 juta.
3. Pembangunan jalan raya di Sabah, Sarawak terus diperkukuh
Tanda retak politik Filipina? Naib Presiden Sara Duterte dakwa Marcos tidak cekap
Sara Duterte mendakwa, Ferdinand Marcos Jr menjalankan pentadbirannya tanpa perancangan jelas.
AWANI Ringkas: Pembentangan Belanjawan 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 18 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 18 Oktober 2024
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
Belanjawan 2025: Peruntukan AI dinaikkan sebanyak RM50 juta
Kerajaan komited memperluaskan pendidikan berkaitan Kecerdasan Buatan (AI) ke semua universiti penyelidikan dengan peruntukan RM50 juta, berbanding RM20 juta tahun ini.
UAE hantar tiga lagi pesawat bersama 120 tan bantuan untuk Lubnan
UAE setakat ini telah menghantar 12 pesawat yang membawa 515 tan bekalan bantuan.
Latihan regata bertukar tragedi, lima peserta dikhuatiri lemas
Insiden melibatkan 15 peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata. 10 individu berjaya selamatkan diri manakala lima yang lain masih hilang.
Belanjawan 2025: Nak masuk Universiti? Ini cara kerajaan bantu anda
Belanjawan MADANI memperlihatkan komitmen Kerajaan dalam meningkatkan sektor pendidikan tinggi negara.
Belanjawan 2025 sedia platform menyeluruh hadapi cabaran tahun depan - Mohamad Hasan
Langkah-langkah dalam Belanjawan 2025 juga dilihat cuba mengimbangi keperluan rakyat terutama dalam mendepani isu kos sara hidup.
Jumlah kematian di Lubnan terus meningkat
Jumlah kematian akibat serangan udara Israel di Lubnan sejak tercetusnya konflik Israel-Hizbullah pada 8 Oktober 2023 meningkat kepada 2,412.
Belanjawan 2025: Peruntukan AI dinaikkan sebanyak RM50 juta
Kerajaan komited memperluaskan pendidikan berkaitan Kecerdasan Buatan (AI) ke semua universiti penyelidikan dengan peruntukan RM50 juta, berbanding RM20 juta tahun ini.
Kampung Angkat MADANI jadi solusi terbaik isu infra rakyat
Menerusi inisiaitf kerajaan pusat itu, beberapa permasalahan penduduk setempat dapat diatasi.
Bantuan Awal Persekolahan jadi sinar kehidupan pelajar B40
Ibu kepada empat orang anak menarik nafas lega apabila kesemua anaknya yang masih bersekolah mendapat Bantuan Awal Persekolahan (BAP) menerusi inisiatif yang diumumkan dalam Belanjawan 2024.
Sejati Madani: Projek ikan keli sangkar berjaya ubah status pendapatan Mukim Dusun
Melalui program berkenaan, penduduk bukan sahaja meraih pendapatan tambahan, malah turut menimba ilmu kemahiran menternak ikan keli.
UTM terima 97 pelajar perintis Fakulti Kecerdasan Buatan
UTM hari ini menerima 97 pelajar yang telah mendaftar untuk mengikuti pengajian di Fakulti Kecerdasan Buatan (FAI) bagi pengajian Sarjana Muda Sepenuh Masa, sesi akademik 2024/2025.
SC gesa PLC kembali adakan mesyuarat pemegang saham secara fizikal atau hibrid
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sedang meneliti semula amalan oleh syarikat tersenarai awam (PLC) Malaysia dalam menguruskan mesyuarat agung tahunan (AGM).
Belanjawan 2025: KPKT kemuka 33 cadangan berimpak tinggi
Antara lain, KPKT menyasarkan untuk membangunkan 100 Taman Rekreasi MADANI yang dilengkapi alat sukan dan trek joging di kawasan perumahan.
Ahmad Zahid persoal dakwaan Islam terancam
Ahmad Zahid berkata pelbagai inisiatif telah dilaksanakan dan dakwaan berterusan bahawa Islam terancam atau dipinggirkan di bawah Kerajaan Perpaduan tidak berasas.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
TEKUN salur RM9.44 bilion kepada usahawan sejak 1998
Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional telah menyalurkan pembiayaan perniagaan berjumlah RM9.44 billion kepada 581,697 usahawan sejak penubuhannya pada 1998 hingga Mei lepas.