KUALA LUMPUR: Lebih dua jam membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat pada Jumaat, Perdana Menteri dilihat hanya meneguk air, membasahkan tekak sebanyak dua kali.

Meskipun ada terbatuk beberapa kali namun Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat membentangkannya dengan lancar.

Ahli Parlimen Tambun itu mengambil masa kira-kira dua jam 30 minit bagi membentangkan belanjawan setebal 114 halaman itu.

Belanjawan kali ini merupakan yang kedua dibentangkan beliau di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Kerajaan memperuntukkan RM393.8 bilion bagi Belanjawan 2024.

Jumlah itu adalah yang tertinggi pernah dibentangkan merangkumi RM303.8 bilion untuk belanja mengurus, RM90 bilion bagi pembangunan dan RM2 bilion simpanan luar jangka.