KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan untuk meningkatkan peruntukan kredit perumahan menerusi Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) sehingga RM5 bilion akan membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia membeli rumah, menurut Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda).
Presidennya Datuk NK Tong berkata langkah tersebut akan memanfaatkan 20,000 peminjam yang tidak berpendapatan tetap.
"Pendekatan yang diambil kerajaan mungkin kelihatan berani dan agresif, namun, pada hakikatnya adalah berhemat berikutan kebimbangan mengenai pertumbuhan global yang lebih perlahan pada 2023," katanya dalam kenyataan sempena pembentangan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.
Objektif SJKP ialah menawarkan jaminan bagi pihak kerajaan kepada bank-bank yang mengambil bahagian dengan menawarkan pembiayaan perumahan kepada golongan berpendapatan tidak tetap tetapi berkelayakan seperti petani dan peniaga kecil untuk membeli rumah.
Malah, Rehda turut menyokong usaha kerajaan untuk membina 12,400 unit rumah kos rendah di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) dan 4,250 unit Rumah Mesra Rakyat di bawah Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB), masing-masing dengan peruntukan bernilai RM367 juta dan RM358 juta.
"Bagaimanapun, kami masih bimbang mengenai isu-isu mendesak yang diketengahkan dalam memorandum kami untuk Belanjawan 2023 seperti peningkatan berterusan harga bahan bangunan yang tidak ditangani.
"Kami menegaskan bahawa sekiranya isu ini dibiarkan terlalu lama, ia akan memberikan impak buruk terhadap harga rumah di pasaran terbuka," kata Tong.
Ikuti pembentangan Belanjawan 2023 di sini
Kalkulator Belanjawan 2023
Sementara itu, pemaju hartanah Mah Sing Group Bhd berkata langkah kerajaan untuk meneruskan pengecualian duti setem bagi rumah pertama akan membantu pembeli untuk lebih berjimat.
Pengecualian sepenuhnya duti setem diberikan kepada hartanah bernilai RM500,000 ke bawah dan 75 peratus untuk rumah bernilai lebih RM500,001 hingga RM1 juta.
"Sebagai contoh, pengecualian 75 peratus ke atas pembelian hartanah bernilai RM750,000 akan menjimatkan pembeli sehingga RM15,000.
"Ini akan menarik minat pembeli rumah kali pertama yang berpendapatan sederhana hingga tinggi serta mereka yang berhasrat meningkatkan hartanah," menurut Pengarah Urusan kumpulan Tan Sri Leong Hoy Kum.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 24 2023
Langkah tersebut akan memanfaatkan 20,000 peminjam yang tidak berpendapatan tetap. -Gambar hiasan
'Masa untuk hentikan penderitaan' - Ketua PBB rayu keamanan
Antonio Guterres membuat rayuan untuk keamanan menjelang ulang tahun pertama konflik di Gaza minggu depan.
Larian berpakaian tidak senonoh: Tiga lelaki ditahan bantu siasatan
Dua lelaki warga asing dan seorang warga tempatan berusia antara 39 hingga 70 tahun ditahan di sebuah hotel di Kota Tinggi.
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
1.4 juta ahli KWSP terima RM500 one-off caruman tambahan
Insentif RM500 diperuntukkan kepada individu yang mempunyai simpanan KWSP RM10,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 mereka setakat 24 Februari 2023.
AP kenderaan CBU masih lagi relevan - Tengku Zafrul
Pemansuhan AP boleh mendorong pengimportan atau lambakan kenderaan CBU yang tidak mematuhi piawaian teknikal dan membahayakan pengguna.
Kerajaan peruntuk RM90 juta kepada Risda, Felcra, galak pekebun kecil optimumkan penggunaan tanah
Anwar Ibrahim berkata skop galakan cukai automasi juga akan diperluas untuk meliputi sektor komoditi di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi.
Skim pencen 'bom jangka' kewangan negara - Khairy
Pelaksanaan skim pencen seperti diamalkan bagi sektor perkhidmatan awam boleh menjadi bom jangka kepada kewangan negara, menurut Khairy Jamaluddin.
[KOLUMNIS] Kerajaan nekad noktahkan miskin tegar, bukan 'tanam tebu di bibir'
KEMISKINAN tegar yang sudah lama berakar di negara ini harus dinoktahkan pada tahun ini juga.
[KOLUMNIS] Beri masa kestabilan politik Madani selesai masalah negara
Suhu politik seakan-akan tidak menunjukkan sebarang tanda akan reda untuk tempoh sekurang-kurang sehingga berakhir penggal Parlimen ke-15.
Kerajaan mampu laksana inisiatif Ekonomi MADANI - Ahmad Maslan
Kementerian turut digalakkan supaya menggunakan keseluruhan sumber yang diperuntukkan bagi melaksanakan inisiatif di bawah Ekonomi MADANI.
Sejumlah RM471 juta bantuan IPG diagihkan kepada 217,090 pekebun kecil - LGM
IPG telah dilaksanakan sejak 2015 bertujuan bagi mengurangkan beban pekebun kecil ketika harga getah di pasaran rendah.
Pelaksanaan Ekonomi Madani tidak libatkan tambahan perbelanjaan - Rafizi
Beliau berkata kerajaan akan berbelanja mengikut peruntukan yang diluluskan oleh Parlimen serta berdasarkan perbelanjaan yang ditetapkan dalam belanjawan tahun ini.
Kuarters usang di IPD Gerik, Kampar dan Ipoh akan ditambah baik - Ketua Polis Perak
Penyelenggaraan fasiliti lain seperti lif turut akan diberikan perhatian sewajarnya bagi kemudahan anggota dan keluarga mereka.