KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berharap kerajaan boleh memperuntukkan sejumlah nilai yang besar dalam Belanjawan 2023 untuk merealisasikan pelan pendigitalan kementerian itu.
Ketua Setiausaha KPT Datuk Seri Abdul Razak Jaafar berkata jika pendigitalan diletakkan sebagai fokus utama dalam sektor pendidikan tinggi, ia memerlukan kerjasama Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan.
"Kedua-kedua kementerian perlu bersama berganding bahu dengan KPT untuk menjayakan hasrat dan cita-cita Menteri Pendidikan," katanya ketika menjadi tetamu dalam rancangan Ruang Bicara Wacana Akademia Bernama TV bagi topik Kepimpinan Institusi Pendidikan Tinggi: Aspirasi dan Cabaran Semasa, yang turut dihadiri Pengarah Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) Prof Datuk Dr Nasrudin Mohammed, di sini, baru-baru ini.
Pada 30 Jan lepas, Menteri KPT Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam Amanat Tahun Baharu 2023 berkata pelan pendigitalan KPT sedia ada akan dilonjakkan dengan memfokuskan kepada pendigitalan total dalam semua aspek pengurusan, pendidikan, pembelajaran dan perkhidmatannya.
Jelas Abdul Razak lagi, di peringkat KPT, pelan pendigitalan juga merupakan perkara penting yang sedang dirangka untuk Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).
"Sekarang ini dalam proses kajian separuh penggal (pendigitalan), kami diminta untuk melihat semula sasaran yang telah ditetapkan dan menteri telah menyasarkan supaya pendigitalan merupakan salah satu target di bawah Kementerian Pendidikan untuk masa hadapan.
"Ini akan diterjemahkan dalam bentuk bajet ataupun peruntukan yang akan kita mohon dalam rolling plan ketiga, keempat dan mungkin melangkau RMK-13," katanya.
Sementara itu KPT juga mengambil kira permodenan teknologi dan komunikasi maklumat untuk mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran di Institut Pengajian Tinggi (IPT).
"Apabila kita dilanda COVID-19, saya rasa banyak aktiviti terhenti, jadi ketika itu kita tidak boleh beroperasi seperti biasa. Dalam keadaan new normal, maknanya perubahan kepada kaedah pembelajaran dan pengajaran itu perlu diterimapakai.
"Namun kini fasa endemik, iaitu post COVID-19 kita balik semula, pelajar-pelajar tidak berada di rumah dan kembali semula secara 100 peratus ke kampus. Jadi perlu ada kaedah pembelajaran dan pengajaran digitalisasi," katanya.
Sementara itu Nasrudin ketika mengulas mengenai topik Kepimpinan Institusi Pendidikan Tinggi: Aspirasi dan Cabaran Semasa berkata fungsi dan peranan utama AKEPT adalah berteraskan mengurusan bakat terbaik di sektor pendidikan tinggi termasuk aspek pengenalpastian, pemprofilan, pembangunan dan pemantauan bakal-bakal kepimpinan pendidikan tinggi.
"Ini memberikan tumpuan untuk AKEPT mewujudkan program-program bitara atau signature programs yang bukan sahaja tertumpu kepada kepemimpinan universiti awam, termasuk juga ahli lembaga pengarah universiti serta diperkembangkan kepada universiti swasta.
"Selain daripada itu, AKEPT perlu dimartabatkan sebagai Pusat Kecemerlangan atau Center of Excellence bagi kepimpinan pendidikan tinggi bukan sahaja di negara ini, malah di rantau ASEAN," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 17 2023

Datuk Seri Abdul Razak Jaafar berkata jika pendigitalan diletakkan sebagai fokus utama dalam sektor pendidikan tinggi, ia memerlukan kerjasama Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan. - Foto BERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik
Program permukiman KPT selama dua hari mengeratkan hubungan, meningkatkan kerjasama antara universiti awam serta politeknik di negara ini.

KTP manfaatkan masyarakat, sangkal warga universiti tidak tahu realiti lapangan
Program Pemindahan Ilmu (KTP) yang dilaksanakan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melibatkan semua universiti dalam negara telah memberi manfaat kepada masyarakat.

Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT
Program Jom Masuk U 2025 (JMU 2025) bakal memulakan siri jelajah ke 10 zon di seluruh negara bermula pada 22 Feb hingga 18 Mei depan.

Permohonan UPU sesi 2025/2026 dibuka 10 Feb - KPT
Permohonan kemasukan pelajar bagi Sesi Akademik 2025/2026 melalui UPUOnline dibuka mulai 10 Februari hingga 14 Mac 2025 untuk Fasa Pertama.

Arman Rumaizi dilantik Naib Canselor UPNM
Sebelum pelantikan ini, Arman Rumaizi memegang jawatan sebagai Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejak 2022.

KPT bantu, pantau pelajar Malaysia terlibat kemalangan di Port Said, Mesir
Kementerian Pendidikan Tinggi sedang membantu dan memantau perkembangan lapan pelajar yang terlibat kemalangan di Port Said, Mesir.

Ahli akademik disaran bertanggungjawab atas pandangan yang diutarakan
Ahli akademik perlu lebih bertanggungjawab dalam melontarkan kata-kata meskipun kebebasan bersuara dijamin oleh kerajaan.

MITI kenal pasti 33 indikator, 32 tindakan akan dilaksanakan melalui mesyuarat Jawatankuasa Daya Saing Negara
MITI telah mengenal pasti 33 indikator dengan 32 tindakan yang akan dilaksanakan dalam jangka masa pendek dan sederhana melalui mesyuarat pertama Jawatankuasa Daya Saing Negara (JKDSN).

KPT bangunkan sistem kemasukan pelajar antarabangsa
KPT akan membangunkan sistem kemasukan pelajar antarabangsa untuk memastikan sijil yang dihantar melalui permohonan adalah sahih dan setaraf dengan kelayakan masuk.

Pensyarah didakwa lakukan gangguan seksual buat laporan polis - KPT
KPT memaklumkan pensyarah yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang penuntut UM baru-baru ini sudah membuah laporan polis dan siasatan sedang djalankan.