KUALA LUMPUR:Pengumuman penangguhan dan pengurangan ansuran bulanan pembiayaan bakal beri kelegaan kepada kumpulan perusahaan mikro namun ia harus digunakan sebaiknya.
Jelas Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Usahawan Mikro (AUM), Azharee Wahid, peminjam harus menggunakan kemudahan itu untuk menambah baik urusan perniagaan seperti tujuan pemasaran, mengembangkan lagi perusahaan dan bukan untuk urusan peribadi.
"Dengan kemudahan itu semestinya beri lebihan kewangan kepada peniaga, namun ia perlu digunakan untuk tujuan mengembangkan perusahaan. Cuma saya risau ia akan digunakan untuk urusan peribadi yang boleh gagalkan matlamat utama.
"Lebihan kewangan hasil kemudahan itu seharusnya digunakan untuk tujuan promosi, tingkatkan pemasaran dan mengembangkan pangkalan data pelanggan," kata Azharee ketika ditemubual Astro AWANI.
Tambah Azharee, memasuki ke bulan-bulan terakhir penghujung tahun, ini merupakan waktu yang sesuai untuk sesebuah perusahaan mikro ini untuk menstruktur semula kewangan perniagaan.
Ia selepas kebanyakan perusahaan lumpuh ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lalu, namun kembali mengorak langkah selepas PKP Pemulihan dikuatkuasakan.
"Ini peluang terbaik untuk syarikat pulihkan dan struktur semula perbelanjaan perniagaan. Lebihan tunai di tangan ini boleh memperbaiki aliran kewangan syarikat."
Terdahulu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan, peminjam kategori B40 dan kumpulan perusahaan mikro diberi pilihan untuk menangguh atau mengurangkan ansuran bulanan pembiayaan mereka dengan pihak bank.
BACA: LAPOR LANGSUNG: Belanjawan 2021 - Teguh Kita, Menang Bersama!
SEGALANYA MENGENAI BELANJAWAN 2021, KLIK DI SINI!
Peminjam dalam kategori ini akan diberi dua pilihan iaitu menangguhkan ansuran bulanan selama tiga bulan atau pengurangan ansuran bulanan sebanyak 50 peratus selama enam bulan.
Dalam pada itu, Azharee turut memohon agar pemain industri mikro ini menggunakan peluang sebaiknya dalam merebut peruntukan yang disediakan kerajaan melalui Belanjawan 2021 yang dibentangkan.
Antara peruntukan yang disediakan adalah kerajaan akan memberikan pembiayaan kredit mikro bernilai hampir RM1.2 bilion melalui beberapa institusi kewangan terpilih seperti Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN), Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB), Agrobank, Bank Simpanan Nasional (BSN) dan institusi kewangan lain.
Ini termasuk tambahan sebanyak RM110 juta kepada Micro Enterprises Facility di bawah Bank Negara (BNM) bagi menggalakkan aktiviti keusahawanan dalam kalangan pekerja gig dan yang bekerja sendiri serta menyokong pelaksanaan program iTEKAD.
Azyyati Ahmad, Hafizi Rosli
Sat Nov 07 2020
![Belanjawan 2021: Perusahaan mikro harus gunakan kemudahan untuk kembangkan perniagaan Belanjawan 2021: Perusahaan mikro harus gunakan kemudahan untuk kembangkan perniagaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/41595565005_abdazhareeabdulwa.jpg)
Pengumuman penangguhan dan pengurangan ansuran bulanan pembiayaan bakal beri kelegaan kepada kumpulan perusahaan mikro namun ia harus digunakan sebaiknya - CEO Akademi Usahawan Mikro (AUM), Azharee Wahid
![RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678788517_MahkamahUtama.jpg)
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
![Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646741163_DatukWilliamNg.jpg)
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
![Belanjawan 2021: Perusahaan mikro harus gunakan kemudahan untuk kembangkan perniagaan Belanjawan 2021: Perusahaan mikro harus gunakan kemudahan untuk kembangkan perniagaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/41595565005_abdazhareeabdulwa.jpg)
Belanjawan 2021: Perusahaan mikro harus gunakan kemudahan untuk kembangkan perniagaan
"Lebihan kewangan hasil kemudahan itu seharusnya digunakan untuk tujuan promosi, tingkatkan pemasaran dan mengembangkan pangkalan data pelanggan"