KUALA LUMPUR:Peruntukan untuk Belanjawan 2021 diunjurkan berjumlah RM330 bilion, 10 peratus lebih tinggi berbanding RM297 bilion yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2020.
Rakan niaga, ekonomi dan dasar PwC Malaysia Patrick Tay percaya Belanjawan 2021 dirangka bagi mengekalkan rangsangan fiskal untuk membantu Malaysia kembali kepada zon pertumbuhan positif.
"Bersama dengan rangsangan monetari dari Bank Negara Malaysia, kami menjangkakan Malaysia mencapai pertumbuhan sederhana pada tahun 2021," katanya kepada Bernama.
Beliau menambah, bergantung kepada berapa banyak pendapatan atau hasil yang dijangka dikumpulkan oleh kerajaan pada 2021, ini mungkin boleh mengakibatkan defisit yang signifikan berbanding unjuran semasa iaitu 6.0 peratus kepada sekitar 7.0 - 8.0 peratus.
"Tiada pecutan serta merta - paling tidak, angkara pandemik COVID-19 memerlukan masa untuk menangani isu kehidupan dan mata pencarian.
Menyentuh mengenai kehidupan, Tay berkata kerajaan dijangka meningkatkan peruntukan sumber ke sistem penjagaan kesihatan awam, terutamanya petugas barisan hadapan dan untuk membeli peralatan perlindungan peribadi amat penging untuk mengawal dan menguruskan insiden COVID-19.
Dengan kemungkinan vaksin hanya tersedia menjelang akhir tempoh Belanjawan 2021, peruntukan untuk membantu membeli bekalan kemungkinan ada.
"Mengenai mata pencarian pula, kami merasakan kerajaan akan terus membantu perusahaan kecil dan sederhana dan rakyat. Dengan itu diharapkan, peruntukan itu akan berterusan.
"Akhir sekali, dengan perhatian semua tertumpu kepada politik, tidaklah mengejutkan sekiranya belanjawan ini turut memberi peruntukan bagi menyokong Sabah memerangi COVID-19, Sarawak serta negeri-negeri luar bandar di utara dan pantai timur," tambah beliau.
Ditanya mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), beliau merasakan kerajaan mungkin memperkenalkannya semula apabila pemulihan ekonomi telah benar-benar kukuh.
"Sebagai ahli ekonomi saya juga merasakan sekarang ini bukan masa yang sesuai untuk memperkenalkan semula GST sebagai langkah untuk memperluaskan asas cukai dan untuk mendapatkan pendapatan daripada ekonomi bayangan," kata beliau.
Beliau berkata masa yang mencukupi amat penting dalam memastikan kejayaan pengenalan semula seperti sistem pemantauan harga yang teliti termasuk penguatkuasaan, membina pengetahuan untuk agensi penguatkuasaan dan mengurangkan pematuhan pengemukaan kos secara sukuan.
Tay turut menyarankan agar kerajaan mengurangkan kadar cukai pendapatan serta menyediakan baucar tunai kepada semua isi rumah B40 yang layak, pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) untuk sekurang-kurangnya tiga bulan bagi mengelak piramid cukai dan pengembalian cukai input secara automatik.
Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz akan membentangkan Belanjawan 2021 di Parlimen petang ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 06 2020

Peruntukan untuk Belanjawan 2021 diunjurkan berjumlah RM330 bilion, 10 peratus lebih tinggi berbanding RM297 bilion yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2020. -Astro AWANI

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![[KOLUMNIS] Graduan teknikal mahu kerajaan pasca-PRU15 konsisten pada perjuangan TVET [KOLUMNIS] Graduan teknikal mahu kerajaan pasca-PRU15 konsisten pada perjuangan TVET](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71667893373_calon.jpg)
[KOLUMNIS] Graduan teknikal mahu kerajaan pasca-PRU15 konsisten pada perjuangan TVET
TVET merupakan salah satu tunjang utama yang memainkan peranan signifikan dalam mentransformasikan Malaysia kepada negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

DUN Sarawak lulus RUU Perbekalan Tambahan
Perbelanjaan tambahan tersebut adalah untuk membiayai beberapa perkhidmatan daripada kementerian dan jabatan yang dananya tidak disediakan atau tidak mencukupi dalam perbelanjaan 2021.

500,257 pencari kerja dapat pekerjaan melalui 27 inisiatif kerajaan - PM
Ia melangkaui sasaran 500,000 peluang pekerjaan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan melalui Bajet 2021.

Lebih RM2 juta diperuntuk iktiraf kepentingan, sumbangan wanita Sabah
Ia sebagai bukti kerajaan negeri terus mengiktiraf kepentingan dan sumbangan wanita dalam pembangunan negeri ini.

Bajet 2022: Kerajaan perlu labur kumpul statisik tepat tangani jurang kemiskinan
Ketika ini negara bergantung kepada angka purata yang mencampurkan mereka yang berpendapatan tinggi dan rendah dan ini menyukarkan pengiraan yang tepat.

4,422 murid kehilangan ibu bapa akibat COVID-19 - Rina Harun
Daripada jumlah itu seramai 154 orang murid kehilangan kedua-dua ibu dan ayah iaitu menjadi yatim piatu.

Aktivi perniagaan dijangka meningkat 54 peratus tahun ini - Tengku Zafrul
Aktiviti perniagaan dijangka mencatatkan pertumbuhan sehingga 54 peratus pada tahun ini, kata Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

COVID -19: Jonker Walk rugi RM2.5 juta sehari
Kerugian RM2.5 juta sehari itu dinilai berdasarkan anggaran 10,000 pelancong mengunjungi kawasan itu sehari dan berbelanja RM250 untuk membeli-belah.
![[KOLUMNIS] Apa yang sudah dilakukan dan apa yang perlu dilakukan? [KOLUMNIS] Apa yang sudah dilakukan dan apa yang perlu dilakukan?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/81622894649_Parlimen.jpg)
[KOLUMNIS] Apa yang sudah dilakukan dan apa yang perlu dilakukan?
Pasukan baharu ini mempunyai tugas penting untuk memastikan ekonomi dan kesihatan rakyat kembali kepada keadaan normal.

Letak jawatan bukan perkara luar biasa, lapan negara telah lakukannya - Najib
Jelas Najib, perkara itu berlaku selepas berlaku kegagalan kerajaan dalam membendung COVID-19 seperti dilakukan oleh lapan negara sebelum ini.