KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sepang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan meminta suapan berjumlah RM4,800 berkaitan Program Dana Jaminan Makanan Tahun 2021.
Mohd Asyraf Mohd Fauzi, 36, didakwa sebagai Penolong Pegawai Hal Ehwal Ekonomi Gred E29 di PPK Sepang ketika itu, telah memperoleh suapan iaitu wang tunai RM4,800 daripada seorang lelaki berumur 39 tahun melalui akaun CIMB miliknya.
Ia sebagai dorongan bagi dirinya membantu Syarikat Giching Maju Enterprise mendapatkan kerja-kerja pembersihan dan pembekalan anak benih tebu telur berhubung Program Dana Jaminan Makanan Tahun 2021: Projek Pertanian Organik Tebu Telur daripada PPK Sepang.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Sentul Raya di sini, pada 10 Nov 2021 hingga 31 Dis 2021, mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Irna Julieza Maaras mencadangkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh perlu menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah dan melapor diri di pejabat SPRM Selangor sehingga kes selesai.
Peguam Saleh Ahmad yang mewakili Mohd Asyraf memohon jumlah jaminan dikurangkan kerana anak guamnya yang masih bertugas sebagai Timbalan Pengurus Besar PPK Gombak, perlu menyara isteri dan empat anak.
"Anak guam saya telah membayar jaminan RM8,000 bagi dua pertuduhan yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen Shah Alam dan beliau tidak mampu membayar wang jaminan RM20,000 yang dicadangkan itu," kata Saleh dan memaklumkan anak guamnya tidak mempunyai pasport.
Irna Julieza kemudian memohon kes itu dipindahkah ke Mahkamah Sesyen Shah Alam untuk dibicarakan bersama dua lagi pertuduhan yang dihadapi tertuduh dan tiada bantahan daripada peguam.
Hakim Suzana Hussin membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh perlu menyerahkan pasport antarabangsa jika ada, dan melapor diri di pejabat SPRM Selangor sebulan sekali sehingga kes selesai.
"Mahkamah juga membenarkan kes dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam untuk dibicara bersama dua lagi kes yang dihadapi tertuduh," katanya.
Pada 11 April lepas, Mohd Asyraf mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas dua pertuduhan meminta suapan wang berjumlah RM6,000 membabitkan program sama.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 17 2023

Tertuduh didakwa memperoleh suapan wang tunai RM4,800 daripada seorang lelaki berumur 39 tahun melalui akaun CIMB miliknya. -Gambar hiasan

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Bekas Timbalan Pengurus Besar PPK Sepang didakwa lagi minta suapan RM4,800
Bekas Timbalan Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sepang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan meminta suapan berjumlah RM4,800 berkaitan Program Da