KANGAR: Kerajaan dicadangkan untuk melibatkan penyertaan bekas tentera dan polis yang dapat bertindak sebagai sebahagian "penguat kuasa" mengawal penyalahgunaan daun ketum dalam kalangan rakyat di negara ini sekiranya ketum dibenarkan bagi tujuan perubatan.
Penaung Persatuan Veteran Tentera Udara Diraja Malaysia (PVTUDM) Perlis Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata tugas pengawalan dan penguatkuasaan ketum boleh dibantu pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang terdiri daripada bekas tentera dan polis sekali gus ia akan memudahkan urusan kerajaan membanteras penyalahgunaan ketum.
"Sekarang ini saya tengah bincang dengan Menteri Kesihatan (Khairy Jamaluddin) dan kita telah melantik bekas pegawai tinggi polis (bahagian) narkotik, dan buat masa ini saya tidak mahu sebut nama lagi bersama jawatankuasa bekas tentera dan polis untuk memberi cadangan kepada saya untuk saya kemukakan kepada Menteri Kesihatan," katanya.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata demikian kepada pemberita pada Jamuan Aidilfitri PVTUDM Perlis di Santuari Ikan Air Tawar Timah Tasoh dekat sini hari ini.
Pada April lepas, dalam laporan media Zahidi dipetik sebagai berkata perbincangan mengenai kebenaran penanaman ketum untuk tujuan perubatan mendapat "lampu hijau" daripada kerajaan apabila Kabinet tidak mempunyai halangan dan sudah memberikan kebenaran untuk satu perbincangan dilakukan pihaknya yang mewakili Parlimen Padang Besar bersama Menteri Kesihatan berhubung isu itu.
Mengulas lanjut, Zahidi berkata jika kerajaan meluluskan tanaman ketum itu ia juga dapat membantu pesara tentera dan polis menjana pendapatan selain mengharapkan wang pencen melalui kaedah mengusahakan tanah mereka dengan tanaman berkenaan.
"Permintaan dunia untuk ketum cukup besar daripada segi perubatan. Negara jiran kita dapat pendapatan besar daripada ketum ini, jadi jika kerajaan benarkan pokok ketum ditanam ia akan memberi manfaat kepada pekebun kecil getah misalnya yang mana jika harga getah jatuh boleh membantu mereka dapat pendapatan," katanya.
Dalam perkembangan lain, sempena Hari Wartawan Nasional yang diraikan hari ini, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia itu menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan wartawan yang bertugas menyampaikan maklumat tepat kepada masyarakat.
"...dan juga mereka (wartawan) berkorban untuk sampaikan maklumat kepada masyarakat termasuk sanggup ke tempat peperangan dan ada wartawan yang terbunuh...begitu besar pengorbanan wartawan kepada masyarakat.
Kementerian (Komunikasi dan Multimedia) menghargai jasa wartawan dengan memikirkan macam mana cara untuk membalas jasa wartawan dan menjaga kebajikan wartawan...kami akan sentiasa berusaha membalas jasa wartawan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 29 2022
![Bekas tentera, polis dicadang jadi penguat kuasa jika ketum dibenar untuk perubatan - Zahidi Bekas tentera, polis dicadang jadi penguat kuasa jika ketum dibenar untuk perubatan - Zahidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51653819657_TimbalanMenteriKom.jpg)
Zahidi berkata tugas pengawalan dan penguatkuasaan ketum boleh dibantu NGO yang terdiri daripada bekas tentera dan polis sekali gus memudahkan usaha banteras penyalahgunaan ketum. - Gambar/ Bernama
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39 Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739723174_MarshaMilanAJL.jpg)
Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39
Marsha Milan Londoh merangkul trofi Juara Lagu apabila lagu Hening Rindu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik dihasilkan Ikhwan Fatanna mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37.
![Remaja ditahan cuba seludup ketum ke Thailand Remaja ditahan cuba seludup ketum ke Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708405848_TBREMAJAKETUMjp.jpg)
Remaja ditahan cuba seludup ketum ke Thailand
Suspek melakukan kerja berkenaan secara sambilan dan menerima upah sekitar RM10 untuk membawa masuk bekalan.
![Lima pegawai polis antara enam ditahan proses ketum Lima pegawai polis antara enam ditahan proses ketum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707190802_tbcecairketum.jpg)
Lima pegawai polis antara enam ditahan proses ketum
Kesemua lelaki yang terdiri daripada pegawai kanan, pegawai rendah dan orang awam berusia antara 31 dan 55 tahun itu ditahan malam tadi.
![APMM Perak tahan 22 warga asing atas pelbagai kesalahan APMM Perak tahan 22 warga asing atas pelbagai kesalahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705807836_MaritimPerak.jpg)
APMM Perak tahan 22 warga asing atas pelbagai kesalahan
Pemeriksaan lanjut turut menemukan kira-kira 60 liter cecair disyaki air ketum dan anggaran 200 kilogram ikan campur di atas bot.
![Kastam bongkar makmal proses ubat batuk tiruan, campur ketum Kastam bongkar makmal proses ubat batuk tiruan, campur ketum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705653520_TBubatbatukpalsu.jpg)
Kastam bongkar makmal proses ubat batuk tiruan, campur ketum
JKDM membongkar kegiatan pemalsuan ubat batuk berjenama sedia ada di pasaran selepas menyerbu sebuah rumah sewa di Simpang Empat, di sini yang dijadikan makmal pemprosesan.
![Empat anggota polis ditahan proses, ambil ketum Empat anggota polis ditahan proses, ambil ketum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61704540420_AllaudeenAbdulMaji.jpg)
Empat anggota polis ditahan proses, ambil ketum
Tindakan empat anggota polis memproses ketum dipercayai untuk kegunaan sendiri membawa padah apabila ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Tan Yew Lai dekat sini pada Khamis.
![Op Tapis Bersepadu: Dua pelajar sekolah antara 604 ditahan Op Tapis Bersepadu: Dua pelajar sekolah antara 604 ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683693337_TBZAKIHARUN.jpg)
Op Tapis Bersepadu: Dua pelajar sekolah antara 604 ditahan
Kedua-dua suspek direman selama tiga hari untuk siasatan lanjut bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
![Op Tapis: 22 sarang 'mat gian' diserbu, 537 individu diserkup Op Tapis: 22 sarang 'mat gian' diserbu, 537 individu diserkup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51697205339_TBOPTAPISPerakD.jpg)
Op Tapis: 22 sarang 'mat gian' diserbu, 537 individu diserkup
Sejumlah dadah pelbagai jenis yang keseluruhannya bernilai lebih RM50,000 termasuk daun dan cecair ketum turut dirampas dalam operasi.
![Taiwan, AS bekerjasama gagalkan penyeludupan ketum AS$1.1 bilion Taiwan, AS bekerjasama gagalkan penyeludupan ketum AS$1.1 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41679815904_Ketum.jpg)
Taiwan, AS bekerjasama gagalkan penyeludupan ketum AS$1.1 bilion
Individu yang ditangkap membuat, membawa atau menjual narkotik Kategori 3 dikenakan hukuman penjara sekurang-kurangnya tujuh tahun.
![Malaysia perlu pemahaman menyeluruh mengenai ketum - Fadillah Malaysia perlu pemahaman menyeluruh mengenai ketum - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71691829339_Fadillahketum.jpg)
Malaysia perlu pemahaman menyeluruh mengenai ketum - Fadillah
Malaysia memerlukan pemahaman menyeluruh mengenai sifat dan aplikasi ketum yang boleh dijadikan industri komoditi menguntungkan melalui pelaburan dalam botani, farmakologi dan perubatan.
![Empat lelaki ditahan miliki 1,000 pil Yaba, air ketum Empat lelaki ditahan miliki 1,000 pil Yaba, air ketum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41689243273_handcuff.jpg)
Empat lelaki ditahan miliki 1,000 pil Yaba, air ketum
Nilai keseluruhan barang rampasan dianggarkan RM11,100 manakala ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah.