Bekas setiausaha sulit kepada Ahli Parlimen Tebrau mengaku tidak bersalah terhadap tujuh pertuduhan menipu dan memperdaya dengan nilai keseluruhan RM39,450 di Mahkamah Majistret Johor Bahru.
Pengakuan dibuat di hadapan Majistret Haffiza Jemali.
Tertuduh Saswin Nair V. Suresh, 27 tahun, faham ketika semua pertuduhan dibacakan.
Mengikut kertas pertuduhan, Saswin Nair melakukan semua perbuatan itu antara November 2018 hingga Julai 2019 di lokasi berbeza sekitar Johor Bahru dan Iskandar Puteri.
Kesemua pertuduhan melibatkan enam mangsa berbeza dengan nilai penipuan antara RM150 (baucar) hingga RM15,000.
Penipuan tertuduh terhadap semua mangsa melibatkan baucer kembali ke sekolah, deposit rumah mampu milik di Taman Daya dan juga pembelian emas.
Kes disiasat di bawah Seksyen 420 dan 417 Kanun Keseksaan.
Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Chan Choon Yew dan Adilah Nur Yahya, manakala tertuduh diwakili peguam Iskandar Shah Ibrahim.
Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM2,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin.
Mahkamah menetapkan 23 Oktober depan sebagai tarikh pengurusan kes.
Astro Awani
Sun Sep 22 2019
Mengikut kertas pertuduhan, Saswin Nair melakukan semua perbuatan itu antara November 2018 hingga Julai 2019 di lokasi berbeza sekitar Johor Bahru dan Iskandar Puteri. - Astro AWANI
Sebutan semula kes pemandu wanita langgar pelajar UiTM Dungun 18 Dis
Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 18 Dis untuk sebutan semula kes pemandu wanita yang berdepan tuduhan cubaan membunuh sehingga mendatangkan kecederaan kepada seorang pelajar Universiti Tekn
RM7 juta biaya kos kajian kebolehlaksanaan projek Kereta Api Trans-Borneo
Sejumlah RM7 juta diperuntukkan bagi membiayai kos keseluruhan kajian kebolehlaksanaan projek pembinaan Kereta Api Trans-Borneo, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diberitahu hari ini.
AWANI Ringkas: Dadah dalam MPV, rampasan terbesar di Terengganu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selangor sediakan modul khas pulihkan ahli GISB
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Jakim dan JAIS kini dalam fasa memulihkan ahli-ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di negeri itu.
'Daisy' menyerupai wanita tua lengahkan 'scammer'
Syarikat telekomunikasai di United Kingdom bangunkan satu karakter kecerdasan buatan (AI) menyerupai wanita tua lengahkan dan ganggu cubaan penipuan melalui panggilan telefon.
Astro S+V, bantu kandungan video capai standard antarabangsa
Astro Malaysia Holdings Bhd. memperkenalkan Astro Sound+Vision (S+V), sebuah perkhidmatan pasca produksi terkemuka oleh Astro Studios Sdn. Bhd, yang direka khas untuk penggiat industri perfileman dalam dan luar negara.
RUU keselamatan dalam talian dibawa ke kabinet untuk pertimbangan
M. Kulasegaran berkata usaha penggubalan rang undang-undang itu sebagai langkah untuk memastikan persekitaran dalam talian menjadi platform yang selamat kepada rakyat Malaysia terutama kanak-kanak.
Indikator kos sara hidup diambil kira dalam penyasaran subsidi RON95 - Fuziah
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata, indikator itu merangkumi statistik Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) dan Indeks Kos Sara Hidup (IKSH) yang dibangunkan Jabatan Perangkaan Malaysia.
COP29: Malaysia dan ASEAN kukuhkan kerangka pasaran karbon untuk ekonomi mampan
Malaysia memimpin usaha membangunkan kerangka karbon menyeluruh di peringkat ASEAN, dengan inisiatif yang dimulakan oleh Kumpulan Kerja Pasaran Karbon.
11 lelaki Indonesia mengaku salah miliki 4,000 kg minyak masak
Sebelas lelaki warga Indonesia mengaku bersalah memiliki bahan kawalan berjadual iaitu minyak masak sebanyak 4,000 kilogram tanpa lesen sah.
Bekas setiausaha sulit Ahli Parlimen Tebrau didakwa menipu lebih RM39,000
Saswin Nair melakukan semua perbuatan itu antara November 2018 hingga Julai 2019 di lokasi berbeza sekitar Johor Bahru dan Iskandar Puteri.