KUALA LUMPUR: Bekas Presiden Majlis Peguam yang juga peguam ternama, Datuk Sulaiman Abdullah dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada petang Isnin.
Allahyarham meninggal dunia pada usia 77 tahun.
Portal berita Malaysiakini melaporkan, pemergian Allahyarham disahkan oleh anak lelakinya pelakon dan penulis drama Huzir Sulaiman.
Menurut Huzir, walaupun Allahyarham bapanya menghadapi pelbagai cabaran kesihatan, fikirannya yang tajam dan cerdas tetap tidak terjejas.
Kata Huzir, bapanya juga masih mewakili anak guamnya dan berkhidmat dalam pelbagai jawatankuasa serta panel penasihat.
Sepanjang kerjaya sebagai peguam, Allahyarham Sulaiman terlibat dalam kes-kes terkenal termasuk menjadi peguambela perbicaraan berprofil tinggi termasuk kes liwat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Allahyarham Sulaiman juga merupakan peguam pendakwaan untuk kes rasuah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak serta krisis Perlembagaan Perak susulan penyingkiran Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar.
Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai setiausaha Badan Peguam Malaysia (1993-1995) dan Presiden Majlis Peguam (2000-2001).
Allahyarham Sulaiman kehilangan isterinya, Mehrun Siraj yang meninggal dunia pada 29 Jun 2021.
Sementara itu, Astro AWANI difahamkan, jenazah Allahyarham Sulaiman akan disolatkan di Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Jalan Templer, Petaling Jaya sebelum dikebumikan selepas solat Zohor.
Astro Awani
Tue Dec 19 2023

Datuk Sulaiman Abdullah dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada petang Isnin pada usia 77 tahun.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Bekas Presiden Majlis Peguam, peguam ternama Sulaiman Abdullah meninggal dunia
Allahyarham Sulaiman meninggal dunia pada usia 77 tahun.

Balu Allahyarham Jamaludin Jarjis mohon pinda tuntutan saman harta sepencarian RM1 bilion
Peguam Syarie Datuk Sulaiman Abdullah yang mewakili Kalsom selaku plaintif berkata pihaknya akan meminda pernyataan tuntutan saman membabitkan beberapa aset antaranya hartanah.

Mahkamah Rayuan tolak tiga permohonan Najib dalam kes SRC
Hakim Zabariah Mohd Yusof hanya membenarkan permohonan Najib yang menuntut pihak pendakwaan menunjukkan surat lantikan peguam Sulaiman Abdullah sebagai pendakwa raya.