Anggota dan pegawai polis yang pernah berkhidmat bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia menawarkan khidmat sukarela dalam membantu menangani masalah jenayah termasuk penyalahgunaan dadah di kalangan rakyat negara ini.
Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia Hussin Awang Ngah berkata persatuan itu yang dianggotai lebih 140,000 bekas anggota polis mempunyai kemahiran dan berpengalaman dalam bidang tersebut mampu membantu sekiranya diberi peluang berbuat demikian.
Katanya khidmat itu termasuk memberi ceramah kesedaran bagi mendekati masyarakat khususnya golongan remaja termasuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang berfaedah bagi membina jati diri dan semangat patriotik mereka kepada negara.
Beliau berkata demikian kepada Bernama dalam temuramah khas bersempena pelantikannya sebagai Presiden PBPM yang baharu bagi menggantikan Prof Datuk Dr Hassan Yusoff, berkuat kuasa semalam.
Menurut Hussin pihaknya juga bersedia menjadi rujukan pasukan PDRM dalam usaha memantapkan lagi pasukan keselamatan itu menerusi anggota persatuannya yang berpengalaman dan berkemahiran dalam bidang kepolisan.
Sebagai usaha membantu kalangan bekas polis pula, beliau berkata langkah akan diambil bagi mempertingkatkan taraf hidup bekas anggota polis termasuk anggota-anggota Pasukan Kawalan tempatan (Home Guard) dan Konstabel Khas (SC) yang berkhidmat di zaman komunis bermula pada tahun 1950.
"Untuk itu saya akan berjumpa dengan pihak yang berkenaan supaya golongan ini diberikan pembelaan kerana sanggup berkorban nyawa untuk keamanan negara pada satu ketika dahulu", katanya.
Katanya PBPM juga akan terus berusaha membela anggota persatuan itu menerusi pelbagai faedah termasuk pembinaan Wisma PBPM dan kuota haji khas untuk bekas anggota polis.
"Satu kunjungan hormat kepada Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara berkaitan pembinaan wisma itu akan diadakan minggu depan dan satu pertemuan bersama Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim juga akan diadakan bagi membincangkan mengenai kuota itu," katanya.
Sehubungan itu, Hussin yang juga Pengerusi PBPM Cawangan Terengganu, meminta kira-kira 15,000 hingga 20,000 bekas anggota polis yang masih belum menyertai PBPM supaya berbuat demikian.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 04 2017
Anggota dan pegawai polis yang pernah berkhidmat bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia menawarkan khidmat sukarela.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
Caj hospital swasta meningkat, KKM akan bawa pendekatan perkhidmatan berasaskan nilai
Isu peningkatan caj hospital dan insurans perubatan yang melambung tinggi dibangkitkan beberapa ahli Parlimen yang meminta KKM untuk mengawal perkara berkenaan.
AWANI Ringkas: Jenayah | Rusuhan di Islamabad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MTL: Lebih 100 hektar padi sedia dituai ditenggelami banjir, kerugian hampir RM1 juta
Seramai 39 pesawah dari Kampung Luar dan Kampung Tersang di sini mengalami kerugian hampir RM1 juta selepas sawah seluas 121 hektar ditenggelami banjir.
Consider This: BERSIH Report Card — From ‘D’ to Distinction?
Two years into its term, the Madani government finds itself under the microscope. Bersih has given the Anwar Ibrahim-led Administration a grade of ‘D’, citing its failure to deliver on key institutional and democratic reforms. Is this verdict too harsh, or is it a necessary wake-up call for those in power that they do not have the luxury of time? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks to Muhammad Faisal Abdul Aziz, Chairperson of BERSIH, and Ooi Kok Hin, Executive Director of BERSIH.
Rancangan Kawasan Khas Tanah Tinggi Lojing dirangka untuk dibangunkan secara dinamik
Rancangan Kawasan Khas (RKK) Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang telah dirangka sebagai garis panduan bagi membolehkan pembangunan secara dinamik dan holistik dilaksanakan di kawasan berkenaan.
AWANI Tonight 26 Nov 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. M'sia-S. Korea: PM visit secures RM32.8 bil in potential investments
2. A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
#AWANIEnglish #AWANINews
1. M'sia-S. Korea: PM visit secures RM32.8 bil in potential investments
2. A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
A UN report revealed 85,000 women and girls were victims of femicide in 2023, with majority cases involving an intimate partner or a family member. #AWANITonight
Nelayan warga Thailand dipenjara 70 bulan, 10 sebatan kerana miliki kanabis
Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 70 bulan dan 10 sebatan terhadap seorang nelayan warga Thailand hari ini selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki kanabis sebe
Tujuh anggota polis didakwa salah guna dadah
Mereka yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, IPD Yan, dan IPD Pendang didakwa tanpa kebenaran memasukkan dalam badan sendiri dadah berbahaya jenis ketamine dan MDMA.
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983: Peluang kedua pulih diri
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983 penting bagi memberikan kuasa lebih kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam proses rawatan dan pemulihan penagih.
"Itu bukan saya"- Misha Omar nafi ditahan polis Thailand
Penyanyi terkenal yang berasal dari Kelantan, Misha Omar menafikan dia bukan penyanyi wanita yang ditahan dalam operasi polis Thailand di Sungai Golok, semalam.
Polis kesan Syed Mohammad Faris bantu perbicaraan kes dadah
Syed Mohammad Faris Ismadi Md Akhir, 33, beralamat terakhir di nombor 375, Blok 16, Felda Keratong 9, Muadzam Shah, Pahang.
SUKMA 2024 berjaya capai sifar doping
Azura berkata hasil analisis itu baru sahaja diperoleh minggu ini sekali gus menyaksikan temasya SUKMA kali ini bebas doping.
Kematian Liam Payne: Bedah siasat temui pelbagai jenis dadah - Sumber
Payne sebelum ini pernah mendedahkan bergelut dengan penyalahgunaan dadah dan tekanan.
Polis Johor tumpas sindiket dadah guna peranti vape
Polis merampas dadah pelbagai jenis bernilai RM2.827 juta, serta menahan dua lelaki dan seorang wanita warga tempatan berumur 27 hingga 44 tahun antara pukul 6.45 petang hingga 4 pagi.
Perancis: Remaja ditikam 50 kali, dibakar hidup-hidup
Marseille, bandar kedua terbesar di Perancis, adalah salah satu kota termiskin yang turut dicemari insiden keganasan berkaitan dadah.
Jumpa pistol, dadah: Yusoff Rawther dibawa ke mahkamah
Peguamnya berkata, Muhammed Yusoff akan didakwa berhubung penemuan senjata dan dadah.