Bekas pemain bola sepak negara, Wan Hassan Wan Ibrahim, meninggal dunia petang semalam di rumahnya di Kampung Cherang di sini, akibat kegagalan fungsi paru-paru.
Jenazah allahyarham Wan Hassan, 68 tahun, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cherang pada pukul 10.15 pagi ini.
Anak bongsunya, Wan Fadhilah, 38 tahun, berkata ayahnya menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.30 petang semalam setelah dua tahun menderita lumpuh separuh badan.
"Doktor mengesahkan paru-paru ayah tidak berfungsi dengan baik dan tersumbat dengan kahak yang banyak," katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya di sini.
Wan Hassan lumpuh separuh badan sejak pertengahan 2017 dan kesihatannya mulai merosot selain susut tubuh badan bermula awal tahun ini.
Kariernya Allahyarham bermula pada usia 16 tahun selepas mewakili Kelantan untuk skuad Piala Burnley pada 1968.
Kelincahannya selaku perancang di bahagian tengah membolehkan beliau diserapkan ke dalam skuad Piala Malaysia pada 1970 sebelum dipilih menyertai skuad Malaysia B pada pertandingan Pestabola Merdeka setahun kemudian.
Pada 1972 pula, beliau dipilih menyertai skuad utama Malaysia bagi menghadapi kejohanan Piala Raja Thai di Bangkok serta kelayakan Piala Dunia 1972 termasuk mencatatkan keputusan seri ketika berdepan Korea Selatan di Seoul.
Selepas bersara pada 1980, beliau dilantik selaku pengurus pasukan Kelantan selama dua tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 18 2019

Jenazah allahyarham Wan Hassan, 68 tahun, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cherang pada pukul 10.15 pagi ini.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Bapa tiga anak lumpuh akibat kelapa jatuh atas kepala
Abdul Latif sedar dari koma selama tiga bulan selepas menerima rawatan di HUSM susulan kejadian pada 10 Mac lalu.

HRPB lakar sejarah, laksana pembedahan pintasan arteri ECIC pertama di Perak
Pembedahan pintasan itu membabitkan seorang pesakit berusia 56 tahun yang menghidap penyakit Moya-Moya.

Lumpuh ditendang di kepala lepas tegur rakan sebar video lucah
Keadaan itu menyebabkan anaknya lumpuh dan tidak dapat menggerakkan badan akibat tendangan terbabit.

Justin Bieber hidap sindrom Ramsay Hunt, apa sebenarnya penyakit ini?
Justin terpaksa menunda konsertnya yang sudah dijadualkan dan perkara itu sekali gus mengejutkan ramai peminat termasuk di Malaysia.

Rafael Nadal buntu rawatan terbaik pulih masalah kaki
Moya berkata, timbul tanda tanya mengenai apakah rawatan terbaik terhadap masalah kaki yang dihadapi pemain berusia 35 tahun itu.

Mengenang 76 tahun pengeboman Hiroshima
Pengeboman kira-kira pukul 8.15 pagi waktu tempatan itu mengorbankan hampir 80,000 nyawa penduduk, termasuk kanak-kanak.

Gadis derita lumpuh akibat dihempap konkrit
Aziana yang terlantar sejak lapan tahun lalu akibat dihempap dinding konkrit di rumah mereka.

Warga emas strok rentung dalam kebakaran di Kepong
Mangsa yang lumpuh itu ditemui maut di ruang tamu kediamannya di Jalan Helang Belakang Dua, Kepong Baru.

PKPP: Sukan Malaysia boleh lumpuh - Norza
Kesannya bukan sahaja di peringkat kebangsaan malah membabitkan seluruh industri sektor terbabit.

Pemilik 'suara' Doraemon Tomita Kosei meninggal dunia
Pemilik sebenar suara siri animasi Doraemon, Tomita Kosei meninggal dunia akibat lumpuh.