IPOH: Bekas Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Prof Datuk Dr Zakaria Kasa yang dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan di Putrajaya daripada tuduhan salah guna kuasa pada Khamis lepas meninggal dunia akibat sakit jantung hari ini.
Anak ketiganya Mohd Fauzi, 34, berkata arwah bapanya menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga di Hospital Slim River pada kira-kira 12.30 tengah hari tadi.
"Arwah sudah beberapa tahun menghidap penyakit jantung.
"Selepas selesai kes di mahkamah pada hari Khamis, arwah pulang ke Tanjung Malim (Muallim) dan dibawa ke hospital itu pada Jumaat lepas kerana tidak sedarkan diri dan menerima rawatan sehingga hari ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata jenazah dibawa ke Masjid Al-Mursyidin UPSI untuk dimandi dan disembahyangkan sebelum dibawa pulang ke kampung halaman di Kodiang Lama, Kedah untuk pengebumian malam ini.
Allahyarham yang berkhidmat di UPSI pada 2007 hingga 2018 meninggalkan seorang isteri dan enam anak.
Pada khamis lepas, Mahkamah Rayuan di Putrajaya melepas dan membebaskan Zakaria daripada tuduhan salah guna kuasa dengan memasukkan nama anak lelakinya untuk ditemu duga di universiti berkenaan, 10 tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 18 2024
Anak ketiganya Mohd Fauzi, 34, berkata arwah bapanya menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga di Hospital Slim River pada kira-kira 12.30 tengah hari tadi. - Gambar fail/Bernama
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
Bekas Naib Canselor UPSI Zakaria Kasa meninggal dunia akibat sakit jantung
Bekas Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Prof Datuk Zakaria Kasa meninggal dunia akibat sakit jantung hari ini.
Bekas Naib Canselor UPSI bebas tuduhan salah guna kuasa
Mahkamah mendapati keterangan dikemukakan tidak memenuhi inti pati pertuduhan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Salah guna kuasa: Bekas Naib Canselor UPSI dihukum penjara 18 bulan, denda RM10,000
Bekas Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Datuk Zakaria Kasa dijatuhi hukuman penjara 18 bulan dan denda RM10,000 atas pertuduhan salah guna kuasa.