KUCHING: Bekas Menteri Pertahanan Tan Sri Abang Abu Bakar Abang Mustapha meninggal dunia pada 9.55 pagi tadi di Institut Jantung Negara akibat kegagalan jantung.
Perkara itu disahkan oleh anak bongsunya, Tunku Abang Faisal Amir Abang Abu Bakar kepada Bernama.
"Jenazah akan dibawa ke Kuching untuk disolatkan di Masjid Bandar Raya Kuching sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam masjid itu kira-kira 5 petang ini, insya-Allah," katanya ketika dihubungi.
Abang Abu Bakar, 82, meninggalkan seorang balu, Puan Sri Tunku Maziah Tunku Mustapha serta seorang anak perempuan dan dua anak kembar lelaki.
Allahyarham memiliki pengalaman luas dalam politik antaranya pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Sarawak selama dua dekad bagi kawasan Paloh iaitu dari 1981 hingga 1990 dan Kuala Rajang (1990 hingga 2000).
Abang Abu Bakar juga menabur bakti sebagai menteri di bawah kepimpinan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bermula dengan jawatan Timbalan Menteri Pertahanan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dari 1990 hingga 1999, sebelum dilantik menerajui Kementerian Pertahanan hingga 2003.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 04 2023
Tan Sri Abang Abu Bakar Abang Mustapha meninggal dunia pada 9.55 pagi tadi di Institut Jantung Negara akibat kegagalan jantung.
Tujuh juta orang dewasa di UK miliki aset kripto, kata pengawal selia UK
Satu daripada lapan atau 12 peratus orang dewasa di UK memiliki mata wang kripto, meningkat daripada 10 peratus pada 2022.
AWANI Pagi: PETRA perkasa peralihan ke tenaga boleh baharu
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melakukan pelbagai insiatif dan program dalam usaha perkasa peralihan ke Tenaga Boleh Baharu dan masa depan lestari negara.
Inisiatif Jalur dan Jalan China beri nafas baharu kepada Laluan Sutera - Menteri Kanan Kemboja
Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) China telah memberikan nafas baharu kepada Laluan Sutera yang berkurun-kurun usianya dengan skop yang menyeluruh, merangkumi daratan dan lautan, ruang udara serta siber
Bapa Sharnaaz Ahmad meninggal dunia
Allahyarham Datuk Bazir Ahmad Nazir Ahmad menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1.40 pagi tadi.
Menelusuri landskap penyakit jarang jumpa di Asia
Malaysia, berpotensi mendukung pemajuan penjagaan dan rawatan bagi rantau ASEAN dengan membangunkan ekosistem yang menggalakkan kesedaran, kesediaan, mempercepat peraturan dan kepimpinan dasar.
SOP perbaiki jalan berlubang dalam tempoh 24 jam perlu diikuti negeri, perbandaran
Ahmad Maslan berkata SOP yang ditetapkan bagi membaiki Jalan Persekutuan berlubang ialah dalam tempoh 24 jam.
Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Khoo Poay Tiong bertanya kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berhubung kenderaan elektrik dalam sesi soal jawab lisan.
Banjir di Kelantan makin buruk, tiga negeri lain tiada perubahan
Kelantan menjadi negeri paling teruk terjejas apabila banjir gelombang kedua melanda negeri itu, pada Selasa.
Untung bersih MAHB naik kepada RM210.37 juta pada suku ketiga
MAHB pada Selasa berkata perolehan kumpulan meningkat kepada RM1.53 bilion berbanding RM1.28 bilion sebelumnya.
Pilkada 2024: Pertembungan dua 'titan', Jokowi lawan Megawati
207 juta rakyat Indonesia membuat pilihan di 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota dalam Pilkada serentak. Pertembungan kuasa politik besar Indonesia turut berlaku. Ulasan bersama Tan Sri Johan Jaafar.
Bekas menteri pertahanan Abang Abu Bakar meninggal dunia
Perkara itu disahkan oleh anak bongsunya, Tunku Abang Faisal Amir Abang Abu Bakar.