KUALA LUMPUR: Keputusan kajian Endeavour-MGC tentang sentiment pengundi kerusi marginal Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang cenderung memihak kepada Pakatan Harapan (PH), dilihat mempunyai dua kelemahan terbesar, kata bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin, Marzuki Mohamad.
Beliau, yang juga merupakan Profesor Madya Jabatan Sains Politik, Universiti Islam Antarabangsa berkata, kajian itu dilihat mempunyai masalah dari segi persampelan responden, serta faktor kononnya 52 peratus pengundi Melayu menyokong PH pada Pilihan Raya Umum tahun 2022.
Marzuki mendakwa persampelan yang dilakukan EMGC adalah terpesong, sekali gus menyebabkan dapatan kajian keseluruhan itu terpesong.
BACA: Kajian EMGC: PH, BN dan Amirudin Shari kekal pilihan majoriti pengundi Selangor
BACA: Kajian EMGC: Amirudin lebih popular berbanding Azmin dan Ahmad Yunus
“Kajian ini mendedahkan 52 peratus daripada responden Melayu dalam kajian ini mengundi PH dalam PRU15 di Selangor. Sedangkan analisa data sebenar keputusan PRU15 di Selangor menunjukkan hanya 24 peratus pengundi Melayu di Selangor mengundi PH dalam PRU15.
“Apabila 52 peratus daripada responden dalam kaji selidik ini adalah pengundi PH, maka tidak hairanlah jawapan kepada soalan-soalan dalam kaji selidik ini lebih cenderung untuk menyokong PH,” katanya lagi.
Marzuki berkata, jika benar 52 peratus pengundi Melayu menyokong PH dalam PRU15 di Selangor, sudah tentulah PH sapu bersih semua kerusi Parlimen di Selangor dalam PRU15, sedangkan fakta menunjukkan PN menang enam kerusi majoriti Melayu di Selangor dalam PRU15.
Keduanya, tambah Marzuki lagi, ialah keupayaan kaji selidik tersebut yang mencerap 100 peratus pilihan parti responden, satu situasi yang beliau sifatkan sebagai luar biasa.
"Sepanjang pengalaman saya terlibat dalam pelaksanaan kaji selidik kajian pendapat sejak tahun 2008, saya tidak pernah menemui mana-mana kajian yang berupaya mencerap 100 peratus pilihan parti responden. Akan ada lebih kurang 30 - 40 peratus responden yang jawab tidak tahu, tidak pasti, undi itu rahsia atau menolak untuk menjawab.
“Kadang-kadang sehingga hari terakhir kempen pun masih ada responden yang tidak mendedahkan parti mana yang mereka akan undi. Ini bukan bermakna mereka gagal membuat pilihan. Sebahagian besarnya telah membuat pilihan tetapi tidak mahu mendedahkannya,” katanya lagi.
Sementara itu Pengarah Penyelidikan & Analisis EMGC, Selan Rajendran berkata, pihaknya kekal sebagai badan penyelidik bebas, dan persampelan tidak tertumpu kepada mana-mana kumpulan yang mempunyai kecenderungan politik, sebaliknya berdasarkan kaedah persampelan rawak berstrata.
“EMGC independent tak berpihak kepada mana mana parti. Tujuan kaji selidik ini demi mengetahui pandangan rakyat. Dan menjadi tanggungjawab kami sebagai pollster atau badan menyelidik untuk kekal telus tentang proses kami serta analisis dan laporan kami.
“Jadi dalam pendapat kajian kali ini, tahap sokongan yang kami laporkan ini adalah seperti apa yang dikatakan responden. Jadi kalau nampak seperti memihak kepada sesetengah pihak, bukan bermaksud kami cari dan buat survey dengan kumpulan tertentu. Ini persampelan rawak berstrata. Jika nampak memihak kepada sesuatu pihak, ini tak bermaksud (ia) dikawal,” katanya lagi.
Menurut Selan, kajian ini dilakukan antara 22 hingga 28 Julai lalu, iaitu sebelum tarikh penamaan calon yang ditetapkan Suruhan Pilihan Raya (SPR).
Beliau berkata, mungkin terdapat perubahan kepada hasil dapatan EMGC, bergantung kepada kempen yang dijalankan oleh gabungan-gabungan parti besar tersebut.
Firdaus Azil
Sun Aug 06 2023

Marzuki mendakwa persampelan yang dilakukan EMGC adalah terpesong, sekaligus menyebabkan dapatan kajian keseluruhan itu terpesong, namun Selan menegaskan EMGC adalah badan penyelidik bebas. - Gambar hiasan/Astro AWANI

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Bekas KSUS Muhyiddin dakwa kajian EMGC terpesong
Marzuki mendakwa persampelan yang dilakukan EMGC adalah terpesong, sekaligus menyebabkan dapatan kajian keseluruhan itu terpesong.

Kajian EMGC: Amirudin lebih popular berbanding Azmin dan Ahmad Yunus
76 peratus responden pelbagai bangsa, 69 peratus responden berbangsa Melayu mahu Datuk Seri Amirudin Shari terus kekal menjadi Menteri Besar Selangor.

Kajian EMGC: 73 peratus responden Selangor puas hati prestasi Kerajaan Perpaduan
Perdana Menteri mendapat sokongan 73 peratus responden pelbagai bangsa dan 64 peratus responden berbangsa Melayu.

Kajian EMGC: Apa pilihan pengundi DUN Selangor?
Tinjauan dilakukan ke atas 1,068 peserta pelbagai bangsa melalui kaedah persampelan rawak berstrata, di 34 kerusi marginal DUN Selangor.