KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan seorang bekas kontraktor untuk membela diri atas pertuduhan membunuh isterinya, dengan cara menekup mangsa menggunakan selimut di kediaman mereka, tiga tahun lalu.
Hakim K. Muniandy memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Chuah Chin Hoe, 50, di akhir kes pendakwaan.
Pada akhir kes pendakwaan, dengan bukti yang dikemukakan kepada mahkamah ini secara menyeluruh dan diberikan penilaian maksimum, kesimpulan dibuat bahawa tertuduh orang terakhir bersama isterinya yang telah meninggal dunia di dalam bilik mereka pada malam sebelumnya dan pada pagi selepas dia ditemukan meninggal.
"Dalam rantaian situasi yang dikemukakan oleh pendakwaan untuk membuktikan dakwaan terhadap tertuduh, keadaan ini merupakan yang paling kuat.
"Ia merupakan pertimbangan material sebagai keadaan terhadap tertuduh," kata hakim sambil menambah bahawa ini memerlukan penjelasan dari pihak tertuduh.
"Oleh itu, mahkamah ini memutuskan untuk memerintahkan tertuduh untuk mempertahankan dirinya terhadap tuduhan yang dikenakan ke atasnya, selaras dengan Seksyen 180(3) Kanun Prosedur Jenayah," katanya.
Selepas keputusan diumumkan, peguam Datuk Geethan Ram Vincent yang mewakili tertuduh berkata anak guamnya memilih untuk memberikan keterangan bersumpah daripada kandang saksi.
Hakim Muniandy kemudian menetapkan prosiding membela diri selama dua hari iaitu pada 24 dan 25 April ini.
Mengikut pertuduhan, Chuah didakwa telah membunuh Lau Bee Hong yang ketika kejadian berusia 46 tahun di sebuah unit kondominium di Jalan Genting Klang, Setapak, di sini antara 2.30 pagi dan 9.30 pagi, 9 Mei 2021 dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Seramai 17 orang saksi pendakwaan termasuk dua anak pasangan itu, telah dipanggil memberi keterangan sejak hari pertama perbicaraan yang bermula pada 11 Okt 2022.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zaileen Nadia Zubir, manakala tertuduh turut diwakili peguam Lavinia Raja dan Revin Kumar.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 08 2024
![Bekas kontraktor diperintah bela diri tuduhan bunuh isteri Bekas kontraktor diperintah bela diri tuduhan bunuh isteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690187975_CourtGavel.jpg)
Hakim memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Chuah Chin Hoe. -Gambar hiasan
![Lapangan terbang di California terbakar Lapangan terbang di California terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720397239_waterdropping.jpg)
Lapangan terbang di California terbakar
Namun, lapangan terbang kecil berkenaan tidak melibatkan sebarang operasi kapal terbang komersil.
Op Noda: 46 ditahan dalam serbuan di pusat hiburan
Polis menyerbu premis hiburan di Plaza Puchong, Cheras yang menggajikan pekerja warga asing tanpa permit kerja sah, pada Ahad.
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Tolak rasuah: Anwar seru NGO, gerakan belia tolak salah guna kuasa
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan gerakan belia di negara ini supaya menyahut seruan kerajaan bagi menolak rasuah, salah guna kuasa dan penindasan.
![PM Perancis serah peletakan jawatan pada Isnin PM Perancis serah peletakan jawatan pada Isnin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720396505_GabrielAttal.jpg)
PM Perancis serah peletakan jawatan pada Isnin
Gabriel Attal pada Ahad berkata beliau akan menyerahkan peletakan jawatannya kepada Presiden Emmanuel Macron pada pagi Isnin.
Kepimpinan Prabowo dijangka perkukuh produk minyak sawit
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
Menurut profesor daripada Universiti Pertanian Bogor (IPB), Rachmat Pambudy, adalah perlu untuk mempunyai dasar perlindungan dan promosi bagi minyak sawit.
Menurut profesor daripada Universiti Pertanian Bogor (IPB), Rachmat Pambudy, adalah perlu untuk mempunyai dasar perlindungan dan promosi bagi minyak sawit.
Ribuan warga Perancis protes Parlimen gantung di Paris
Ribuan penunjuk perasaan berhimpun di Paris pada Ahad sebagai protes terhadap parti haluang paling kanan, selepas pusingan kedua pilihan raya yang menyebabkan Parlimen digantung.
Ia susulan pakatan berhaluan kiri yang tidak dijangka mendapat kerusi paling banyak dalam pilihanraya Perancis.
Ia susulan pakatan berhaluan kiri yang tidak dijangka mendapat kerusi paling banyak dalam pilihanraya Perancis.
PM Perancis akan serah peletakan jawatan pada Isnin
Perdana Menteri Perancis Gabriel Attal pada Ahad BERKATA beliau akan menyerahkan peletakan jawatannya kepada Presiden Emmanuel Macron pada pagi Isnin.
Tambah Gabriel, beliau akan menjalankan tugasnya selagi diperlukan.
Tambah Gabriel, beliau akan menjalankan tugasnya selagi diperlukan.
Penunjuk perasaan Israel protes di kediaman Netanyahu
Ratusan penunjuk perasaan berkumpul di Baitulmaqdis berhampiran kediaman Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk menuntut perjanjian pembebasan tebusan di Gaza dan menggesa pilihan raya diadakan, pada Ahad.
Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 38,153.
Perkara itu dimaklumkan Pihak Berkuasa Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan pada Ahad dimana hanya dalam tempoh 24 jam lepas, 55 orang terbunuh dan 123 yang lain cedera angkara serangan tentera Israel.
Perkara itu dimaklumkan Pihak Berkuasa Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan pada Ahad dimana hanya dalam tempoh 24 jam lepas, 55 orang terbunuh dan 123 yang lain cedera angkara serangan tentera Israel.
![Bekas kontraktor diperintah bela diri tuduhan bunuh isteri Bekas kontraktor diperintah bela diri tuduhan bunuh isteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690187975_CourtGavel.jpg)
Bekas kontraktor diperintah bela diri tuduhan bunuh isteri
Hakim K. Muniandy memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Chuah Chin Hoe, 50, di akhir kes pendakwaan.