Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan bimbang dengan provokasi perkauman di laman sosial sekarang kerana ia boleh mengugat perpaduan negara.
Beliau berkata Malaysia tidak akan mencapai sasaran menjadi negara maju pada tahun 2020 jika semua kaum di negara ini gagal bersatu padu.
Katanya, provokasi sedemikian boleh memecahkan perpaduan kaum di negara ini jika ia tidak ditangani dengan berhati-hati oleh kesemua pihak yang terlibat.
"Saya harap kita tidak bangkitkan (perkara) begitu lagi kerana ini akan menjadi masalah keselamatan, kita iktiraf kita ini hidup sama-sama dalam satu negara. Cina, Melayu, India, jadi sama-sama kita bina negara ini...orang Melayu pun tidak ada negara lain lagi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri persidangan meja bulat mengenai politik dan kerajaan pasca PRU13 anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) di sini.
Soal menyentuh kaum banyak dibincangkan di laman sosial kebelakangan ini ekoran keputusan PRU13 menunjukkan kebanyakan masyarakat Cina mengundi pembangkang.
Menyentuh mengenai pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Ahad lepas, beliau berkata suasana kali ini pada keseluruhannya lebih tegang jika dibandingkan dengan suasana PRU12 pada 2008.
"Saya pergi meronda sendiri pada hari pilihan raya, (sebelum itu) ada bom meletuplah, macam-macam letupan...itu yang saya takut, janganlah lakukan perkara yang boleh rosakkan keselamatan dan perpaduan antara kaum,"
Beliau nampaknya merujuk kepada dua kes letupan termasuk letupan bom kecil yang berlaku di bilik gerakan Barisan Nasional(BN) Nibong Tebal, Pulau Pinang pada 23 April lepas.
Musa juga menafikan telah menjadi penasihat tidak rasmi kepada Majlis Penasihat Keselamatan Pakatan Rakyat seperti heboh diperkatakan di media sosial milik pembangkang baru-baru ini.
"Tidak, saya ni sesiapa minta nasihat saya datang, pasal saya nak tengok negara kita aman, saya neutral (berkecuali) dan tidak masuk mana-mana pihak", katanya.
Beliau menasihatkan mereka yang tidak puas hati dengan keputusan pilihan raya baru-baru ini merujuk
kepada saluran yang betul dan membuat petisyen di mahkamah.
"Pengundi hantu sudah banyak kali dibangkitkan pada setiap kali pilihan raya, (tetapi) lepas itu tidak (ada) bukti (langsung) yang menunjukkan ada pengundi hantu," katanya.
Bernama
Sat May 11 2013
Polis siasat laporan khianat libat 11 kereta di Lahad Datu
Kejadian itu tular di media sosial dan warganet mendakwa terdapat 20 kereta yang terlibat dalam kejadian berkenaan, namun siasatan polis mendapati hanya melibatkan 11 kenderaan.
Serangan seksual di tahfiz: Hukuman penjara 13 tahun bekas guru agama kekal
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 13 tahun yang dijatuhkan ke atas seorang bekas guru agama kerana melakukan serangan seksual terhadap pelajar.
Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025
Jarak perjalanan dari Sarikei dan Tanjong Manis akan menjadi semakin dekat kepada hanya 50 minit apabila Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025.
Laporan pertama akan dibawa ke DUN Sarawak
Laporan Pertama Ombudsman Sarawak dijangka dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun hadapan sejurus urusan penyediaan sistemnya selesai.
Tuntutan satu pertiga kerusi parlimen mesti ikut MA63 - Kelvin
Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii menyokong tuntutan satu pertiga atau 35 peratus kerusi Parlimen yang dibuat oleh Sarawak dan Sabah. Namun harus dibuat berdasarkan apa yang telah dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru.
Sabah sambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis
Kerajaan negeri menyambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis yang menolak sepenuhnya cabaran perundangan difailkan sekumpulan individu yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu terhadap Sabah.
Kabinet tidak bincang isu Majlis Profesor Negara - Fahmi
Mesyuarat Kabinet hari ini tidak membincangkan isu berkaitan Majlis Profesor Negara (MPN) selepas Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengesyorkan Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk mengkaji sem
Kemuncak Monsun Timur Laut hujung Nov, taburan hujan tinggi
Monsun Timur Laut (MTL) dijangka mencapai kemuncaknya pada penghujung bulan ini menyaksikan taburan hujan yang tinggi di sempadan Malaysia-Thailand selain negeri di pantai timur serta Sabah dan Sarawak.
Lelaki maut maut di Hotel di Bintulu, dua suspek ditahan
Dua lelaki ditahan dipercayai terlibat dalam satu insiden tembakan di kawasan parkir kenderaan sebuah hotel di Bintulu pada lewat malam Khamis.
Garis badai bawa ribut petir, hujan lebat punca banjir di KL - MetMalaysia
Banjir kilat di sekitar ibu negara pagi ini berpunca daripada pergerakan garis badai yang membawa bersama ribut petir dan hujan lebat.
Pempengaruh perlu jadi pembayar cukai, tunjuk contoh kepada masyarakat - LHDN
Pempengaruh (influencer) masih perlu menjadi pembayar cukai walaupun tidak menerima bayaran secara berkala seperti individu yang menerima pendapatan tetap setiap bulan.
Program larian disertai pelancong berpakaian tidak sopan bukan anjuran kerajaan Johor
Program larian yang didakwa disertai pelancong asing berpakaian kurang sopan dan mempromosi budaya songsang lesbian, gay, biseksual serta transgender (LGBT) bukan anjuran kerajaan negeri.
Lelaki rugi RM124,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Lelaki warga tempatan kerugian RM124,000 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan menerusi laman sosial.
Hina Agong: Iswardy Morni diperintah bela diri
Mahkamah Sesyen memerintahkan seorang aktivis membela diri atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan menerusi laman sosial Facebook miliknya yang berbaur hasutan dan menghina Agong.
Umat Islam diajak hayati sambutan Maulidur Rasul, perbanyak selawat
Ahmad Zahid mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul 1446 Hijrah kepada semua umat Islam dan mengajak mereka menghayati nilai-nilai murni yang telah ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW.
Polis kesan taktik penipuan tawar diskaun bil elektrik di Facebook
Polis sedang mengesan satu sindiket menawarkan diskaun pembayaran bil Tenaga Nasional Berhad (TNB) tertunggak yang setakat ini telah mengakibatkan kerugian hampir RM280,000.
Sektor perkhidmatan kekal dominasi ekonomi Melaka - Ab Rauf
Sektor perkhidmatan kekal mendominasi ekonomi Melaka dengan menyumbang sebanyak 51.2 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri itu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Kerjasama bersama Tesla bakal pacu Malaysia sebagai hab utama teknologi hijau - Tengku Zafrul
Kerjasama bersama pengeluar kenderaan elektrik (EV), Tesla dijangka dapat memacu Malaysia sebagai hab utama teknologi hijau di rantau ini.
Tahap pengurusan rantaian bekalan akan dipertingkat - PM Anwar
Mesyuarat MPN Ke-6 Tahun 2024 hari ini bersetuju dengan beberapa langkah bagi meningkatkan tahap pengurusan rantaian bekalan yang kukuh, berdaya tahan dan responsif kepada gangguan.