KUALA LUMPUR:Bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Lt Jen Datuk Sheikh Moksin Sheikh Hassan serta dua lagi pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini, atas 17 pertuduhan menerima dan meminta suapan daripada sebuah syarikat kontraktor berhubung beberapa projek di Kementerian Pertahanan (Kementah).
Sheikh Moksin, 59; Lt Kol Che Ahmad Idris, 54 dan Brig Jen Mohammed Feizol Anuar Ayob, 50, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Datin Sabariah Othman.
Che Ahmad yang merupakan Ketua Cawangan Peperangan Siber Strategik, Bahagian Staf Perisikan Pertahanan, Kementah ketika kejadian didakwa atas satu pertuduhan meminta suapan RM500,000, satu pertuduhan setuju terima suapan RM500,000 dan tiga pertuduhan menerima suapan RM105,000 daripada Pengarah Urusan Syarikat FEHM Entity Sdn Bhd (FEHM Entity), Elias Jemadi Tajudin sebagai dorongan melantik syarikat tersebut secara rundingan terus bagi perkhidmatan senggaraan untuk bahagiannya di Kementah.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Kompleks Perumahan Tun Osman Jewa, Kementah, di sini, antara September 2019 dan 7 April 2020.
Mohammed Feizol Anuar yang merupakan penasihat ketenteraan Menteri Pertahanan semasa kejadian, didakwa atas lima pertuduhan menerima suapan berjumlah RM128,000 daripada Elias Jemadi melalui Pengarah Eksekutif FEHM Entity Hishamuddin Johari dan Pengurus Projek syarikat sama Nurin Nazwa Elias Jemadi sebagai dorongan untuk membantu menyerahkan Surat Niat untuk menjadi rakan strategik dan kontraktor senggaraan bagi peralatan perisikan untuk Bahagian Staf Perisikan Pertahanan di Kementah.
Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di parkir Masjid Khalid Al-Walid, Kementah; parkir Dorsett Residences Sri Hartamas; di hadapan syarikat FEHM Entity, Wangsa Maju dan Persiaran Bukit Melawati, Bukit Melawati di sini, antara 30 Oktober 2019 dan 24 Jun 2020.
Sheikh Mokhsin pula didakwa atas satu pertuduhan meminta suapan RM1 juta, satu pertuduhan setuju terima suapan RM1 juta dan empat pertuduhan menerima suapan berjumlah RM266,000 daripada Elias Jemadi sebagai dorongan untuk meluluskan cadangan pelantikan syarikat tersebut secara rundingan terus bagi perkhidmatan senggaraan di bahagiannya di Kementah.
Pesara tentera itu dituduh melakukan perbuatan tersebut di Havana Club, Hotel Concorde; Pejabat Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Kementah dan HairDoc Medical Publica, Solaris Dutamas, di sini antara 20 Jun 2019 dan 5 Jun 2020.
Sheikh Mokhsin juga didakwa atas satu lagi pertuduhan menerima suapan wang tunai RM50,000 daripada Syed Omar Syed Mohamad kerana melantik Syarikat Malvus Sense Sdn Bhd bagi melaksanakan perolehan, perbekalan, penghantaran, latihan dan pentauliahan bagi dua sistem khas kepada bahagiannya di pejabatnya, pada 2.30 petang, 26 Jun 2020.
Semua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Muhammad Asraf Mohamed Tahir dan TPR Nik Isfahanie Tasnim Wan Abd Rahman masing-masing menawarkan jaminan RM100,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah dan perlu melaporkan diri di pejabat SPRM terdekat sekali sebulan bagi setiap tertuduh.
"Dalam kes ini, pertuduhan terhadap setiap tertuduh melibatkan jumlah yang besar dan jika disabitkan kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda lima kali ganda.
"Kedudukan mereka sebagai pegawai-pegawai tinggi juga perlu diambil kira. Mohon mahkamah memberikan jumlah jaminan yang setimpal supaya menunjukkan kepada orang di luar sana bahawa mahkamah memandang serius terhadap kes-kes sebegini," kata Muhammad Asraf.
Sementara itu, TPR Siti Noor Hafizan Zakaria memohon mahkamah menawarkan jaminan RM20,000 dan satu penjamin bagi pertuduhan ketujuh yang dihadapi Sheikh Mohsin (menerima suapan RM50,000 daripada Syed Omar).
Kesemua tertuduh yang masing-masing diwakili peguam Gooi Soon Seng (Che Ahmad), Azrul Zulkifli Stork (Mohammed Feizol Anuar) dan P.G. Cyril (Syeikh Moksin) merayu jaminan rendah dengan alasan kesemua mereka adalah penanggung utama keluarga.
"Mohon mahkamah mengenakan jaminan yang rendah terhadap Syeikh Moksin memandangkan dia adalah seorang pesara dan dua daripada anaknya masih belajar. Selain itu, tertuduh memberi kerjasama yang baik dengan pihak SPRM.
"Saya juga memohon tidak mengenakan sebarang jaminan bagi satu lagi pertuduhan (pertuduhan ketujuh yang dihadapi Syeikh Moksin) memandangkan tertuduh telah diberikan jaminan RM100,000 bagi enam pertuduhan lain," kata Cyril.
Mahkamah membenarkan Che Ahmad dijamin RM80,000, Mohammed Feizol Anuar RM60,000 dan Sheikh Moksin RM110,000, masing-masing dengan seorang penjamin serta mereka perlu menyerahkan paspot kepada mahkamah dan melaporkan diri di pejabat SPRM berdekatan kediaman sebulan sekali.
Mahkamah menetapkan 27 November untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Pada 15 Oktober lepas, bekas setiausaha politik kepada bekas Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas lima pertuduhan menerima dan meminta suapan berjumlah RM6.35 juta daripada FEHM Entity bagi membantu mendapatkan projek di kementerian itu. – BERNAMA
Bernama
Tue Oct 27 2020
Tiga pegawai kanan ATM termasuk seorang pesara dituduh atas 17 pertuduhan menerima dan meminta suapan daripada sebuah syarikat kontraktor berhubung beberapa projek di Kementerian Pertahanan. - Foto Astro AWANI
Belanjawan 2025: Kesejahteraan perumahan mampu diberi perhatian, ini anda perlu tahu
Rumah strata kos rendah dan sederhana awam diselenggara termasuk mengganti lif-lif usang dengan peruntukan hampir 200 juta ringgit.
RM560 juta disediakan untuk memperkasa sempadan negara
Menurut PM isu Laut China Selatan perlu diselesaikan di meja rundingan dan kerajaan kekal dengan pendirian bahawa ini boleh ditangani secara aman.
#Belanjawan2025
#Belanjawan25
#Belanjawan2025
#Belanjawan25
Belanjawan 2025 junjung hak rakyat - Fadillah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menyifatkan Belanjawan 2025 fokus kepada rakyat.
"Berpaksi kepada rakyat, mengangkat martabat rakyat dan menjunjung hak rakyat," katanya.
#Belanjawan2025
#Belanjawan25
"Berpaksi kepada rakyat, mengangkat martabat rakyat dan menjunjung hak rakyat," katanya.
#Belanjawan2025
#Belanjawan25
TVET_ HRDCorp, Khazanah, GiatMARA, PERKESO turut dipertingkat
Khazanah menyediakan 200 juta ringgit melalui Program
Pembangunan Belia Khazanah (K-Youth) bagi membekalkan
11 ribu bakat tempatan kepada sektor utama seperti
semikonduktor #Belanjawan2025
#Belanjawan25
Pembangunan Belia Khazanah (K-Youth) bagi membekalkan
11 ribu bakat tempatan kepada sektor utama seperti
semikonduktor #Belanjawan2025
#Belanjawan25
KDN, MINDEF masing-masing terima RM19.5 bilion dan RM21.2 bilion
Kata PM, maruah dan kedaulatan negara perlu terus terpelihara daripada sebarang ancaman. Keharmonian dikecapi selama ini tidak boleh diganggu-gugat.
Belanjawan 2025: Ini 12 inisiatif penting untuk usahawan
Dengan landskap ekonomi yang semakin mencabar, kerajaan memperkenalkan pelbagai langkah untuk memastikan usahawan kekal relevan, berdaya saing, dan mampu berkembang di peringkat tempatan serta global.
“Kepada cinta aku bertanya…” - PM
PM berpuisi dengan tajuk kepada cinta sebagai akhirulkalam pembentangan #Belanjawan2025.
Pembangunan sukan negara terima RM230 juta tahun depan
RM15 juta kepada Pasukan Harimau Malaya, Pasukan bawah 18 dan dan bawah 13 dengan kerjasama FAM bagi dapatkan jurulatih terbaik, ikuti sesi latihan terbaik serta diberi ganjaran kepada pemain.
Peruntukan hal ehwal Islam berjumlah RM2 bilion tahun depan - PM
Kata PM, Kerajaan bersetuju menambah kuota guru KAFA sebanyak 1,500 orang, selari dengan tuntutan pendidikan fardu ain untuk anak-anak.
#Belanjawan2025
#Belanjawan25
#Belanjawan2025
#Belanjawan25
RM500 pada guru KAFA, takmir, imam, bilal, tok siak, noja & marbut
Ia sebagai tanda penghargaan kepada golongan berkenaan kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malaysia sering terima kunjungan kapal pertahanan dari negara luar
Malaysia sering menerima kunjungan kapal-kapal pertahanan dari negara luar sebagai sebahagian daripada hubungan bilateral.
Pesara ATM bebas tuduhan rasuah
Mahkamah Sesyen melepaskan dan membebaskan seorang pesara ATM daripada lima pertuduhan rasuah berhubung pelantikan sebuah syarikat secara rundingan terus.
Aktiviti keganasan: Akta baharu mungkin perlu untuk keselamatan negara - PM Anwar
Beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan pasukan pertahanan seperti PDRM dan ATM, serta agensi penguatkuasaan lain yang berkaitan, untuk menilai keperluan itu.
Mempertahankan kedaulatan negara, tanggungjawab bersama rakyat berbilang kaum - Sultan Nazrin
Tanggungjawab mempertahankan negara daripada ancaman musuh perlu dipikul secara bersama, titah Sultan Nazrin.
PM Anwar ucap Selamat Hari ATM ke-91
Anwar menzahirkan penghargaan kepada wira negara atas jasa serta pengorbanan mereka melindungi keselamatan dan kedaulatan negara.
Rakyat tidak perlu khuatir keupayaan ATM tangani isu di Laut China Selatan - Penganalisis
Rakyat Malaysia tidak perlu khuatir dengan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam menangani konflik sempadan di perairan Laut China Selatan.
Agong berkenan tunai solat Jumaat, dengar khutbah khas sempena hari ATM ke-91
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda pukul 1 tengah hari disambut Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman.
Bekas tentera dapat kebenaran merayu terhadap penahanan salah
Seorang bekas tentera mendapat kebenaran Mahkamah Tinggi untuk meneruskan rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Rayuan bagi mengetepikan perintah pembayaran ganti rugi RM300,000 kepadanya.
Pihak terlibat urusan pembelian peralatan, kemudahan tentera ditukar setiap tiga tahun - Khaled
Beliau berkata ia sejajar dengan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang menasihati kerajaan untuk meningkatkan tahap integriti perolehan aset ketenteraan.
Malaysia tidak boleh leka dalam aspek keselamatan - Ahmad Zahid
Landskap ancaman keselamatan global yang tidak menentu menuntut Malaysia tidak leka walaupun tersenarai dalam negara ke-10 paling selamat mengikut GPI yang dikeluarkan baru-baru ini.