Bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Hadenan A Jalil, 73, meninggal dunia tengah hari tadi, di kediamannya di Sungai Buloh.
Hadenan, yang juga Pro-Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) meninggalkan isteri Puan Sri Faridah Abdul Hamid dan tiga anak.
Pengerusi dan Pengarah Kumpulan Protasco Berhad, syarikat pembinaan jalan dan kejuruteraan, Allahyarham adalah lulusan Universiti Malaya dalam bidang ekonomi pada 1970 sebelum memulakan kerjaya dalam pentadbiran dan diplomatik.
Karier awal beliau bermula di pelbagai kementerian termasuk sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan) bagi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Ketua Setiausaha di Kementerian Kerja Raya.
Selepas bersara daripada jawatan akhirnya sebagai Ketua Audit Negara, Hadenan yang juga anak kelahiran Melaka berkhidmat di beberapa syarikat seperti Unilever (M) Holding Sdn Bhd, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, PNB Commercial Sdn Bhd dan Malayan Banking Bhd.
Naib Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Protasco, Datuk Sri Ir Chong Ket Pen, berkata, Hadenan bukan sahaja pengerusi tetapi juga sebagai ketua keluarga Protasco.
"Bagi pihak syarikat, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas semua sumbangan beliau sepanjang sembilan tahun bersama Protasco.
"Kehadiran dan kepimpinannya akan terus menjadi ingatan semua," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 18 2019
Hadenan meninggalkan isteri Puan Sri Faridah Abdul Hamid dan tiga anak. -BERNAMA
124 hospital termasuk 51 hospital kerajaan berjaya peroleh akreditasi MSQH
Sebanyak 124 hospital termasuk 51 hospital kerajaan di seluruh negara berjaya diakreditasi dan memenuhi piawaian penilaian ditetapkan oleh MSQH hingga 31 Okt tahun ini.
Keanggotaan BRICS tawar landskap perdagangan global lebih saksama kepada Malaysia - Duta Rusia
BRICS komited tangani orde perdagangan antarabangsa, yang kini dikuasai oleh negara tertentu yang mengekalkan peraturan mereka sendiri.
Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet - SPRM
Fokus siasatan juga melihat kepada cara syarikat terbabit membelanjakan wang pelaburan diterima daripada Khazanah dan PNB.
AWANI Ringkas: Lokasi sambutan ditukar ke KLCC
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 8 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 8 November 2024
1️⃣ Enam anggota MALBATT yang cedera selamat tiba di Kem Marakah
2️⃣ Kemuncak MTL hujung Nov, taburan hujan tinggi
3️⃣ Lokasi sambutan ditukar ke KLCC
#awaniringkas
1️⃣ Enam anggota MALBATT yang cedera selamat tiba di Kem Marakah
2️⃣ Kemuncak MTL hujung Nov, taburan hujan tinggi
3️⃣ Lokasi sambutan ditukar ke KLCC
#awaniringkas
Wanita perlu terus bersuara untuk tingkat representasi dalam Parlimen
Dr Ramli menggesa kaum wanita untuk terus bersuara dan memperjuangkan peningkatan representasi wanita di peringkat Parlimen menerusi pindaan Perlembagaan Persekutuan.
Polis bunuh pelajar: Jantung mangsa terhenti sebelum diberi CPR - Saksi
Penolong Pegawai Perubatan HRPB Ipoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa jantung Muhammad Zaharif Affendi telah terhenti sebelum bantuan CPR diberikan kepada mangsa berkenaan.
Dialog Poket Rakyat: Perbelanjaan Kehidupan Wajar vs Kehidupan Sebenar
Sejauh mana petunjuk sosioekonomi perbelanjaan asas kehidupan wajar (PAKW) menggambarkan keperluan dan kehendak berbelanja sesebuah isi rumah? Bagaimanakah PAKW membantu pengguna menyusun kewangan untuk kehidupan selesa? Ikuti diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Pentas akhir, siapakah bakal dinobat juara malam ini?
Selepas tujuh minggu bersaing, siapa bakal muncul juara di pentas akhir The Chosen One 2024? Amzar Alif ada perinciannya.
Pacu Malaysia ke masa hadapan teknologi 4IR
Penganjuran Road2Growth 2024 Wilayah Tengah (R2G 2024 Central) menandakan satu pencapaian penting dalam perjalanan Malaysia untuk menjadi peneraju global dalam Revolusi Perindustrian Keempat (4IR).
Tiada agenda politik di sebalik laporan audit 1MDB - Ambrin
Saksi berusia 70 tahun itu berkata beliau hanya khuatir untuk membentangkan dapatan JAN kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Ambrin kecewa terpaksa layan cadangan pindaan laporan audit 1MDB
Bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi KL bahawa beliau berasa amat kecewa kerana terpaksa melayan cadangan pindaan yang dikemukakan pada saat akhir.
Bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Hadenan Jalil meninggal dunia
Bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Hadenan A Jalil, 73, meninggal dunia tengah hari tadi, di kediamannya di Sungai Buloh.
Ambrin Buang dijangka ke SPRM petang ini
Bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dijangka menjadi saksi pertama untuk siasatan dakwaan pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB yang didedahkan baru-baru ini.
Laporan 1MDB tidak dipinda - Ambrin
Bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berkata tiada sebarang pindaan dibuat terhadap laporan asal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang disediakan oleh beliau.