KUALA LUMPUR: Seorang bekas kerani mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menjalankan perniagaan pemberi pinjaman wang tanpa lesen sejak April tahun lepas.
Yap Chee Siang, 25, didakwa menjalankan perniagaan itu dengan memberi pinjaman RM158,120 kepada Wong Chiew Ken, 34, berserta faedah di Bandar Baru Sentul di sini antara 1 April 2021 hingga 19 Sept lepas.
Pertuduhan dijalankan mengikut Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1 juta atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Hanis Anisha Jamilludin menawarkan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.
Peguam Abdul Rahman Zainal Abidin yang mewakili Yap memohon jaminan itu dikurangkan dengan alasan anak guamnya menanggung keluarga dan tiga adik serta seorang nenek yang menghidap penyakit kencing manis, jantung dan darah tinggi.
"Pada hari ini, keluarga anak guam saya cuma membawa wang jaminan antara RM7,000 dan RM8,000. Sekiranya wang jaminan tinggi, ia akan menyukarkan anak guam saya untuk menanggung keluarga," kata peguam itu.
Hakim M Bakri Abd Majid kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah dan menetapkan 7 Feb depan untuk sebutan kes.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 30 2022

Yap Chee Siang, 25, didakwa menjalankan perniagaan itu dengan memberi pinjaman RM158,120 kepada Wong Chiew Ken, 34, berserta faedah di Bandar Baru Sentul di sini antara 1 April 2021 hingga 19 Sept lepas.- Gambar hiasan

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Bekas kerani didakwa jalankan perniagaan pinjaman wang tanpa lesen
Seorang bekas kerani mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menjalankan perniagaan pemberi pinjaman wang tanpa lesen sejak April tahun lepas.