KUALA LUMPUR: Seramai 160 bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad (UMMB) yang terlibat dalam Skim Pemisahan Sukarela (VSS) hampir lima tahun lalu, sudah menyerahkan notis tuntutan kepada UHY Advisory, agar menyelesaikan baki pembayaran mencecah RM18.9 juta.
"Jika kami tidak mendapat sebarang jawapan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh surat ini, anak guam kami akan meneruskan semua tindakan yang dibenarkan kepada mereka mengikut undang-undang termasuk memfailkan tindakan mahkamah," menurut firma itu dalam LOD tersebut.
Bagaimanapun, firma itu memaklumkan bahawa mereka tidak menerima sebarang jawapan.
Notis tuntutan itu dihantar berikutan keputusan Mahkamah Tinggi di sini pada 25 Okt 2022 bahawa bekas kakitangan UMMB yang terlibat dalam VSS, berhak mendapat baki bayaran penyelesaian hasil penjualan 29 hartanah milik syarikat tersebut.
Dalam penghakimannya Nadzarin berkata harta-harta termasuk beberapa bangunan terletak di Jalan 5, Jalan Utusan Off Jalan Chan Sow Lin dan juga Jalan 5, Seksyen 92 CSL di sini dan Jalan P/10 Kawasan Perusahaan S/S 10 di Bangi, adalah untuk penyelesaian kepada skim VSS oleh plantif (UMMB) boleh dikenal pasti atau diistiharkan sebagai harta amanah.
Beliau membuat keputusan itu dalam saman asal yang difailkan UHY Advisory sebagai likuidator mewakili UMMB sebagai plaintiff terhadap Rosmanizam Abdullah dan 159 yang lain sebagai defendan (pekerja VSS).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 07 2023

Notis tuntutan itu dihantar berikutan keputusan Mahkamah Tinggi di sini pada 25 Okt 2022 bahawa bekas kakitangan UMMB yang terlibat dalam VSS, berhak mendapat baki bayaran penyelesaian hasil penjualan 29 hartanah milik syarikat itu. - Gambar fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Bekas kakitangan Utusan yang ambil VSS tuntut pelikuidasi bayar baki RM18.9 juta
Seramai 160 bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang terlibat dalam VSS hampir lima tahun lalu, sudah menyerahkan notis tuntutan kepada UHY Advisory, agar menyelesaikan baki pembayaran.