Ringkasan AI
- Bekas jururawat, Mahirah Mohd Yusof, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu seorang wanita dengan menawarkan bayi untuk dijadikan anak angkat. Mangsa menyerahkan wang berjumlah RM15,950 secara berperingkat.
- Pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun hingga maksimum 10 tahun, sebat, dan denda jika sabit kesalahan. Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM6,500 dengan seorang penjamin.
- Kes akan disebut semula pada 13 Februari depan. Peguam pemerhati hadir bagi pihak mangsa.
Mahirah Mohd Yusof, 40, didakwa memperdayakan N. Jay Letchumy Naidu, 38, dengan menawarkan bayi untuk dijadikan anak angkat hingga mangsa menyerahkan wang secara berperingkat berjumlah RM15,950 kepada tertuduh di sebuah premis di Kepong Baru, Sentul di sini antara 20 Jan dan 7 Jun lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun hingga maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Hench Goh mencadangkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin manakala peguam Faris Ezani yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya tidak bekerja dan mempunyai tanggungan empat orang anak selain menghidap penyakit diabetes dan anemia.
Majistret Aina Azahra Arifin membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 Feb depan untuk sebutan kes.
Peguam Reenajit Kaur Golen hadir sebagai peguam pemerhati bagi pihak mangsa.
-- BERNAMA