MELAKA: Seorang bekas jururawat yang kini suri rumah sepenuh masa, sebak terpilih untuk mendiami Inap Rahmah dengan kadar bayaran RM5 semalam.
Siti Nurul Hasyimah Yusoff, 29, berkata, hasratnya untuk membawa abang dan kakaknya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) untuk bercuti dengan harga berpatutan tercapai.
Menurutnya, sejak berhenti kerja lebih empat tahun lalu, dia memikul tanggungjawab menjaga bapa, Yusoff Sulaiman, 68, menghidap strok selain kaki kanan telah dipotong serta dua beradiknya masing-masing berusia 45 dan 46 tahun yang OKU.
Katanya, sebelum ini beberapa kali terfikir untuk membawa mereka sekeluarga bercuti, namun kekangan kewangan dan tenaga menyukarkan untuk dia membawa ibu bapa dan adik- beradik bercuti bersama.
"Abang dan kakak saya OKU dan sukar mencari tempat yang mesra OKU dan lebih privasi dengan harga murah.
"Pernah sebelum ini kami menginap di hotel ketika saya masih bekerja.
"Namun ada yang memandang pelik melihat keadaan abang saya berusia 46 tahun OKU, jadi bila ada kolam persendirian begini lebih selesa dan tidak mengganggu sesiapa," katanya ketika ditemui di Homestay Saresera di Bukit Katil, di sini, pada Rabu.
Dia yang menetap di Batu Caves Selangor, berkata, meskipun hanya menginap semalam, namun berpuas hati kerana penginapan itu dilengkapi kolam mandi dan kemudahan lain yang secara tidak langsung memberi keterujaan kepada abang dan kakaknya.
Menurutnya, yang belum dianugerahkan anak, percaya dengan rezeki yang diberikan ALLAH SWT dalam pelbagai bentuk termasuk kesihatan yang baik kerana ibunya, Siti Rahmah Said Ideris, 68, juga mengalami masalah kesihatan dan perlu menjalani dialisis setiap minggu.
Ujarnya, mengambil masa beberapa hari untuk mendapatkan kelulusan menginap di kediaman itu setelah memberikan dokumen yang diperlukan kepada pemilik inap desa tersebut termasuk salinan pengesahan bapanya merupakan penerima bantuan bulanan dan kad OKU kedua-dua beradiknya.
"Alhamdulillah sangat mudah, dah lebih 10 tahun tak dapat menikmati percutian bersama keluarga seperti ini dan akhirnya ALLAH makbulkan dengan pakej percutian yang berpatutan," katanya yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik.
Sementara itu, pemilik Sarasera Homestay, Nurul Himmah Muhammad Kamaruzzaman, 34, berkata pakej yang ditawarkan itu khusus untuk golongan B40 dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
Ujarnya, harga sebenar penginapan yang ditetapkan adalah RM650 semalam pada hari biasa dan RM750 pada cuti umum serta hujung minggu.
"Pakej ini telah bermula sejak Februari lalu hingga bulan ini sebagai satu cara saya membuat kebajikan dan menggembirakan B40 untuk bercuti dengan harga murah.
"Saya terharu apabila ada keluarga yang benar-benar tergolong dalam B40 mengambil peluang untuk menginap di sini, kerana ada juga yang mahu mengambil kesempatan sedangkan mereka berkemampuan," katanya lagi.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Thu Mar 16 2023
Nurul Himmah (dua, kiri) ketika melawat keluarga itu di Homestay Sarasera di Bukit Katil. - Gambar SINAR HARIAN
Kebakaran hutan di California: Jumlah korban meningkat kepada 10
Jumlah korban akibat kebakaran hutan terburuk dalam sejarah California terus meningkat, dengan 10 orang maut setakat ini.
Mayat ditemui di Rawang dipercayai warga asing
Mayat yang ditemui tanpa dokumen pengenalan diri di tepi jalan kawasan hutan, Jalan Perkuburan, Bandar Country Homes, Rawang pada Khamis lalu dipercayai milik seorang wanita warga asing.
Pantau Agenda Reformasi: Suara pencetus idelisme, perubahan rakyat
Sejauh mana kelompok anak muda terutama barisan kepimpinan bersedia menjadi ejen perubahan sebenar dalam mencetuskan idea dan perubahan demi kesejahteraan rakyat?
BHEUU tidak terima sebarang pemakluman daripada Istana Negara
BHEUU sahkan bahawa tiada sebarang dokumen tambahan berkaitan permohonan pengampunan Datuk Seri Najib Razak dalam fail atau rekod rasminya.
Belia harus fokus bangunkan negara, jangan hebat main isu remeh - PM Anwar
Anwar berkata, belia mempunyai tanggungjawab untuk menyelamatkan negara dan tidak menumpukan pada isu-isu remeh.
Kerugian akibat jenayah komersial cecah RM3.11 bilion sepanjang tahun lepas
Jumlah kerugian akibat kesalahan jenayah komersial sepanjang tahun lepas mencecah RM3.11 bilion dengan 41,701 kertas siasatan dibuka.
Keuntungan jadi inti pati kerjasama ekonomi dan perdagangan - MFA
Langkah syarikat asing terus meningkatkan pelaburan di China mencerminkan saling untung dan sama menang menjadi inti pati kerjasama ekonomi dan perdagangan antara China dengan negara lain.
GRAB Malaysia buka peluang kepada OKU, wanita
Grab Malaysia kekal komited dalam memupuk keterangkuman, pemerkasaan ekonomi dan kemampanan, dengan memberi tumpuan kepada membuka peluang-peluang untuk direbut Orang Kurang Upaya (OKU) dan wanita dalam ekonomi gig.
Minyak Brent diunjur turun kepada USD77 setong pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) menurunkan unjuran harga minyak Brent 2025 kepada US$77 setong daripada USD80 setong dan USD74 setong pada 2026 susulan unjuran permintaan yang lebih lemah pada 2025, terutamanya pada separuh pertama tahun ini.
Malaysia-India perkukuh perdagangan digital dua negara
Majlis Digital Malaysia-India (MIDC) dirasmikan bagi menerajui inisiatif dalam perdagangan digital, pertukaran teknologi termasuk mobiliti bakat antara Malaysia dan India.
Bekas jururawat sebak dapat bercuti di Inap Rahmah RM5
Hasrat Siti Nurul Hasyimah untuk membawa abang dan kakaknya yang merupakan OKU untuk bercuti dengan harga berpatutan tercapai.