SHAH ALAM: Seorang bekas ketua pegawai eksekutif institut automotif mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas sembilan pertuduhan terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM4 juta pada 2021 dan 2022.
Datuk Mohamad Madani Sahari, 56, didakwa dengan enam pertuduhan terlibat secara tidak langsung dalam transaksi melibatkan hasil aktiviti haram melalui akaun bank milik peguamnya, Norizan & Associates melalui surat arahan kepada peguam itu kepada akaun milik beberapa individu dan syarikat, berjumlah RM750,000.
Dia didakwa di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).
Bagi tiga lagi pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)(b) akta yang sama, lelaki itu didakwa membuat pembayaran untuk yuran guaman kepada peguamnya berjumlah RM250,000 dan membeli Islamic Redeemable Preferance Shares Class F, berjumlah RM3 juta.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjarakan maksimum 15 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta, yang mana yang lebih tinggi.
Mohamad Madani dituduh melakukan kesemua kesalahan itu di Hong Leong Bank Cawangan Shah Alam dan di Trillion Cove Holdings Bhd, Subang Business Center, Subang Jaya antara 10 Julai 2021 hingga 21 Feb 2022.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Asraf Mohamed Akhir; Haresh Prakash Somiah dan Nurul Atiqah Mohamad Alias manakala tertuduh diwakili peguam Rahmat Hazlan dan Rahmat Abu Bakar.
Hakim Rozilah Salleh membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk kes itu dipindahkan dan dibicara bersama di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan mengguna pakai wang jaminan RM300,000 daripada kes yang dihadapinya sebelum ini di Mahkamah Sesyen Shah Alam.
Sebutan semula kes pada 9 Jun ini. - Bernama
Bernama
Wed May 10 2023
Mohamad Madani (dua, kiri) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas sembilan pertuduhan terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM4 juta pada 2021 dan 2022. - Foto BERNAMA
Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025
Jarak perjalanan dari Sarikei dan Tanjong Manis akan menjadi semakin dekat kepada hanya 50 minit apabila Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025.
Laporan pertama akan dibawa ke DUN Sarawak
Laporan Pertama Ombudsman Sarawak dijangka dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun hadapan sejurus urusan penyediaan sistemnya selesai.
Tuntutan satu pertiga kerusi parlimen mesti ikut MA63 - Kelvin
Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii menyokong tuntutan satu pertiga atau 35 peratus kerusi Parlimen yang dibuat oleh Sarawak dan Sabah. Namun harus dibuat berdasarkan apa yang telah dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru.
Sabah sambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis
Kerajaan negeri menyambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis yang menolak sepenuhnya cabaran perundangan difailkan sekumpulan individu yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu terhadap Sabah.
Kabinet tidak bincang isu Majlis Profesor Negara - Fahmi
Mesyuarat Kabinet hari ini tidak membincangkan isu berkaitan Majlis Profesor Negara (MPN) selepas Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengesyorkan Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk mengkaji sem
Kemuncak Monsun Timur Laut hujung Nov, taburan hujan tinggi
Monsun Timur Laut (MTL) dijangka mencapai kemuncaknya pada penghujung bulan ini menyaksikan taburan hujan yang tinggi di sempadan Malaysia-Thailand selain negeri di pantai timur serta Sabah dan Sarawak.
Lelaki maut maut di Hotel di Bintulu, dua suspek ditahan
Dua lelaki ditahan dipercayai terlibat dalam satu insiden tembakan di kawasan parkir kenderaan sebuah hotel di Bintulu pada lewat malam Khamis.
Pantau Agenda Reformasi: IPSOS: Rasuah kekal jadi kerisauan utama rakyat Malaysia
Isu rasuah kekal menjadi kebimbangan utama di Malaysia, diikuti oleh pengangguran dan kemiskinan. Sementara, kerisauan utama pada peringkat global ialah kadar inflasi, jenayah dan tahap kemiskinan.
Gunung berapi di Kamchatka menjadi berbahaya selepas tiga letusan
Salah satu letusan itu amat kuat, menghamburkan debu setinggi 11 kilometer.
Bekas CEO institut automotif hadapi 9 pertuduhan AMLA
Mohamad Madani Sahari, 56, didakwa dengan enam pertuduhan terlibat secara tidak langsung dalam transaksi melibatkan hasil aktiviti haram melalui akaun bank milik peguamnya, Norizan & Associates.