KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Mohd Hazem Abdul Rahman memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam bahawa beliau tidak terlibat dalam salah laku bagi mempermudah rancangan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho untuk menyeleweng wang milik syarikat itu.
Mohd Hazem, 49, membuat penafian itu ketika peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Datuk Seri Najib Razak, mencadangkan bahawa beliau adalah individu yang membantu Low, atau lebih dikenali sebagai Jho Low, untuk menyeleweng kemudahan pembiayaan sebanyak US$250 juta daripada Deutsche Bank dan pemindahan US$175 juta kepada Aabar Investment PJS Ltd.
Saksi pendakwaan ke-10 itu, yang menjadi CEO 1MDB dari Mac 2013 hingga awal Januari 2015, berkata demikian pada perbicaraan kes bekas perdana menteri tersebut yang membabitkan penyelewengan dana 1MDB berjumlah RM2.3 bilion.
Mohd Hazem juga tidak bersetuju dengan cadangan Muhammad Shafee bahawa beliau telah bersekongkol dengan individu lain dalam pengurusan 1MDB termasuk bekas penasihat undang-undangnya iaitu Jasmine Loo, bekas Ketua Pegawai Kewangan Azmi Tahir dan Pengarah Eksekutif Terence Geh untuk memalsukan perjanjian berhubung perjanjian opsyen antara Aabar Investment PJS Ltd dan 1MDB Energy Holdings Berhad.
Perjanjian itu telah menyebabkan sejumlah US$175 juta dipindahkan daripada pinjaman yang diperoleh dua anak syarikat 1MDB iaitu 1MDB Energy Holdings Sdn Bhd dan 1MDB Energy (Langat) Limited kepada Aabar bagi tujuan melupuskan opsyen saham.
Ditanya sama ada beliau telah memberikan justifikasi palsu bagi pemindahan dana itu, Mohd Hazem menafikannya.
Muhammad Shafee: Bagi melaksanakan eksibit P777A (perjanjian opsyen Aabar), kamu telah melakukan dua kesalahan yang serius, antaranya ialah pecah amanah jenayah di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan.
Mohd Hazem: Saya tidak setuju.
Saksi itu turut menolak cadangan peguam bahawa beliau telah menyalahgunakan kuasa sebagai CEO 1MDB bagi memudahkan penyelewengan US$250 juta dilakukan untuk manfaat Jho Low.
Terdahulu, seorang lagi peguam Najib iaitu Tania Scivetti mencadangkan bahawa Mohd Hazem telah menyalahgunakan kedudukannya untuk menyeleweng dana syarikat itu yang dinafikan saksi tersebut.
Mohd Hazem turut menolak cadangan peguam itu bahawa beliau telah dipilih secara peribadi oleh Jho Low untuk menggunakan kedudukannya termasuk mengarahkan Loo menyediakan resolusi lembaga pengarah dan memastikan ahli lembaga menandatangani resolusi itu yang menjejaskan kepentingan 1MDB serta pemegang sahamnya.
Scivetti turut mencadangkan bahawa tindakan Mohd Hazem yang menandatangani resolusi itu tanpa ragu-ragu adalah antara perkara yang menguntungkan Jho Low namun saksi tersebut tidak bersetuju.
Najib, 68, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 18 2021
Mohd Hazem hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur sebagai saksi perbicaraan kes pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana 1MDB berjumlah RM2.3 billion, 17 Ogos, 2021. --fotoBERNAMA
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Malaysia perlu bersedia penuhi keperluan TBB yang semakin meningkat - Fadillah
Keperluan tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini semakin meningkat seiring dengan keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat-pusat data.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Fahmi berkata ia termasuk isu Internet di kawasan terpencil, pedalaman dan pulau-pulau dalam memastikan akses Internet berkelajuan tinggi lebih meluas.
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Saksi tidak pasti jika ada hantar gambar lucah kepada Ebit Lew
Wanita 40-an yang juga pengadu kes itu berkata, gambar tersebut mungkin ditangkap layar oleh Lew semasa panggilan video dibuat.
Kedah perlu lakukan melalui mahkamah, jika mahu tuntut caj air mentah - Chow
Chow Kon Yeow berkata beliau sendiri telah berulang kali memberi penjelasan mengenai pendirian Pulau Pinang berhubung isu itu.
Rusuhan London: Kanak-kanak seawal usia 12 tahun dijadual ke mahkamah
Turut hadir, isteri seorang Ahli Majlis Konservatif yang dituduh menggalakkan orang ramai menyerang hotel yang menempatkan pencari suaka.
Suspek culik Albertine Leo didakwa esok atas 15 pertuduhan
Suspek kes penculikan kanak-kanak perempuan enam tahun, di Eco Galleria, Iskandar Puteri, akan didakwa esok di mahkamah.
Sebabkan kematian rakan: Suami isteri terlepas hukuman mati
Pasangan itu diarah menjalani hukuman penjara mulai tarikh mereka ditangkap iaitu pada 19 Dis 2016.
Rayuan akhir Peter Anthony selesai, mahkamah tangguh keputusan
Panel tiga hakim membuat keputusan selepas mendengar hujah peguam Datuk Nicholas Kow Eng Chuan dan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin.
FIFPRO heret FIFA ke mahkamah angkara jadual padat
Kontroversi timbul mengenai kalendar padat berikutan beberapa pengenalan baru dalam Piala Dunia Kelab FIFA dijadual tahun depan di AS.
Mahkamah Agung Bangladesh batalkan sistem kuota pekerjaan
Mahkamah Agung Bangladesh memutuskan bahawa 93 peratus daripada semua pelantikan akan berdasarkan merit berkuat kuasa serta-merta.
Pengawal keselamatan didakwa miliki buku, lukisan bendera dan video Daish
Muhamad Norulaini Supardi, 33, hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mazuliana Abdul Rashid.
Mahkamah lepas tanpa bebas suami pukul isteri dengan batang mop, kayu besbol
Mahkamah Sesyen hari ini melepaskan tanpa membebaskan seorang lelaki atas pertuduhan memukul isterinya menggunakan batang mop dan kayu besbol serta membaling kerusi plastik ke atas wanita itu.