PETALING JAYA: Seorang bekas banduan tidak serik apabila sekali lagi dicekup kerana menyamun empat kedai serbaneka dengan menggunakan pistol angin.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, suspek berumur 30 tahun itu berpura-pura memasuki premis serbaneka sebelum menakutkan pekerja menggunakan pistol angin untuk menyamun.
Katanya, suspek berjaya ditahan sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada 10 pagi, 3 Feb lepas dan turut merampas sebuah motosikal jenis Yamaha Y16ZR selain beberapa keping kad pengenalan, lesen memandu dan kad ATM milik individu lain.
"Turut dirampas sepucuk pistol angin jenis revolver yang dipercayai dibeli suspek secara dalam talian," katanya dalam sidang media di IPD Petaling Jaya, di sini, hari ini.
Menurut Mohamad Fakhrudin, semakan mendapati suspek dibebaskan dari penjara Januari tahun lepas atas kesalahan samun dan dipercayai kembali aktif sebulan lepas dengan menyasarkan kedai serbaneka dan hasil samun digunakan suspek untuk membeli alat ganti motosikal.
Mohamad Fakhrudin berkata, dengan penahanan suspek yang memiliki rekod jenayah dan dadah itu, polis berjaya menyelesaikan empat kes samun premis serbaneka di daerah berkenaan.
Katanya, polis akan memohon lanjutan reman ke atas suspek yang tamat hari ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana samun.
Selain itu, Mohamad Fakhrudin berkata, polis berjaya menyelesaikan empat kes curi kenderaan di daerah Petaling Jaya dengan penahanan tiga lelaki warga tempatan awal bulan ini.
Beliau berkata, modus operandi sindiket berkenaan ialah menyasarkan kenderaan model lama untuk diserahkan kepada orang tengah sebelum dileraikan dan dijual sebagai alat ganti.
Menurut Mohamad Fakhrudin, penahanan pertama dilakukan pada 3 Feb lepas melibatkan dua lelaki masing-masing berumur 27 dan 28 tahun di Hentian Duta, di sini sebelum menahan seorang lagi lelaki berumur 36 tahun dipercayai dalang sindiket di Puchong, sehari kemudian.
"Penahanan kesemua suspek membawa kepada rampasan sebuah kereta jenis Proton Wira dan van yang dilaporkan hilang," katanya sambil menambah sindiket itu bergiat aktif sejak Disember tahun lepas.
Reman kesemua suspek tamat semalam dan mereka akan diserahkan kepada IPD Shah Alam untuk siasatan lanjut dan polis giat mengesan seorang lagi suspek untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan. - BERNAMA
Bernama
Fri Feb 10 2023

ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, suspek berumur 30 tahun itu berpura-pura memasuki premis serbaneka sebelum menakutkan pekerja menggunakan pistol angin untuk menyamun. - Gambar BERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Penjara Israel cuai didakwa punca bekas banduan Palestin maut
Ismail disahkan menghidap leukemia dan tidak dikesan atau dirawat sewajarnya semasa beliau berada dalam tahanan.

Baru 17 jam bebas, bekas banduan tikam lelaki gara-gara berang dimaki
Berang dimaki, Ade Dwy bertindak menikam dada mangsa dengan pemutar skru yang dipegangnya.

Kes bekas banduan miliki bahan berkaitan Daish dipindah ke Mahkamah Tinggi KL
Mahkamah Sesyen Kota Bharumembenarkan permohonan memindahkan kes bekas banduan didakwa memiliki bahan berkaitan kumpulan Daish dipindah ke Kuala Lumpur.

Beri peluang bekas banduan bekerja, cegah kembali ke penjara - Ramanan
Katanya, ada bekas banduan kembali ke penjara kerana tidak diberikan peluang kedua oleh masyarakat dan ini tidak sewajarnya berlaku.

Amang seksual: “Saya hanya lakukan demonstrasi” - Tertuduh
Seorang bekas banduan didakwa melakukan amang seksual dengan menunjukkan video lucah kepada adik perempuannya.

Kikis persepsi negatif, beri peluang bekas banduan kembali pada masyarakat
Persepsi bahawa bekas banduan sebagai penjenayah untuk selama-lamanya dan tidak boleh kembali ke pangkuan masyarakat perlu dikikis.

Bekas banduan mengaku tidak bersalah rompak, cuba rogol warga emas
Seorang bekas banduan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Taiping pada Rabu atas pertuduhan mencederakan, merompak dan cuba merogol seorang wanita warga emas, minggu lepas.

Bekas banduan amuk tak boleh pinjam motosikal anak ditahan miliki pistol
Suspek lelaki berusia 40 tahun itu ditahan dalam serbuan oleh sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Tanah Merah pada jam 2.55 petang.

Beri peluang kedua, kesilapan lalu bukan tiket terus menghukum
Sikap masyarakat yang berterusan menghukum menyebabkan ada dalam kalangan mereka sukar berubah.

Bekas banduan bunuh ibu bapa sebelum tembak pemandu di lebuh raya sesak
Suspek, Joseph Eaton, 34, seorang bekas banduan baru sahaja dibebaskan pada 14 April lalu dari Pusat Koreksional Maine di Windham.