KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan bekas Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan membayar ganti rugi RM150,000 kepada sepasang suami isteri berhubung mesej WhatsApp berbaur fitnah membabitkan dakwaan mereka menipu beberapa ahli perniagaan.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Raja Mohzan membuat keputusan itu selepas membenarkan saman pasangan itu terhadap Gobalakrishnan.
Ketika mengesahkan perkara itu, peguam Rueben Mathiavaranam yang mewakili pasangan tersebut, berkata mahkamah turut mengarahkan Gobalakrishnan membayar RM40,000 sebagai kos kepada seorang juruterbang iaitu S. Selvakumar dan isterinya, R. Indrani yang merupakan bekas Bendahari Parti Keadilan Rakyat cawangan Sungai Siput.
Beliau berkata dalam penghakimannya, Raja Ahmad Mohzanuddin memutuskan ketiga-tiga mesej defendan melalui WhatsApp pada 4 Jun 2019 adalah bersifat fitnah terhadap pasangan itu.
"Mahkamah turut menolak tuntutan balas Gobalakrishnan terhadap Indrani kerana ketiadaan bukti," kata Rueben.
Pernyataan tuntutan pasangan itu, yang difailkan pada 7 Nov 2019, antara lain memohon ganti rugi am, perintah injunksi bagi menghalang defendan daripada terus menulis atau menyiarkan perkataan berbaur fitnah, faedah, kos dan relief lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 23 2023

Mahkamah turut mengarahkan Gobalakrishnan membayar RM40,000 sebagai kos kepada seorang juruterbang iaitu S. Selvakumar dan isterinya, R. Indrani yang merupakan bekas Bendahari PKR cawangan Sungai Siput. - Gambar fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Bekas Ahli Parlimen Padang Serai diarah bayar ganti rugi RM150,000 kepada suami isteri
Mahkamah Tinggi memerintahkan N. Gobalakrishnan membayar ganti rugi RM150,000 kepada sepasang suami isteri berhubung mesej WhatsApp berbaur fitnah.

Lokman Adam ditahan polis
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam ditahan pada Khamis kerana dikatakan menghalang pihak polis melakukan tugas mereka sewaktu menjalankan siasatan di kediamannya.