KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat pembelian panik bagi ubat-ubatan kerana kekurangan yang berlaku tidak serius, malah hanya melibatkan jenama tertentu, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.
Beliau berkata pihaknya memberi jaminan bekalan ubat-ubatan dalam negara secara amnya masih terkawal.
"Kita perlu faham bahawa keberkesanan ubat-ubatan untuk merawat sesuatu penyakit adalah sama tanpa mengira jenama ataupun syarikat pengeluar.
"Contohnya, untuk penyakit darah tinggi ada banyak jenama. Ada yang dipatenkan, ada yang generik dan semua itu berkesan kerana jika ubat jenama A tiada, boleh ganti dengan ubat jenama B," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Bulan Pemakanan Malaysia peringkat Kementerian Kesihatan (KKM) di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata KKM sentiasa memantau situasi itu dan tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat pihak cuba mengambil kesempatan memanipulasikan harga ubat-ubat di pasaran.
BACA: Isu kekurangan ubat: Tiada produk alami gangguan bekalan menyeluruh - KKM
Terdahulu, dalam ucapannya Dr Noor Azmi berkata tema sambutan Bulan Pemakanan Malaysia tahun ini adalah 'Perangi COVID-19 dan NCD (penyakit tidak berjangkit) dengan Makan Secara Sihat' dan pemilihannya selari dengan masalah berkaitan NCD yang sekian lama membelenggu negara.
"Sambutan ini diadakan dengan harapan ia dapat meningkatkan lagi kesedaran masyarakat tentang kepentingan mengamalkan makan secara sihat dalam memerangi pelbagai jenis penyakit berjangkit ataupun tidak berjangkit," katanya.
Beliau berkata Hasil Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada 2019 mendapati satu daripada dua rakyat Malaysia dewasa mempunyai masalah berat badan berlebihan atau obesiti.
"Ini sangat berbahaya kerana ia mendatangkan pelbagai penyakit, mengurangkan produktiviti dan memberi beban kepada perkhidmatan rawatan kesihatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 03 2022

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata pihaknya memberi jaminan bekalan ubat-ubatan dalam negara secara amnya masih terkawal. - Gambar fail/BERNAMA
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.

Subsidi ubat di fasiliti KKM dikekalkan, bantu kurangkan beban pesakit - Lukanisman
KKM menyediakan harga panduan pengguna untuk membantu rakyat mendapatkan maklumat harga ubat-ubatan menerusi www.pharmacy.gov.my bagi membuat perbandingan harga.

Pos Malaysia sumbang RM793,000 bagi Tabung Amanah KKM menerusi inisiatif UMP
PMB menyumbang RM793,000 kepada Tabung Amanah KKM hingga Disember lepas menerusi inisiatif perkhidmatan UMP yang diperkenalkan sejak 2011.

Pembayaran tidak teratur, tiada semakan bekalan ubat di JPVM - LKAN
LKAN bagi Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Agensi Negeri Serta Pengauditan PematuhanJabatan/Agensi Negeri Melaka 2022 mendapati JPVNM telah menerima bekalan ubatanvaksin dan program peningkatan.

Ahli farmasi Jerman keluar amaran mengenai kekurangan serius ubat-ubatan
Tahun lepas, terdapat kekurangan antibiotik yang teruk dan beberapa ubat untuk kanak-kanak, selepas gelombang jangkitan.

Pharmaniaga beri jaminan bekalan ubat tidak terjejas - Dr Zaliha
Pharmaniaga Bhd telah memberi jaminan untuk membekal lebih daripada 700 produk ubat dan bukan ubat kepada semua fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) selain akan terus kukuh dan berdaya saing.

Bekalan ubat di klinik, hospital di Johor mencukupi
Bekalan ubat di hospital dan klinik kerajaan di Johor masih mencukupi bagi menampung keperluan pesakit pada ketika ini.

KKM lepaskan stok penimbal tangani kekurangan bekalan ubat di fasiliti swasta - Khairy
Ini memandangkan bekalan ubat-ubatan semakin berkurangan, terutama bekalan ubat batuk dan selesema untuk kegunaan kanak-kanak.

Bekalan ubat terkawal, rakyat dinasihat tidak panik - Dr Noor Azmi
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat pembelian panik bagi ubat-ubatan kerana kekurangan yang berlaku tidak serius, malah hanya melibatkan jenama tertentu.

Bekalan parasetamol berkurangan di Pahang
Ia dikatakan berpunca daripada peningkatan pembelian sebagai persediaan untuk mengurangkan kesan sampingan.

COVID-19: Bekalan ubat di HRPB tidak terputus sepenuhnya
Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mengatasi masalah gangguan bekalan itu.