NILAI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi jaminan bekalan telur ayam di seluruh negara mencukupi meskipun beberapa kawasan ketika ini mengalami kekurangan kuantiti.
Ketua Setiausaha KPDNHEP Datuk Azman Mohd Yusof berkata pihaknya sentiasa memantau bekalan telur ayam di pasaran selain turut bekerjasama dengan beberapa kementerian termasuk Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) berhubung perkara itu.
Beliau berkata hasil pemantauan pihaknya turut mendapati tiada aduan diterima berhubung kes sorok bekalan telur ayam oleh mana-mana pihak khususnya peniaga setakat ini dan tindakan undang-undang akan dikenakan sekiranya wujud kegiatan terbabit.
"Saya ke beberapa negeri termasuk Melaka, Johor, Terengganu dan Langkawi. Memang ada sedikit isu tentang kuantiti tidak mencukupi tetapi bekalan ada. Ada yang saya lihat jualan sebelah pagi dah selesai, petang isi semula, ini menunjukkan kita masih ada bekalan yang baik.
"Malah, saya turut berhubung dengan Ketua Setiausaha MAFI dan pegawai kita hari ini ada perbincangan teknikal dengan beberapa kementerian bagi memastikan bekalan telur cukup untuk pasaran pengguna. Jadi, krisis secara menyeluruh dengan hampir semua bekalan terputus tidak berlaku," katanya hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau bekalan barangan makanan di sebuah pasar raya sempena pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali selama seminggu hingga Rabu ini, di sini.
Dalam pada itu, Azman berkata faktor kekurangan kuantiti bekalan telur ayam di kawasan tertentu kemungkinan berikutan masalah pembayaran, pengangkutan, logistik dan lokasi yang jauh menyebabkan penghantaran bekalan sedikit terganggu.
Beliau turut berharap mana-mana pemain industri bekerjasama dengan kerajaan dalam memastikan bekalan makanan khususnya barangan basah mencukupi di pasaran dengan harga berpatutan terutama menjelang Deepavali.
Dalam perkembangan lain, Azman berkata sejak Januari hingga September lepas, 708,230 premis diperiksa di seluruh negara dan 9,421 tindakan kes diambil melibatkan pelbagai kesalahan termasuk berkaitan bekalan, harga, antipencatutan, ketirisan, cetak rompak, barang tiruan, halal dan sewa beli dengan rampasan berjumlah RM93.86 juta.
Selain itu, menurutnya KPDNHEP turut melupuskan pelbagai barangan seperti pakaian, kasut, aksesori dan barangan elektronik membabitkan nilai keseluruhan RM 24.61 juta bagi tempoh sama.
Katanya pelupusan barang rampasan itu melibatkan tindakan kes di bawah pelbagai kesalahan antaranya Akta Cap Dagangan 2019, Akta Perihal Dagangan 2011, Akta Jualan Langsung 1999, Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Pelindungan Pengguna 1999.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 20 2022
![Bekalan telur ayam: KPDNHEP jamin mencukupi, tiada kegiatan sorok Bekalan telur ayam: KPDNHEP jamin mencukupi, tiada kegiatan sorok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51666258764_Bekalantelurayamk.jpg)
KPDNHEP sentiasa memantau bekalan telur ayam di pasaran selain turut bekerjasama dengan beberapa kementerian. - Gambar fail/Sinar Harian
![Kerajaan jimat RM10.5 bilion tenaga kumulatif dalam Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara - PETRA Kerajaan jimat RM10.5 bilion tenaga kumulatif dalam Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara - PETRA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713155982_KementerianPeraliha.jpg)
Kerajaan jimat RM10.5 bilion tenaga kumulatif dalam Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara - PETRA
Sehingga Dis 2023, kadar penjimatan tenaga tahunan yang dicapai adalah 5.9 peratus atau 8,667 GWj, bernilai lebih daripada RM2.1 bilion.
![Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 bakal lonjak pertumbuhan dagang, pelaburan dengan negara luar Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 bakal lonjak pertumbuhan dagang, pelaburan dengan negara luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721052525_Fujianconvention.jpg)
Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 bakal lonjak pertumbuhan dagang, pelaburan dengan negara luar
Penganjuran Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 akan meningkatkan pemahaman pertukaran budaya dalam kalangan masyarakat Fujian dari luar negara.
![Enam kerusi Bersatu: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis Enam kerusi Bersatu: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721087087_AgendaAWANI.jpg)
Enam kerusi Bersatu: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis
Manimaran berkata, Parlimen perlu dipertanggungjawabkan kerana menggubal undang-undang yang lompang dan lemah untuk dicabar mana-mana pihak.
Jenayah: Suspek dikait penemuan mayat Nur Farah Kartini direman hari ini
Seorang penjawat awam yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25 tahun, akan direman, pada pagi, hari ini.
![Kerajaan komited kekal trajektori konsolidasi fiskal - Kementerian Kewangan Kerajaan komited kekal trajektori konsolidasi fiskal - Kementerian Kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61635915618_economylaptop.jpg)
Kerajaan komited kekal trajektori konsolidasi fiskal - Kementerian Kewangan
Menurut MOF, defisit fiskal pada 2024 diunjur untuk terus berkurang kepada 4.3 peratus KDNK iaitu RM85.4 bilion.
Negara jimat RM10.5 bilion pelan tindakan kecekapan tenaga
Sehingga kini Negara berjaya melakukan Penjimatan tenaga kumulatif dalam tempoh pelaksanaan Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara (NEEAP) sebanyak 39,382 Gigawatt jam (GWj) bersamaan dengan RM10.5 bilion.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata Sehingga Disember 2023, kadar penjimatan tenaga tahunan yang telah dicapai adalah sebanyak 5.9 peratus atau 8,667 GWj yang bernilai lebih daripada RM2.1 bilion.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata Sehingga Disember 2023, kadar penjimatan tenaga tahunan yang telah dicapai adalah sebanyak 5.9 peratus atau 8,667 GWj yang bernilai lebih daripada RM2.1 bilion.
Peralihan tenaga, pelaburan hijau tingkat daya saing - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelaksanaan peralihan tenaga dan pelaburan hijau yang lebih berkesan, teratur dan sistematik amat perlu bagi mengangkat imej, reputasi dan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan hijau pilihan.
Beliau berkata usaha ke atas pelan tindakan ini berkemampuan meningkatkan kedudukan daya saing negara.
Beliau berkata usaha ke atas pelan tindakan ini berkemampuan meningkatkan kedudukan daya saing negara.
![E-invois dibimbangi tekan pengusaha PKS E-invois dibimbangi tekan pengusaha PKS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61616250988_PKS.jpg)
E-invois dibimbangi tekan pengusaha PKS
Isu yang timbul ialah pengetahuan dan kos tinggi yang diperlukan untuk melaksanakannya, termasuk kos latihan dan penambahbaikan sistem dan perisian.
Parlimen: Cadangan guru Bahasa Inggeris dari Singapura antara tumpuan hari ini
Cadangan kemasukan tenaga pengajar Bahasa Inggeris dari Singapura ke negara ini antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Kekejaman Zionis: Hamas, Fatah jumpa di China Julai ini
Kumpulan Hamas dan Fatah akan mengadakan rundingan perpaduan di China pada Julai ini, sebagai usaha untuk menyelesaikan perpecahan dalaman antara kedua-duanya.
![Penurunan harga telur: Peniaga lega, bantu kurangkan kos operasi Penurunan harga telur: Peniaga lega, bantu kurangkan kos operasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718617153_Telurohtelur.jpg)
Penurunan harga telur: Peniaga lega, bantu kurangkan kos operasi
Penurunan harga runcit telur ayam memberi peluang kepada peniaga khususnya penjual makanan meraih sedikit keuntungan.
![Johor kerjasama dengan FAMA wujudkan mekanisme pembayaran tanpa tunai BRAJ Johor kerjasama dengan FAMA wujudkan mekanisme pembayaran tanpa tunai BRAJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61686904155_PengerusiJawatankua.jpg)
Johor kerjasama dengan FAMA wujudkan mekanisme pembayaran tanpa tunai BRAJ
Langkah itu dapat membezakan pembelian rakyat tempatan dan warga asing khususnya Singapura yang turut berbelanja di bazar berkenaan.
![Syarikat peruncit didakwa jual telur ayam gred B melebihi harga maksimum Syarikat peruncit didakwa jual telur ayam gred B melebihi harga maksimum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81681725780_Syarikatperuncit.jpg)
Syarikat peruncit didakwa jual telur ayam gred B melebihi harga maksimum
Syarikat peruncit Kumpulan Usaha Keluarga Jaya Sdn Bhd dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menjual telur ayam gred B melebihi harga maksimum pada awal tahun ini.
![Harga siling ayam, telur kekal sehingga selepas Aidilfitri - Salahuddin Harga siling ayam, telur kekal sehingga selepas Aidilfitri - Salahuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71674291312_TBAYAMTELUR.jpg)
Harga siling ayam, telur kekal sehingga selepas Aidilfitri - Salahuddin
KPDN beri jaminan bahawa bekalan ayam dan telur mencukupi serta dijual mengikut harga siling yang ditetapkan, sepanjang Ramadan dan Aidilfitri.
![Menyamar kapten tentera tipu jual telur, suami isteri didakwa Menyamar kapten tentera tipu jual telur, suami isteri didakwa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61679472103_kesmahkamahtelur.jpg)
Menyamar kapten tentera tipu jual telur, suami isteri didakwa
Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu pembekalan 4,245 papan telur ayam tidak wujud, hujung tahun lalu.
![Lebih 18 juta telur ayam diedarkan FAMA sejak November 2022 Lebih 18 juta telur ayam diedarkan FAMA sejak November 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41679399266_Telurohtelur.jpg)
Lebih 18 juta telur ayam diedarkan FAMA sejak November 2022
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah mengedarkan sebanyak 18.06 juta biji telur ayam untuk dipasarkan melalui 368 outlet peruncitannya sejak November tahun lepas hingga hari ini.
![Pengeluaran bekalan telur ayam dalam negara beransur stabil - Mohamad Pengeluaran bekalan telur ayam dalam negara beransur stabil - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41679196818_Telurohtelur.jpg)
Pengeluaran bekalan telur ayam dalam negara beransur stabil - Mohamad
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan menjangkakan pengeluaran bekalan telur ayam dalam negara kembali pulih menjelang hujung tahun ini.
![Subsidi telur ayam diteruskan hingga Jun dengan kos RM1.28 bilion Subsidi telur ayam diteruskan hingga Jun dengan kos RM1.28 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71671115267_TBtelurj.jpg)
Subsidi telur ayam diteruskan hingga Jun dengan kos RM1.28 bilion
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan meneruskan penyediaan subsidi bagi telur ayam sehingga Jun 2023 melibatkan kos sebanyak RM1.28 bilion.
![Bekalan ayam, telur mencukupi menjelang Ramadan - Mohamad Sabu Bekalan ayam, telur mencukupi menjelang Ramadan - Mohamad Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61677326779_ProgramJelajahAgro.jpg)
Bekalan ayam, telur mencukupi menjelang Ramadan - Mohamad Sabu
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengesahkan bahawa bekalan ayam serta telur di Malaysia adalah mencukupi bagi menampung permintaan tinggi menjelang bulan Ramadan ini.
![Gerai jual ayam dan telur RM10 diserbu pengunjung di Jualan JER 2.0 Gerai jual ayam dan telur RM10 diserbu pengunjung di Jualan JER 2.0](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71675551325_TBjualanJER.jpg)
Gerai jual ayam dan telur RM10 diserbu pengunjung di Jualan JER 2.0
Pengunjung sanggup beratur seawal 8 pagi kerana barangan tersebut dijual pada harga runtuh, iaitu masing-masing hanya RM10.