KUANTAN: Bekalan dadah yang mesra pelanggan atau "di hujung jari" dilihat antara faktor menyumbang kepada peningkatan jumlah penagih di Pahang pada tahun ini, kata Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Zirwatul Ahlam Zamzam.
Beliau berkata sehingga Mei lepas sahaja sebanyak 2,515 penagih telah direkodkan, melebihi jumlah penagih yang dicatatkan pada tahun lepas seramai 2,308 individu.
"Masalah penyalahgunaan dadah di negeri ini masih terkawal namun terdapat peningkatan sedikit pada tahun ini yang kita lihat bekalan dadah yang dikatakan sebagai mesra pengguna telah menyumbang kepada peningkatan jumlah penagih.
"Kalau dahulu mungkin ada satu pot untuk dapatkan dadah, sekarang ia mobile pot kerana boleh didapati di mana sahaja selain lebih mudah apabila mereka hanya membuat pesanan melalui aplikasi dalam telefon bimbit dan bekalan boleh diperoleh misalnya menerusi penghantaran secara tunai," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata sebelum COVID-19 sekitar 2019, antara lokasi yang menjadi "kegemaran" penagih ialah bangunan lama yang ditinggalkan selain ladang sawit atau getah.
Kini keadaan telah berubah apabila lokasi berkenaan tidak lagi menjadi pilihan utama dan berdasarkan risikan dijalankan, penagih cenderung menggunakan rumah sendiri, tandas awam atau kenderaan sebagai tempat melepaskan gian, katanya.
Menurutnya keadaan kehidupan kini yang semakin menekan menyebabkan sesetengah individu menggunakan dadah sebagai sumber untuk lepaskan tekanan.
"Kalau lima tahun lepas mungkin dadah tradisional seperti heroin dan morfin menjadi pilihan penagih namun kini penggunaan dadah jenis sintetik antaranya seperti syabu telah mendominasi," katanya.
Sementara itu, Zirwatul Ahlam memaklumkan golongan belia antaranya terdiri daripada buruh am dan penganggur mencatatkan penglibatan tertinggi dengan bahan larangan itu di Pahang.
Menyentuh mengenai penglibatan golongan wanita dengan dadah, beliau berkata ia masih rendah iaitu hanya 3.6 peratus daripada 2,386 penagih setakat April dan punca penagihan itu adalah disebabkan pengaruh rakan sebaya dan pasangan selain tekanan akibat masalah keluarga.
"Bagi pelajar pula setakat ini tiada sebarang tangkapan dan tindakan undang-undang dikenakan, namun kami berusaha sehabis baik untuk kempen pencegahan bagi bendung mereka daripada terlibat dengan dadah.
"Kami juga bekerjasama erat dengan rakan strategik iaitu Kementerian Pendidikan untuk menjalankan usaha pencegahan. Selain itu, saya harap kaunselor dan guru di sekolah peka dengan perubahan anak murid... jangan sampai mereka terlibat dengan dadah untuk redakan tekanan dan masalah," katanya.
Selain itu, beliau berkata sebanyak 12 kawasan berisiko tinggi penagihan dadah telah dan sedang melalui penghijauan bermula 2021 dengan pelbagai inisiatif telah dilaksanakan antaranya program konsultasi bersama komuniti, program jejak prihatin selain program pengesanan orang yang disyaki (OYDS).
Setakat ini, lima lokasi iaitu Mukim Gali dan Mukim Dong di Raub, Mukim Perak (Temerloh), Mukim Pekan (Pekan) dan Mukim Chenor/Kuala Sentul (Maran) telah dihijaukan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 30 2023
![Bekalan dadah mesra pelanggan faktor peningkatan penagih di Pahang Bekalan dadah mesra pelanggan faktor peningkatan penagih di Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61681136660_Generic.jpg)
Kini penggunaan dadah jenis sintetik antaranya seperti syabu menjadi pilihan penagih. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Tiada makmal proses dadah wujud di Sarawak - Polis Tiada makmal proses dadah wujud di Sarawak - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708951263_TBDARUS.jpg)
Tiada makmal proses dadah wujud di Sarawak - Polis
Tiada makmal tempatan wujud bagi memproses dadah di Sarawak pada masa ini, kata Timbalan Pesuruhjaya Polis negeri Datuk Ibrahim Darus.
![58 individu ditahan terlibat tipu pelaburan forex dalam talian 58 individu ditahan terlibat tipu pelaburan forex dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61643041616_TBamihizam.jpg)
58 individu ditahan terlibat tipu pelaburan forex dalam talian
Polis menahan 58 individu disyaki terlibat dalam kegiatan penipuan pelaburan Forex dalam talian menerusi serbuan di tiga premis pusat bangunan perniagaan di Bangsar, semalam.
![Bekalan dadah mesra pelanggan faktor peningkatan penagih di Pahang Bekalan dadah mesra pelanggan faktor peningkatan penagih di Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61681136660_Generic.jpg)
Bekalan dadah mesra pelanggan faktor peningkatan penagih di Pahang
Sehingga Mei lepas sahaja sebanyak 2,515 penagih telah direkodkan, melebihi jumlah penagih yang dicatatkan pada tahun lepas.
![Menteri Muda nafi ada sindiket bekal dadah percuma kepada pelajar sekolah di Sarawak Menteri Muda nafi ada sindiket bekal dadah percuma kepada pelajar sekolah di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/81626874842_FrancisHardenHolli.jpg)
Menteri Muda nafi ada sindiket bekal dadah percuma kepada pelajar sekolah di Sarawak
Menurut Datuk Francis Harden Hollis Perkara yang dinyatakan sidang media berkenaan adalah (kegiatan pengedaran dadah) berlaku di negeri lain.
![Taktik premis hiburan bekal dadah kepada remaja membimbangkan Taktik premis hiburan bekal dadah kepada remaja membimbangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/81462937523_pills.jpg)
Taktik premis hiburan bekal dadah kepada remaja membimbangkan
Kewujudan semakin banyak premis hiburan yang digunakan para penagih atau pengedar dadah untuk membekalkan bahan terlarang itu kepada pelanggan semakin membimbangkan.