KUALA LUMPUR: Bekalan bawang di pasaran dalam negara ketika ini mencukupi dan stoknya masih mampu bertahan, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh.
Beliau berkata susulan tindakan India yang mengehadkan eksport bahan itu, kerajaan sedang berusaha mendapatkan bekalan bawang dari beberapa negara lain walaupun ketika ini bekalan dalam negara masih belum terjejas.
"Setakat ini tidak ada masalah (bekalan bawang) sebab kita masih ada stok lama dan kita juga sedang mencari sumber daripada negara pengeluar-pengeluar lain selain India.
"Saya kira stok bawang sedia ada akan dapat bertahan untuk tempoh lama kerana daripada maklum balas industri, mereka memaklumkan tidak mengalami masalah dalam mengawal stok," katanya kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2023 di Lulu Hypermarket di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan India yang mengehadkan eksport bawang dengan mengenakan harga eksport minimum AS$800 setan, berkuat kuasa 29 Okt hingga hujung tahun ini.
Kementerian Hal Ehwal Pengguna India sebelum ini memberitahu langkah itu diambil untuk memastikan bekalan bawang yang mencukupi bagi pengguna domestik pada harga berpatutan berikutan kuantiti stok bawang daripada musim tanaman 2023 semakin berkurangan.
Berhubung dakwaan terdapat kekurangan bekalan gula dan minyak paket bersubsidi di pasaran ketika ini, Fuziah berkata pihak pengeluar boleh berdepan tindakan sekiranya tidak menepati kuota pengeluaran ditetapkan.
Katanya ini kerana dalam tempoh sebulan, kerajaan memberikan kuota pengeluaran 60,000 metrik tan bagi minyak masak paket dan 42,000 metrik tan (gula) kepada pihak pengeluar bagi memastikan bekalan kedua-dua barangan itu tidak terjejas.
"Jadi sepatutnya tidak ada yang kurang (bekalan minyak masak paket) kerana itu adalah kuota yang kita keluarkan kepada mereka, malah sebelum ini pun ada yang tidak sampai sebulan sudah habis kuota.
"Bagi gula pasir putih bertapis pula, melalui arahan pengawalan bekalan kita telah berikan kuota pengeluaran 24,000 metrik tan kepada Malaysia Holdings Bhd (MSM) dan 18,000 metrik tan kepada Central Sugar Refinery Sdn Bhd (CSR) untuk sebulan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 09 2023

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh (tiga, kanan) mendengar penerangan daripada Pembantu Pengurus Pembelian Lulu Hypermarket, Fakaruddin Harun (kanan) ketika meninjau harga bawang merah besar import. - BERNAMA

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Bekalan bawang negara mencukupi - Mohamad Sabu
Kerajaan beri jaminan bekalan bawang tidak akan terjejas susulan kerajaan India mengeluarkan larangan eksport bawang bermula semalam.

Bekalan bawang di pasaran cukup - Fuziah
Bekalan bawang di pasaran dalam negara ketika ini mencukupi dan stoknya masih mampu bertahan, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh.

India hadkan eksport bawang
India telah mengehadkan eksport bawang dengan mengenakan harga eksport minimum sebanyak AS$800 setan.