KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengesahkan gangguan bekalan air keruh yang berlaku di Hospital Machang Isnin lalu sudah kembali pulih.
Isu itu tular di laman sosial Facebook pada Selasa selepas seorang wanita berkongsi gambar air berkarat di dalam tandas wad kanak-kanak hospital tersebut sekali gus didakwa mengganggu urusan harian pesakit dan pelawat.
Pengarah JKNK, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, masalah itu selesai susulan syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sudah menghantar bekalan air ke hospital bagi mengatasi masalah gangguan itu secara berperingkat bermula petang Selasa dengan mengisi air di tangki simpanan utama hospital itu.
"Bekalan (air) sudah kembali pulih pada petang Selasa secara berperingkat. Kadar kekeruhan air juga semakin pulih.
"Hasil siasatan awal mendapati gangguan air itu berlaku pada Isnin hingga Selasa berpunca daripada masalah Loji Rawatan Air Sungai Bagan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.
Beliau berkata, JKNK kesal atas kesulitan yang dihadapi dan berterima kasih dengan tindakan segera diambil oleh pihak hospital, Perkhidmatan Sokongan Hospital (Redicara) dan AKSB.
Katanya, JKNK sentiasa berusaha dan mengambil langkah-langkah penambahbaikan bagi meningkatkan keselesaan dan kualiti penjagaan pesakit.
"JKNK menegaskan bahawa perkhidmatan dan pengurusan pesakit di dalam hospital itu tidak terganggu akibat kejadian tersebut," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Sep 07 2022

Gambar tular yang dikongsikan seorang wanita mengenai keadaan air berkarat di dalam tandas wad kanak-kanak Hospital Machang. Gambar kecil: Dr Zaini. - Foto Sinar Harian

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Bekalan air keruh di Hospital Machang selesai berperingkat
Siasatan awal mendapati gangguan air itu berlaku pada Isnin hingga Selasa berpunca daripada masalah Loji Rawatan Air Sungai Bagan.