KUALA LUMPUR: Beberapa senarai Surat Setuju Terima (SST) yang dikeluarkan menerusi projek di bawah Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) melibatkan ahli keluarga pemimpin utama parti politik tertentu.
Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setakat ini belum dapat mengenal pasti nilai sebenar projek itu.
Beliau berkata SPRM telah menjalankan siasatan terhadap isu berkaitan tender rundingan terus antaranya projek di bawah Jana Wibawa yang melibatkan projek pembangunan dan infrastruktur.
"Sebanyak 56 projek telah mendapat SST dan keseluruhan projek tersebut bernilai RM6.3 bilion," katanya menerusi jawapan yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.
Azalina menjawab soalan Lim Guan Eng (PH-Bagan) berhubung jumlah bilangan dan nilai projek yang terlibat dalam penyalahgunaan kuasa khususnya tender rundingan terus melibatkan ahli keluarga pemimpin utama serta tindakan yang diambil ke atas mereka yang dapat 'habuan.'
Menjawab soalan mengenai jumlah pertuduhan berprofil tinggi membabitkan ahli politik dan pegawai awam, Azalina berkata 60 daripada 180 kes selesai dibicarakan bagi tempoh 2018 hingga Januari tahun ini.
Katanya 72 individu telah disabitkan kesalahan manakala baki 120 kes masih dalam proses perbicaraan di mahkamah.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib (PN-Maran) mengenai jumlah pertuduhan berprofil tinggi membabitkan ahli politik dan pegawai awam yang belum dibawa ke muka pengadilan untuk hukuman serta sebab-sebab ia ditangguhkan.
Azalina juga berkata kerajaan bercadang mengadakan sesi libat urus berkaitan Rang Undang-Undang Dana Politik untuk mendapatkan maklum balas gabungan dan parti politik serta pihak berkepentingan supaya sebarang rang undang-undang yang bakal dibentang kepada Jemaah Menteri adalah inklusif dan komprehensif serta mencerminkan keperluan semasa.
"Sebarang kertas kerja dan laporan pentadbiran terdahulu turut akan dipertimbang oleh kerajaan," katanya menjawab soalan Datuk Ahmad Saad @ Yahaya (PN-Pokok Sena) berhubung perancangan kerajaan dalam membentangkan rang undang-undang itu bagi mengatasi isu pendanaan asing.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 20 2023
Datuk Seri Azalina Othman Said berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setakat ini belum dapat mengenal pasti nilai sebenar projek itu. - Gambar/ Bernama
Penyanyi Sean Diddy ditangakp di New York
Penerbit muzik terkenal, Puff Daddy atau lebih dikenali sebagai Sean Diddy Combs yang berdepan dengan beberapa tuduhan serangan seksual telah diberkas di Manhatann, New York oleh ejen persekutuan pada Isnin waktu tempatan.
10 maut, puluhan cedera bas Iran terbalik
Menurut angka awal, kemalangan itu mengakibatkan 10 maut dan 41 cedera.
Malaysia perlu melabur dalam infrastruktur
Pengarah Eksekutif Ukrainian Prism, Hennadiy Maksak berpandangan, Malaysia juga tidak boleh bergantung kepada satu laluan, selain menjalin hubungan yang baik dengan negara-negara jiran.
Lebih 1,000 rakyat termasuk pejuang Hezbollah cedera parah
Lebih seribu rakyat Lubnan termasuk anggota pejuang Hezbollah dan petugas perubatan cedera parah dalam satu letupan pada Selasa.
Tetingkap Tunggal Nasional memudahkan operasi perdagangan antara Malaysia dan China
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berpendapat inisiatif Tetingkap Tunggal Nasional (National single window) yang bakal diharmonikan Bersama system kastam China akan memudahkan operasi perniagaan dan perdagangan (ease of doing business) antara Malaysia dan China.
Medan selera perlu ditambah baik, kemudahan asas tidak lengkap
Air bergenang di lantai dan tempias sehingga meja makan mengakibatkan pengunjung basah. Itu situasi apabila keadaan hujan lebat di Medan Selera Taman Makmur di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang menempatkan deretan 12 kedai makan.
Calon manfaat platform media sosial dekati pengundi luar
Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota turut memberi tumpuan kepada penggunaan media sosial bagi menambat hati pengundi luar selain kempen secara bersemuka.
Seorang wanita maut jatuh lubang saluran air
Seorang wanita maut selepas terjatuh ke dalam lubang saluran air sedalam dua meter ketika menyertai aktiviti mendaki di Bukit Cherok Tok Kun pada Selasa.
Kerja pembersihan sisa kimia dijalankan pada Selasa
Kerja-kerja pembersihan sisa bahan kimia yang dibuang secara haram di Kawasan Perindustrian Tiong Nam dan Kawasan Perindustrian Tropika, Johor bermula pada Selasa.
Suara Rakyat: Ibu bapa gesa UPSR, PT3 dikembalikan semula
Ibu bapa menggesa supaya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dikembalikan secepat mungkin bagi membolehkan penilaian kecenderungan kanak-kanak dibuat dari peringkat awal.
Salah guna kuasa: Mahkamah Rayuan tolak permohonan Muhyiddin semak keputusan
Keputusan itu dibuat panel lima hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Azizah Nawawi.
Kes salah guna kuasa: Pemimpin PN hadir beri sokongan kepada Muhyiddin
Muhyiddin tiba di Istana Kehakiman Putrajaya pada jam 9 pagi menaiki Toyota Vellfire hitam diiringi ahli keluarga yang lain.
AGC tolak representasi Adam Radlan berhubung pertuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Timbalan Pendakwa Raya Farah Yasmin Salleh memaklumkan kepada Hakim Mahkamah Sesyen Suzana Hussin bahawa AGC menolak representasi itu.
Jana Wibawa: 27 Sept sebutan semula kes salah guna kedudukan Muhyiddin
Mahkamah Sesyen menetapkan 27 Sept ini bagi sebutan semula kes salah guna kedudukan untuk suapan RM232.5 juta projek Jana Wibawa.
Ada transaksi kemasukan wang RM49,000 ke akaun peribadi Wan Saiful - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu terdapat transaksi kemasukan wang berjumlah RM49,000 ke dalam akaun bank persendirian Wan Saiful dua tahun lepas.
Hakim dan ketua pendakwaan baharu, bicara kes Wan Saiful 22 Ogos ini
Perbicaraan kes pengubahan wang haram dan rasuah dihadapi Wan Saiful berhubung Jana Wibawa, bersambung pada 22 Ogos di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen yang baharu.
Keputusan terhadap permohonan semakan Muhyiddin dijadualkan semula pada 11 September
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin ketika dihubungi Bernama mengesahkan bahawa mahkamah telah memaklumkan kepada mereka tentang perkara berkenaan menerusi surat pada Isnin.
Jana Wibawa: Keputusan representasi Adam Radlan 4 Sept
Mahkamah Sesyen menetapkan 4 Sept untuk keputusan representasi dikemukakan Adam Radlan berhubung 12 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram.
'Saya harap diberi keputusan adil' - Muhyiddin
'Saya harap diberi keputusan adil' - Muhyiddin
Jana Wibawa: Muhyiddin tiba di Mahkamah Putrajaya
Beliau tiba pada jam 8.35 pagi diiringi Mohd Radzi Md Jidin dan Mohamed Azmin Ali.