KULAI: Beberapa projek berskala besar di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT) dijangka tidak berdepan dengan sebarang kenaikan kos meskipun terdapat penyusutan terhadap nilai mata wang ringgit baru-baru ini.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata kesemua projek berkenaan telah dipersetujui dengan nilai yang ditetapkan sebelum ini, justeru tiada sebab untuk ditangguhkan pelaksanaan kesemuanya.
"Kesemua projek di bawah kementerian yang sedang berjalan misalnya Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan berjalan seperti biasa kerana ia telah ditawarkan pada harga ditetapkan dengan pelaksanaan sudah melebihi 30 peratus.
"Jadi sebarang kejatuhan nilai wang tidak akan menjejaskan kontrak keseluruhan, projek tetap diteruskan mengikut jadual. Bagi projek ECRL, terdapat sejumlah 1,076 tapak projek yang sedang berjalan serentak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Tahunan MCA Johor Ke-44 di sini pada Ahad.
Beliau berkata projek-projek lain termasuk Transit Aliran Massa (MRT) 2, MRT 3, Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-JB Sentral (PLBEGJB) dan Sistem Transit Rapid (RTS) ke Singapura, tetap berjalan seperti dijadualkan.
Ahli Parlimen Ayer Hitam itu berkata demikia ketika ditanya sama ada kementerian akan mengkaji semula kos-kos projek berskala besar atau mempertimbangkan penangguhan projek-projek tersebut susulan penyusutan nilai ringgit.
Setakat Khamis lepas, ringgit mencecah paras terendah baharu dengan diniagakan pada 4.5340/5365 berbanding dolar Amerika Syarikat.
Pada Selasa lepas, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dilaporkan berkata Malaysia tidak mengalami krisis ekonomi meskipun penurunan nilai ringgit berbanding dolar AS ketika ini.
Mengenai Belanjawan 2023, Wee berkata kementeriannya telah menyerahkan 'senarai harapan' kepada Kementerian Kewangan.
Beliau berkata semua kementerian sememangnya mahu peruntukan yang lebih besar untuk tahun depan, namun perkara itu perlu bersandarkan kepada kemampuan kewangan semasa negara.
"Bukan sahaja Kementerian Pengangkutan, kementerian-kementerian lain juga telah serahkan senarai kehendak dan keperluan mereka tetapi kita perlu lihat realiti semasa, keputusan akan dibuat melihat kepada keutamaan," kata Wee.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 18 2022
Ka Siong berkata kesemua projek berkenaan telah dipersetujui dengan nilai yang ditetapkan sebelum ini, justeru tiada sebab untuk ditangguhkan. - Bernama
Lubnan kemuka aduan terhadap Israel di PBB susulan pencerobohan darat
Aduan terbabit mengecam pencerobohan terhadap kedaulatan Lubnan dan kemasukan pasukan Israel ke dalam sempadan Lubnan sejak malam 1 Okt.
KRI: Bagaimana pandemik COVID-19 mengubah perbelanjaan dompet rakyat Malaysia?
Analisis ini meneroka perubahan ketara dalam pola perbelanjaan isi rumah selepas pandemik. Walaupun pertumbuhan pendapatan adalah perlahan, isi rumah telah menyaksikan peningkatan yang ketara dalam perbelanjaan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Bersama Felo Kehormat, Institut Masa Depan MalaysiaDatuk Dr Madeline Berma membincangkan lebih mendalam tentang landskap kewangan yang semakin berubah dan ketidaksamaan yang wujud di antara pelbagai kumpulan pendapatan.
Banjir Kedah: Tujuh PPS diaktifkan di Baling, tempatkan 199 mangsa
Seramai 199 mangsa daripada 66 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Baling sejak malam tadi.
Asas ekonomi kukuh, petunjuk pertumbuhan mampan
Pakar Ekonomi, MIDF Research, Abdul Mui’zz Morhalim mengupas berkenaan situasi ekonomi negara ketika ini, termasuk pengukuhan ringgit serta faktor yang bakal mempengaruhi pertumbuhan pada masa akan datang.
Data & Statistik KRI: Perubahan perbelanjaan isi rumah di Malaysia (2019 - 2022)
Pola perbelanjaan isi rumah berubah ketara selepas pandemik, berdasarkan kajian Khazanah Research Institute. Dapatan ini memberikan gambaran mengenai ketidaksamaan kewangan antara kumpulan pendapatan.
AWANI Ringkas: Fatwa GISBH di Selangor
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ringgit dbuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, unit tempatan berada pada 4.2160/2240 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.2185/2250 pada Khamis.
Konflik Asia Barat: Harga minyak lonjak lebih 5 peratus dalam tempoh sehari
Niaga hadapan minyak mentah Brent menokok 5.03 peratus pada AS$77.62 setong.
[TERKINI] Harga minyak melonjak lebih 5 peratus akibat konflik di Asia Barat
Harga minyak mentah global melonjak selepas konflik di Asia Barat semakin meruncing. Pada Khamis, minyak mentah Brent naik 5.03%, menokok kepada $77.62 setong, manakala U.S. West Texas Intermediate (WTI) turut meningkat 5.15% kepada $73.71 setong. Kenaikan ini membawa jumlah peningkatan harga minyak minggu ini melebihi 8%, yang tertinggi sejak Januari lalu.
[TERKINI] Perkembangan terkini evakuasi rakyat Malaysia dari Lubnan
Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa seramai empat (4) orang rakyat Malaysia telah
selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini,
4 Oktober 2024. Seorang lagi rakyat Malaysia dijadualkan tiba pada petang hari yang sama.
selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini,
4 Oktober 2024. Seorang lagi rakyat Malaysia dijadualkan tiba pada petang hari yang sama.
Tiada parti komponen, Friends of BN dipinggirkan - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata semua parti komponen BN dan Friends of BN sentiasa melakukan sesi keterlibatan dan perbincangan bersama, mengenai pelbagai isu.
Bagaimana terima semua pelajar cemerlang tanpa jejas kuota bumiputera? - MCA
KPM dan KPT perlu memperincikan butiran mengenai pelaksanaan kemasukan semua lepasan SPM cemerlang dalam program matrikulasi.
SJKC Poay Chai di Taman Bukit Indah beroperasi 23 Jun
SJKC Poay Chai di Singkir, Kedah yang dipindahkan ke lokasi baharu di Taman Bukit Indah, dijangka beroperasi pada 23 Jun ini.
Sistem e-Invois: LHDN jawab dakwaan Ka Siong
Dalam tempoh setahun sebelum pelaksanaan penuh e-Invois, LHDN akan adakan program dan sesi libat urus bagi tujuan kesedaran dan pendidikan.
GST lebih baik, kurang bebankan rakyat - Ka Siong
Pelaksanaan GST didapati lebih baik dan kurang membebankan rakyat berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), kata Ka Siong.
Ketua Wanita MCA pertama meninggal dunia
Ketua Wanita MCA pertama Tan Sri Rosemary Chow Poh Kheng, meninggal dunia hari ini.
Chua Jui Meng sentiasa prihatin kesihatan rakyat - Wee Ka Siong
Bekas Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng sentiasa prihatin tentang kesihatan rakyat, kata Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong.
Orang Kemaman untung, beli satu percuma satu - Presiden MCA
Strategi itu disifatkannya bijak kerana undi kepada BN tidak akan menggugat kedudukan MB, serta tidak menumbangkan kerajaan negeri.
Lebih 3,000 ahli CRSM siap sedia hadapi banjir - Wee
Lebih 3,000 ahli dan sukarelawan Skuad Bantuan Krisis MCA (CRSM) akan diletakkan dalam keadaan siap siaga bagi berdepan sebarang kemungkinan banjir di seluruh negara.
Pemuda, Wanita MCA jelajah seluruh negara dekati belia
Pemuda dan Wanita MCA akan menjelajah ke seluruh pelosok negara untuk mendekati dan menarik minat golongan belia sebagai satu daripada proses rejuvenasi parti.