KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang telah mengenal pasti beberapa lokasi di Kuantan, Lipis, Raub dan Pekan bagi pembinaan penempatan baharu mangsa banjir, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Bagaimanapun, beliau berkata usaha jangka panjang itu memerlukan perancangan menyeluruh selain perbincangan terperinci bersama dengan penduduk terlibat sebelum keputusan dimuktamadkan.
"Kerajaan negeri dah kenal pasti kawasan tetapi kita perlu jumpa dan adakan libat urus dengan mangsa banjir, kita tak mahu mereka ini dipindahkan secara paksaan kerana nanti akan timbul masalah lain.
"Kita harus fikirkan juga mungkin mereka ada sebab tertentu untuk tidak mahu pindah, perkara ini tidak boleh dibuat dengan mudah. Kita juga sedang bincang dengan Jabatan Kerja Raya serta Jabatan Pengairan dan Saliran supaya keputusan yang tepat dapat dicapai," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya perancangan penempatan mangsa banjir di Pahang pada sidang media selepas menerima borang keahlian UMNO daripada ahli Bersatu Bahagian Maran di sini semalam.
Selain itu, ditanya dakwaan beberapa pihak kononnya kerajaan negeri meminta penduduk memulangkan geran tanah jika dipindahkan ke lokasi baharu, Wan Rosdy menyifatkan ia sebagai khabar angin.
"Setakat ini, kita belum muktamadkan lagi malah dalam perbincangan saya semalam, tidak timbul perkara ini, mangsa banjir yang terjejas dan kemungkinan dipindahkan kita akan pastikan dibuat secara teratur," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata beberapa cadangan jangka pendek sedang diperhalusi dalam menambah baik pengurusan bencana di negeri itu.
"Ketika perjumpaan bersama dengan pegawai daerah dan jurutera Cameron Highlands, mereka bangkitkan supaya diadakan penggera bagi kenal pasti pergerakan tanah selain memberi kursus kepada komuniti kampung mengenai cara menyelamat mangsa banjir.
"Oleh itu, peralatan seperti bot dan sebagainya diperlukan, ini antara pendekatan jangka pendek yang perlu diberi keutamaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 09 2022
![Beberapa lokasi di Pahang dikenal pasti untuk penempatan mangsa banjir - MB Beberapa lokasi di Pahang dikenal pasti untuk penempatan mangsa banjir - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71641487190_WANROSDYWANISMAIL.jpg)
Wan Rosdy berkata, beberapa cadangan jangka pendek sedang diperhalusi dalam menambah baik pengurusan bencana di Pahang. - Gambar fail BERNAMA
![Punca kematian Nur Farah Kartini belum dapat disahkan - Polis Punca kematian Nur Farah Kartini belum dapat disahkan - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719741220_tbHusseinOmarKhan.jpg)
Punca kematian Nur Farah Kartini belum dapat disahkan - Polis
Punca kematian Nur Farah Kartini Abdullah masih belum dapat disahkan berikutan bahagian dada dan mukanya yang reput ketika dijumpai.
![Jenazah Nur Farah Kartini dikebumi di Pekan Jenazah Nur Farah Kartini dikebumi di Pekan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721056502_tbNurFarahKartini.jpg)
Jenazah Nur Farah Kartini dikebumi di Pekan
Abang kepada mangsa berkata lokasi sebenar pengebumian adik bongsunya itu akan dimaklumkan kelak.
![Hilang kata-kata terima berita nahas MH17 - Azharuddin Hilang kata-kata terima berita nahas MH17 - Azharuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81692355642_DCA.jpg)
Hilang kata-kata terima berita nahas MH17 - Azharuddin
Ketika itu, Azharuddin ligat berfikir, apa harus diperkatakan kerana semua sudah tahu orang kesayangan mereka telah tiada.
![Laluan penerbangan baharu keputusan komersial syarikat penerbangan - MOT Laluan penerbangan baharu keputusan komersial syarikat penerbangan - MOT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718952637_MAHB.jpg)
Laluan penerbangan baharu keputusan komersial syarikat penerbangan - MOT
Keputusan berkenaan juga berasaskan aspek daya maju komersial laluan terbabit.
![Tragedi MH17: Kerajaan Australia ikrar akan terus mencari keadilan Tragedi MH17: Kerajaan Australia ikrar akan terus mencari keadilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81668707069_TBjpg.jpg)
Tragedi MH17: Kerajaan Australia ikrar akan terus mencari keadilan
Kerajaan Australia bertekad akan membawa mereka yang bertanggungjawab ke atas targedi MH17 itu ke muka keadilan.
![Fasa kedua projek naik taraf LTSIP dijangka selepas pada Jan 2025 - MOT Fasa kedua projek naik taraf LTSIP dijangka selepas pada Jan 2025 - MOT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721182026_tbMOT.jpg)
Fasa kedua projek naik taraf LTSIP dijangka selepas pada Jan 2025 - MOT
Apabila siap sepenuhnya, terminal baharu LTSIP akan dapat menampung kapasiti sehingga empat juta penumpang setahun.
Ahli Parlimen wajib jalani pemeriksaan kesihatan lagi tahun ini
Semua Ahli Parlimen sekali lagi diwajibkan jalani pemeriksaan kesihatan bagi tahun ini dan jika gagal berbuat demikian nama akan dipaparkan dalam laman web Parlimen, kata Speaker Tan Sri Johari Abdul.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
![La Liga: Kylian Mbappe kini kepunyaan Real Madrid La Liga: Kylian Mbappe kini kepunyaan Real Madrid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721176547_Mbappe.jpg)
La Liga: Kylian Mbappe kini kepunyaan Real Madrid
Pemain berusia 26 tahun itu akan menyarung jersi nombor 9 dan mengakui terpaksa menolak beberapa tawaran daripada beberapa kelab besar.
AWANI Ringkas: Tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Niaga AWANI: [Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 17 Julai 2024
Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi naik 1.91 mata kepada 1,631.73 dan bergerak antara paras 1,624.39 dan 1,633.97 sepanjang hari dagangan. Jumlah dagangan menyusut kepada 4.66 bilion unit bernilai RM3.52 bilion daripada 5.36 bilion unit bernilai RM3.95 bilion pada Isnin.
![MB Pahang dibenar keluar IJN MB Pahang dibenar keluar IJN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718364480_tbMBPahang.jpg)
MB Pahang dibenar keluar IJN
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dibenarkan pulang ke rumah hari ini selepas menjalani prosedur pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak 7 Jun lepas.
![TPM Ahmad Zahid ziarah Wan Rosdy di IJN TPM Ahmad Zahid ziarah Wan Rosdy di IJN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718106581_TBZAHIDSPITAL.jpg)
TPM Ahmad Zahid ziarah Wan Rosdy di IJN
Ahmad Zahid berkata keadaan Wan Rosdy semakin pulih selepas menjalani pembedahan.
![PM Anwar ziarah Wan Rosdy di IJN PM Anwar ziarah Wan Rosdy di IJN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718032456_AnwarMBPahang.jpg)
PM Anwar ziarah Wan Rosdy di IJN
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menziarahi Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).
![MB Pahang selesai jalani pembedahan di IJN MB Pahang selesai jalani pembedahan di IJN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709888955_TBMBMUSANGKING.jpg)
MB Pahang selesai jalani pembedahan di IJN
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail telah selesai menjalani prosedur pembedahan di Institut Jantung Negara hari ini.
![MB Pahang terima rawatan di IJN mulai esok MB Pahang terima rawatan di IJN mulai esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710313378_KerajaanPahang.jpg)
MB Pahang terima rawatan di IJN mulai esok
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail akan menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) di ibu negara bermula esok sehingga satu tarikh yang akan ditentukan doktor kelak.
![Menteri Besar, Ketua Menteri zahir ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Agong Menteri Besar, Ketua Menteri zahir ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81714900694_TBSULTANIBRAHIM.jpg)
Menteri Besar, Ketua Menteri zahir ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Agong
Menteri Besar dan Ketua Menteri mmenzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, hari ini.
![Titah Adendum: MB Pahang sokong permohonan Najib isu tahanan rumah Titah Adendum: MB Pahang sokong permohonan Najib isu tahanan rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716782186_WanRosdyNajibRazak.jpg)
Titah Adendum: MB Pahang sokong permohonan Najib isu tahanan rumah
Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengikrarkan perkara itu menerusi firma guaman, Tetuan Shafee & Co, di Mahkamah Tinggi, pada Selasa minggu lalu.
![Pahang tubuh jawatankuasa pastikan buah, sayur selamat di pasaran Pahang tubuh jawatankuasa pastikan buah, sayur selamat di pasaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710313378_KerajaanPahang.jpg)
Pahang tubuh jawatankuasa pastikan buah, sayur selamat di pasaran
Penubuhan Jawatankuasa Kawalan Keselamatan Penggunaan Racun Makhluk Perosak Dalam Sayur Dan Buah Negeri Pahang itu dipersetujui dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) semalam.
![Pahang hantar bantuan barangan 30 tan ke Palestin Pahang hantar bantuan barangan 30 tan ke Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716190213_WanRosdyWanIsmail.jpg)
Pahang hantar bantuan barangan 30 tan ke Palestin
Kerajaan Pahang akan menghantar 30 tan barangan bantuan kemanusiaan ke Gaza bagi meringankan beban rakyat Palestin.
![Kenyataan dakwa agama Islam terancam cetus persepsi buruk - MB Pahang Kenyataan dakwa agama Islam terancam cetus persepsi buruk - MB Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715597903_WanRosdyWanIsmail.jpg)
Kenyataan dakwa agama Islam terancam cetus persepsi buruk - MB Pahang
Dakwaan kononnya agama Islam terancam dan Pahang merupakan negeri sekular merupakan kenyataan yang mencetuskan persepsi buruk serta boleh memecahbelahkan keharmonian rakyat di negeri ini.