Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli tidak berminat untuk kembali menyertai politik atau menyandang sebarang jawatan penting dalam kerajaan buat masa ini.
Menurutnya, beliau mahu berehat dalam tempoh dua hingga empat tahun menjadi orang biasa serta menumpukan kepada keluarga kerana banyak masa dihabiskan ketika aktif politik.
"Sebenarnya mana-mana ahli politik tidak kira Pakatan Harapan (PH) atau Barisan Nasional (BN) jika menang, kehidupan mereka tidak seperti orang biasa dan terpisah dari dunia sebenar dan ada ketikanya lupa daratan.
"Jadi pada zaman PH berkuasa ini, biarlah saya luangkan masa untuk diri sendiri dan keluarga serta berehat daripada politik," katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Mahkamah Tinggi di sini hari ini membebaskan Rafizi terhadap hukuman penjara 30 bulan membabitkan kes mengikut Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA).
Keputusan itu dibuat selepas Rafizi membuat rayuan terhadap sabitan hukuman penjara yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Sesyen pada 7 Februari lalu selepas didapati bersalah mendedahkan empat akaun bank berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) dan pengerusinya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.
Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa turut membebaskan seorang kerani bank, Johari Mohamad, atas sabitan dan hukuman sama ke atasnya.
Sementara itu, ditanya jika Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu bantuannya dalam usaha memantapkan kerajaan, Rafizi berkata, itu hak Anwar dan pihak berkenaan sudah mengetahui sebab beliau menyertai politik sebelum ini.
"Sebenarnya misi kita 10 tahun lalu mahu tukar kerajaan dan bukan untuk menentang kerajaan terdahulu. Lagipun tukar kerajaan bukan penamat dunia dan kita telah buktikan kerajaan PH mampu.
"Tapi memang buat masa ini biarlah saya dan beliau (Anwar) yang bincang berkenaan hal ini walau apa pun keputusannya. Buat masa ini biarlah saya menjadi kawan dan bukan atas dasar politik," katanya.
Sinar Harian
Fri Nov 15 2019

Mahkamah Tinggi di sini hari ini membebaskan Rafizi terhadap hukuman penjara 30 bulan membabitkan kes mengikut Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA). - Foto Sinar Harian

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Bebas hukuman BAFIA, Rafizi tidak mahu aktif politik
Naib Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli tidak berminat untuk kembali menyertai politik atau menyandang sebarang jawatan penting dalam kerajaan buat masa ini.

Kes rayuan BAFIA Rafizi dan Johari 15 Nov ini
Mahkamah Tinggi menetapkan 15 November depan untuk keputusan rayuan Rafizi Ramli dan Johari Mohamad terhadap sabitan dan hukuman mereka mengikut BAFIA, tahun lalu.